Follow Viruspadu

Thursday, August 04, 2011

Ramadhan Hari Ke 3

Ok, saya masih tak sihat. Ahak ahak ahak... Saje nak mintak simpati pagi-pagi ni kan. hari-hari update blog bagi tahu yang saya masih tak sihat hahahaha. Nyampah kakjem ni :p

Dan saya adalah sangat sangat tak selesa dengan batuk berkahak dan selsema ni. Acik serettt seretttt sretttttttt je hidung ni. Pastu acummmmm acummm acummmmmmmm ekusmeeeeeeee soriii.

2 hari puasa berlalu, semuanya berjalan lancar. Sekarang saya lebih suka berbuka puasa kat rumah je. Jadi anak-anak nak melompat ke apa senang. Saya pun senang hati tak payah nak menjerit-jerit marah diorang melompat sana sini. Ye walaupun anak saya perempuan dia punya lasakkkkkkkkkkkkkkk mangaihhhhhhhh. Ntah la. Saya la rasa kot lasak, orang lain tak tahu lah hehehe. Tengok anak orang lain elok je duduk elok2, anak saya tak boleh duduk langsung. stress acik tau.

Semalam, macam biasa balik naik bas. dan tetiba jalan adalah super jem kat KL kan. Adakah korang mengalami nasib yang sama semalam??? Sebab biasanya saya sampai seremban jam 6 kan, tapi semalam kul 6.45 ok baru sampai. Terperangkap dalam jem lama giler. Tu tara keluar opis 4.30 tu. Kalau kul 5.30 tak tahu la. bukak puasa korek hidung la ko dalam bas hahaha.

Tanya en.laloque berbuka puasa apa, dia pun kata tak sempat nak beli apa, maybe sebab dia meeting kot sbb tu tak sempat. So dia ajak berbuka puasa kat johny je. Saya dengar aje johny... alahaiiiiiiiii.... anak-anak aku mesti susah nak dikawal hahaha... Konfem berbuka puasa makan tercekik2 je kang hahaha. Alahai anak.

Nasi goreng belacan :)

Banana split yang dah tinggal separuh


Keadaan kat johny adalah seperti yang dah digambarkan. Memang saya makan tak hadam. Memang anak melasak hahahaha. Tapi saya enjoy je sebenarnya. Dan saya juga jumpa reader saya kat sana. Hai awakkkk... sori ye anak akak melasak kat sana hehe :)

Ok tu je cerita ramadhan hari ke 3. korang punya macam mana?





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

cik3zza said... [Reply to Comments]

smlm memang jammed lain mcm kak jem.. sy pun keluar ofis pkul 4.30.. rupenye de ekciden kat dpan tudm sg. besi tu.

ArELeEz said... [Reply to Comments]

leez buka kat umah mak. juadah ade yg param mari, ade yg mak masak.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^