Follow Viruspadu

Friday, September 09, 2011

Berbuka Bersama Anak-anak Baitul Ummah

Dalam diam Ramadhan bagi tahun 1432 Hijriah telahpun meninggalkan kita. Selain beribadat didalam menyempurnakan tuntutan wajib dalam agama kita iaini berpuasa, ramai juga melakukan pelbagai tuntutan fardu kifayah didalam menambahkan saham-saham akhirat kita. Saya yakin pada sebelah malam, ramai antara kita berlumba-lumba mengejar kesempurnaan puasa dengan melakukan solat tarawih yang hanya terdapat selama 29 atau 30 hari setahun iaitu hanya dalam bulan Ramadhan sahaja.

Maahad Tahfiz Baitul Ummah


Alhamdulillah, pada 24 ramadhan yang lalu. Tahun ini, saya amat bertuah kerana telah dipilih oleh pihak pengurusan Mamee Double Decker Group untuk bersama mereka meraikan dan mengembirakan anak-anak yatim. Didalam Islam, Allah s.w.t telah menyatakan bertapa kita sebagai hambaNya perlu sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tua kita dan golongan yang memerlukan pembelaan seperti yang telah difirmankan oleh Nya dalam surah al-Baqarah, ayat ke 83 dibawah:







Terdapat pelbagai cara untuk kita meraikan golongan yang amat memerlukan terutamanya, anak-anak yatim. Antara yang terbaik dan sering dilakukan adalah dengan mengembirakan mereka melalui sumbangan makanan dan hiburan.

Mamee Double Decker Group telah memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim dari Baitul Ummah, Taman Setapak Indah bagi majlis berbuka puasa. Walaupun perbagai rintangan dihadapi, (cerita di sini dan sini) Alhamdulillah saya berjaya juga sampai betul-betul beberapa minit sebelum berbuka.

Oyye, hari tu saya ada bagitahu yang paling penting MAMEE ni sememangnya HALAL (Mamee Monster , Mamee Sllrrrp ) dan telah terbukti. So saya ulang sekali lagi kalau anda nak check halal MAMEE ni, boleh terus check kat website JAKIM ye. Cara-cara dia:
1. Masuk website JAKIM
2. Taip Pacific Food Product Sdn Bhd
3. Pastu klik kat Tab Syarikat
4. Klik icon sebelah date utk lihat senarai HALAL by MAMEE)


Saya tiba beberapa minit sebelum berbuka

Menanti waktu berbuka

Salah seorang membaca doa berbuka puasa



Baitul Ummah menempatkan seramai 100 kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Ia merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat lot tepi yang telah diubahsuai. Mereka masih memerlukan sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk memberikan keselesaan kepada kanak-kanak tersebut.

 Saya sempat berbual-bual dengan salah seorang cikgu disana :)



Acara bermula dengan hidangan snack berbuka dari Mamee Double Decker Group. Kemudian mereka bersolat maghrib berjamaah beramai-ramai. En. laloque merasalah bersolat berimamkan salah sorang dari mereka.

Selesai solat maghrib, kitorang semua menjamu selera dengan nasi tomato dan mee yang merupakan main course pada malam itu. Ringkaskan, kalau kita di rumah, segala hidangan yang ada kat Bazaar Ramadhan kita beli.







Pihak Mamee Double Decker Group juga telah membawa mascot diorang iaitu mamee monster untuk menghiburkan kanak-kanak tersebut. Sungguh lucu bila melihat telatah mereka. Ada yang peluk dan gomol mamee monster tu. Tapi si Nisa dan Anoi pulak penakut sangat. Menangis-nangis tak nak pergi dekat ngan mascot :p.










Akhir acara, mamee monster bagi goodies beg dan angpau raya kepada semua kanak-kanak. Kegembiraan yang terpancar sedikit sebanyak dapat mengubat hati-hati mereka yang hanya dapat berpuasa dan berhari raya bersama kawan-kawan. Mereka tidak berpeluang merasa kegembiraan beraya seperti keluarga kita :(.


Baitul Ummah menempatkan seramai 100 kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Disinilah mereka tidur, solat dan mengulangkaji pelajaran. 




Namun mereka punya "ibu" dan "bapa" yang sanggup berkorban demi mereka. Penjaga mereka itu telah dijanjikan berita gembira oleh Rasulullah s.a.w sebagai teman rapat baginda di akhirat nanti. Seperti sabda baginda:




Kepada sesiapa yang ingin membantu untuk meringankan beban "ibu bapa" anak-anak ini, bolehlah memberikan sumbangan ke akaun maybank: 5647 9910 9922 atau boleh hubungi alamat berikut:

Asrama Baitul UmmahNo 33, Jalan 3D/6, Taman Stapak Indah, 53300 KL

Tel: 03-4024 3304 Faks: 03-4024 3305
En Abudl Rahman: 019 6343786

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Farida Amira said... [Reply to Comments]

bestnya berbuka di rumah anak2 yatim :')

sweethOneY said... [Reply to Comments]

seronok tgk anak2 yatim tu happy bila maskot tu dtg :)

* nauzalurun said... [Reply to Comments]

jemah skang makin cun n vogue arr ;))

II riEnAsHaM II said... [Reply to Comments]

err..nak tanya tudung 2 layer tu ada jual kat shop pink ke??

makdara TERdiva said... [Reply to Comments]

selamat hari raya VP :)

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

kak jem dah mcm datin datin

AZLIYA COLLECTION said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melapangkan masa melayari AZLIYACOLLECTION.BLOGSPOT.COM

Apa itu SAUNA OZON INFRARED dan kebaikannya kepada anda

http://azliyacollection.blogspot.com/2011/09/sauna-ozon-infrared.html







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^