Follow Viruspadu

Tuesday, August 02, 2011

Hari Pertama Ramadhan

Bangun pagi puasa pertama adalah rasa macam biasa aje. Sebab saya memang kan bangun jam 4.30pg setiap hari. Sebelum ni kan, saya ada la try minum air masak pagi-pagi. Masa tu belum la ramadhan lagi. Lepas tu saya sakit perut memulas2 atas bas ok. Terseksa giler masa tu. Lepas operate buang hempedu kan saya ada satu rutin yang saya akan sakit perut lepas makanan / minuman yang pertama saya makan selepas bangun pagi tau. Tak kira la makanan pertama adalah kul 3 petang sekali pun. So pagi ramadhan tu saya dah cemas dah. Kalau saya minum or makan ni abis la memulas perut dalam bas hahaha. So saya ambil keputusan untuk minum air masak aje sahur hari pertama ni.

Dan Alhamdulilah sangat, dengan air segelas tu membuatkan saya bertenaga dan kenyang sepanjang hari. Siyes sikit lapar pun takde. Mujur jugak tak sakit perut. Macam megik sangat ok. Last saya makan tu la atas flite. Lepas tu memang takde dah. Hebat betul kuasa Allah. Cuba kalau niat diet? Baru sejam dah merengkok2 lapar dah kan hahaha

Berbuka puasa dalam keadaan sederhana, en.laloque dah beli lauk siap2 kat office, so saya balik rumah masak nasi je. Minum pun air kosong je. Saya dalam keadaan tak sihat ni semua pun malas. Beg balik dari Bali pun masih disitu tak berkemas dengan sempurna lagi. Baju2 masih dalam plastik. Rumah pulak dalam keadaan tongkang pecah :( ...... Oh bilakah dapat mengemas rumah ni????

Oyye, Bulan puasa ni Sh0ppink buka booth kat Giant Shah Alam tau. :) Jemput la datang beramai-ramai.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

yer ke buka both kat giant stadium? dah buka ? nanti akak skodeng hihi

LiErOSe~QiEmi said... [Reply to Comments]

giant kat seksyen mana 1 kak??? yang dekat stadium tu ker??

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

Vp, cuba minum air kosong dan makan buah kurma. insyaallah akan dapat lebih tenaga. selamat berpuasa to u dan family :)

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

hebat kak..air kosong jekk...bagus2..

kinna said... [Reply to Comments]

smlm nmpk akak tgg bas (stalker) kehkeh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^