Follow Viruspadu

Thursday, August 11, 2011

Dalam Bas

Dah berapa hari ni seat dalam bas saya asik kena kebas je.

Yes, saya ada tiket bulanan dan saya ada nombor seat saya sendiri. Special ok eceh.

Padahal banyak je lagi tempat kosong lain, cuma bila dah terbiasa duduk kat tempat yang sama setiap hari, saya jadi janggal nak duduk tempat lain :p ngades.

Rasa macam nak cakap "maaf ye, ini tempat saya" tapi biasanya mulut saya tak terbukak nak cakap hahaha dan biasanya saya akan beralah dan duduk tempat lain. Alahai padahal sama je duduk dalam bas kan. Asal sampai sudahhhhhhh :p

kalau korang?
a. beralah dan duduk mana2 tmpt kosong
b. bg tahu dengan baik bahawa itu tmpt korang

yang mana satu??



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

12 komen[s]:

GnieSyazni said... [Reply to Comments]

kalau sy pun mulut mesti terkunci..so terpaksa lah pilih jwpn a.beralah =)

deasa said... [Reply to Comments]

pilih b
bg tahu dengan baik bahawa itu tmpt korang

sebab dah ada tiket bulanan
pastu dah ada seat nombor

so bukti cukup :D

@}--niEra-- said... [Reply to Comments]

sy pilih B kak jemah..
sbbnya (kalau naik bas ekspress)
masa beli tiket dah pilih siap2..
so kira sapa cop dulu la

sweethOneY said... [Reply to Comments]

saya pilih B :p

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

B kak go for B !

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

kalo ada no seat, saya x beralah..hehehehe :p betul ker dlm pas tu ada no seat?

dulu bf(hubby skang) beli single seat kalo naik bas ekspress, memang confirm laa tak der orang curi.hehehe

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

N suke duduk ikut no...

Rina277 said... [Reply to Comments]

saya juge pilih B sbb kat pass dah ada no seat so tunjuk la kat org tu..dia nk marah pun xleh..huhu..

Diana AR said... [Reply to Comments]

bagitau je elok2, org tu patut faham, kalu sy tukar tempat duduk rasa x selesa dan x bleh zzzz hihi

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

kalo sy, sy ckp elok2 ngn org tu spy dia tahu kita dah booking tempat tu :)

noname said... [Reply to Comments]

klau akak nk cool kan, biar je, tp duduk seat lain tu yg dkat2 dgn seat akak... tp.. xbesnya ble akak dh beralah, dtg plak owner sebenar seat yg akak duduk tu, cane? ;P kihkihkih

antalya said... [Reply to Comments]

tukar2 seat pon seronok jgk. nanti hari2 dok tempat yg sama boring tau







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^