Follow Viruspadu

Wednesday, August 03, 2011

Sahur Nasi Goreng

Semuanya sebab Maklang3kupang la ni, semalam tengok dia sahur makan nasi goreng hahaha... tak shuke tauuuuuuuu... So malam tadi terpaksa la berlolah keluar membeli perencah nasi goreng punya pasal. Padahal boleh je goreng takyah pakai perencah tapi sebab dia tunjuk dekat belog pakai perencah maka terpaksa jugak beli sebab nak sama hahahaha...
Tapi nasi goreng kita kosong aje tak meriah macam dia punya ada sayur segala bagai. Tapi takpe, janji adooo ahaks.

Malam tadi, lepas en.laloque balik dari berbuka puasa kat kediaman MBNS (agaknya, tak ingat), Saya berbuka dengan anak-anak dekat rumah je. Lepas berbuka dan solat maghrib saya terus terbaring. Tak sedar pun en.laloque balik, pastu terus dia ajak saya pegi klinik sbb saya kan batuk dan selsema kan, tapi saya tak demam. So malassssssssss giler nak keluar rumah nanti doktor kata ngade2 plak kan sbb ubat batuk kat tesco tu melambak kan, saje nak MC la tewwwwwwww hahaha.

Takde, itu perasaan saje je sebenarnya. sakit sikit2 jumpa doktor adalah rasa mcm !@#$%^ hahahaha Sampai2 klinik. Sampai depan pintu je saya patah balik. Giler ramai orang. So tak jadik lah. Terus gi beli ubat batuk je. Nisa pelik je dengan mama dia

"papa, kite tak jadi pegi jumpa doktor ke?" ~nisa tanya
"mama tu takut jumpa doktor" ~papa dengan selambe menjawab grrrr

"apa la mama ni, tgk kakak ni tak takut pun jumpa doktor"
hahahaha... menyampah haku tauuuuuu...

Dan hari ini saya masih dalam keadaan tidak sihat batuk dan selsema lagi. Harap2 dapat cepat sembuh.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

aishah jamrek said... [Reply to Comments]

alamak! adakah saya terkena virus VP juga! *balik ni nak buat nasi goreng jugak. bye

vagg-nini3posen.com said... [Reply to Comments]

hahahaha salahkan ku.. jgn salahkan ku. hahaha siap g beli perencah adalah part paling xtahan

ArELeEz said... [Reply to Comments]

laporrrrrrrrrrr.........!!! uwaawaawaa..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^