Follow Viruspadu

Tuesday, August 16, 2011

Rindu

Kan best kalau saya dapat amik cuti seminggu khas untuk jaga anoi dan nisa kat rumah. kan best kan kan kan kan

Anoi lately asik tak sihat. Batuk dan selsema. Semalam kena amik neb lagi. Dia ni macam sensitif sikit tak macam kakak dia. Kakak dia kuat sikit rasanya. Anoi kerap sakit. Salah makan sikit je terus sakit. Nangis lebih sikit. Muntah.

Tu yang rasa nak jaga dia seminggu ni, sampai dia betul-betul sihat.

Tak.
Sebenarnya saya rindu anak-anak :(
Rasanya macam tak cukup je masa saya dengan diorang.
Balik kerja, saya rasa mcm taknak buat apa-apa selain daripada bergolek2 dengan dorang.

Ye sebenarnya saya rindu.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

littlehumblelynn said... [Reply to Comments]

VP

kaloler kita leh beli MASA kan ??

A.I said... [Reply to Comments]

benti je keje...heh heh (bestnya kalau betol2 bleh brenti keje, jaga anak2 kat umah je kan? tp aku mmg x bleh la. mau kebulur anak branak!)

lily lotus said... [Reply to Comments]

siannya, sedih plak baca entry ni. be strong vp. semoga anoi cepat sembuh.

shah said... [Reply to Comments]

cuti kalau banyak cuti je laaaa
buat apa mo simpan simpan...

anak tuh

tampo kang

wawa said... [Reply to Comments]

salam vp

anoi same age dengan my daughter,qaisara. ceaser gak.just nak share, anak2 saya dedua ceaser n frm my experience, kids yg dilahirkan ceaserian senang sakit sket..meaning kerap demam and if fever, mmg stok yg terus naik smpai 39 degrees.:) tapi after age 2, they willl be fine cuz immune dh stabil kan..

so, my daughter pun kerap sakit and slalu kuar masuk ospital..;) tapi skang dah jarang demam,kalo x dulu setiap bulan cfrm demam..so,vp dunt wori too much yeks..anoi mesti ok punyer nanti..;)

ur silent reader

wawa said... [Reply to Comments]

vp

normal kalo kids yang lahir secara ceaserean untuk mudah sakit..tapi after age 2, they will getting stronger cuz immune dah establised. mine dedua ceaserean and mmg kerap sakit and kuar masuk ospital.my daughter same age dgn anoi.

memahami apa yg vp rasa tapi saya diberi peluang untuk jaga anak2 sendiri (benti kije sebab 2nd one asyik sakit je)

tp now sara dh lama x demam..dunt wori too much yeks..iallah anoi akan sehat..sket je lagi..:)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^