Follow Viruspadu

Monday, September 26, 2011

Hadiah Hari Lahirnya Apa?

Sebelum saya terlupa.

Ok hadiah apa? hadiah macam mana?

Rasanya hari tu dah cerita sikit-sikit kan. Tapi tak cerita beria-ria. Ok ni nak cerita versi beria yang sikit-sikit. Sebab gambar adelah sikit (tp malas nak letak) dan muka cuka hahaha. Muka cuka tu bukan sebab tak suka ok. Ok ceritanya cenggini.

Hari lahir saya adelah hari Jumaat. Bersamaan hari cuti. betul. remember?

Maka, pagi-pagi lagi en.laloque dah cakap yang 

"ma, malam ni kita celebrate besday mama kat KL Tower nak?"
"ok, nak"

hahahah senang je jawapan bini dia kan. memang jawapan dia nampak sikit, tp muka eksaited tak boleh blah ok. well dari dulu teringin nak pegi sana kan. pernah sekali kitorang nak booking sekali pegi sana pakai seliper. jakun sangat hahaha. hetchu.


Tiba2 petang sikit, en.laloque call yang tak dapat nak booking kat situ. Ada problem management ke apa ntah. Ntah la acik tak faham. So dia kata booking kat tempat lain je. Saya tak kisah sangat makan kat mana-mana pun sebenarnya. Asalkan bersama orang yang tersayang. Itu cukup memadai bagi saya. 

Ok plannya jadi macam ni patutnya.
Saya balik naik bas, pastu en.badang jemput dalam kul 6 gitu. So bersama2 berpegangan tangan dalam kereta (kena bgtau? hahaha) menuju ke KL tower (tp dah berubah tempat).

Ok itu plan asalnya.

Di suatu petang yang hening. Hujan turun dengan renyai. Bas juga lewat. Jalan agak jem. (bukan agak tp memang osah jem la kan, esok cuti katanya)

Maka, saya mencongak2 dalam kepala. Kalau bas lambat seminit pun. Biasanya efek dia ganas jugak. Maybe saya sampai Seremban jam 7 petang. oh lambat sangat kalau mcm tu, sbb nak patah balik ke KL. Booking kul 8 malam kot. 

Terus call en.badang bgtau bas lewat, dah kul 5.15 kot bas pun  x datang lagi. So plan pun berubah.

saya call uteh suruh jemput saya, so en.badang terus turun KL.

"Uteh ko kat mana, jemput andak boleh?"
"alaaaaaaaaa... kita nak gi makan dulu, lapar lah"
"alaaa amik la andak dulu"
"andak nak pegi mana?"
"nak pegi makan"
"alaaa kita pun nak gi makan jugak"
hahahaha sian uteh, saya bajet dia ada deting dengan awek dia. Tapi kakak kesayangan punya pasal, dia beralah jugak la. datang jugak jemput saya.

So plan berubah lagi

Uteh jemput saya, bawak ke KLCC, so en.laloque jemput saya kat KLCC.

Petang tu makin hujan. Maka saya merempit dalam gerimis. Memang sejuk toksah cakap. En.badang mengalami kesukaran dalam pekerjaan hahaha. Hetchu. Dia patutnya ada food testing ke apa ntah. Bos besar tak sampai2. Kesudahan dia kul 6.30 ke apa baru bergerak dari seremban ke KL.

Jadi boleh bayangkan sekarang? 

Pukul berapa baru dua hati dapat bersatu???

Saya sampai KLCC awal jugak. 7 lebih macam tu. Perut lapar. Makan dulu dengan uteh. uteh siap makan nasi ayam penyet, saya siap order satay. hahaha. ni canne nak makan dengan en.badang nanti kang. Makan satay pun dah giler kenyang dah wei. 

Tunggu lagi.

Tunggu lagi.

Tunggu lagi.

8.00  malammmmm

8.15 malammmmmmmmmmm

8.30 malammmmmmmmmmmmmmmmm

8.45 malammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

nak dekat kul 9. 

013xxxxxxxxx

"hello mama"
"eh papa"
"ma keluar kat exit yang ada coach tu, papa tunggu kat situ"

"papa pinjam phone siapa ni?"
"public phone ni ma, phone papa abis bateri"

lol


nasib baik uteh temankan saya sepanjang saya tunggu en.badang. Dengan badan belengas kena hujan segala. Penat menunggu. Saya sebenarnya tak berapa pasti nak bengang atau nak marah atau nak suka atau nak apa. Bengang sebab tunggu lama? Bengang sebab plan tak menjadi?

Ntah.

Sebab kesian en.laloque pun ye jugak. Plan dia semua jadi kelaut. Tapi saya tahu dia berusaha sangat. Dan usaha dia buat saya tersenyum. Jalan jem kan. Siapa yang jangka. Tapi walaupun sebenarnya memang jalan jem telah dijangka :p

Saya masuk kereta dengan muka yang ... hahahaha ntah la. memek muka yang tahan sabar tunggu lama dengan cuba memberikan senyuman paling manis. Ok boleh cuba bayangkan :p 

Kitorang sampai ke destinasi yang dituju jam 9 malam. Persembahan tinggal persembahan last. Makanan buffet. Apa yang tinggal tu la ko ngap. Suasana bising. Maka sila bayangkan keadaan itu ye.

Maka berbalik kepada perkara kat atas, muka cuka. bukan sebab saya tak suka. Tapi sebab macam2 benda berlaku, walaupun cuka tapi tetap comel kannnnnnnnnnnn...

Tapi walau macam mana pun keadaan masa tu. Sambutan besday kali ini juga meninggalkan seribu kenangan manis bagi saya.

Terima kasih suami atas hadiah bunga itu. Punya suami seperti mu adelah hadiah yang tidak ternilai.

<3





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

AnaLyana said... [Reply to Comments]

alahai, sian akak ngan en. laloque. takpe, mesti ada hikmah kan semua tu.. akak, nanti tempek ek gambar sekeping dua..teringin nk tgk..:)

hepi belated bufday kak jem..

Saidatul Maria said... [Reply to Comments]

ye kak jem... have a good husband adalah hadiah terbaik :) susah nak dapat tu... hehe

:|: TinTa Kibod :|: said... [Reply to Comments]

kesian uteh juga..:)

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

FYI, KL Tower revolving restaurant dah tutup kak.
anyway, sempat juga dapat birthday dinner sama-sama kan :) nice husband u have

Suliana said... [Reply to Comments]

siannya .. tak pe la kak. alhmdlh en suami sudi juga melayan bday akak. saya? non ado.. huhu. redha je la suami ku begitu.. kekekeke







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^