Follow Viruspadu

Thursday, September 29, 2011

HETCHU

Sebelum maklangkainpelekat berahi marah kat saya, lebih baik saya cerita sekarang. Dah la cerita pasal teksi dari dulu tak sambung2 hahahaha...

Ok mcm ni. Pagi tadi saya update status saya "HAHAHA... perbuatan paling bodoh saya buat tadi."

Saya la rasa benda tu bodoh, kalau ada yang anggap perbuatan tu pandai memang la pelik :p 

Macam ni tau.


Pagi tadi la dalam pukul 8.45 pagi macam tu, tetiba saya dapat call. No fon ntah sape2 la kan. So saya angkat je tak tengok sangat pun


"hello, puan zaimah"
"ye saya"
"Puan punya sijil untuk bla bla bla, ada pada saya, boleh tolong ambil sekarang"
"ok boleh, kat mana tu"
"puan naik tingkat 8 sekarang boleh?"
"ok, saya kena jumpa siapa?"
"jumpa saya, ila"
"ila wing belah mana? kiri ke kanan?"
"takpe, puan terus pegi kat kaunter"


saya pun apa lagi, terus pegi naik tingkat 8. lalu pandang kiri pandang kanan. dua2 ada kaunter. ni kat mana sebenarnya ni. pelik sungguh. so gamble la. terus pegi mana2 kaunter. tanya.


"ada orang nama ila tak kat sini?"
"ha ila, takde siapa nama ila kat sini"
"ok kalau takde ila kat sini, maybe wing sana la kot ye"
"wing sana pun takde orang nama ila"
"tp tadi saya dpt call, ila tu suruh saya naik tingkat 8 ni amik document"
"cuba call ila tu balik"
"ok takpe, terima kasih ye"


giler malu ok. geram pun ada. ni siapa mainkan aku ni. nak kena sepak dengan kakjem ke apa. (cea cea ganas la tu konon)


turun2 saya terus tgk no fon yang call saya


09 xxx xxxx


whattttttttttt 09. adoi bengangnyaaaaaaaaa


geram lalu call balik no tu. terus cakap dengan ila tu semula


"ila awak suruh saya naik tingkat 8 tadi, awak tu sebenarnya kat mana?"
"saya kat terengganu"
"awak tahu tak saya kat KL ni???"
"maaf, kalau mcm tu, nanti saya poskan sijil tu"


hahahaha sukatik ko je kan ila. sukatikkkkk sangat


terkena kakjem hari ni


HETCHU!







Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

14 komen[s]:

mzhany said... [Reply to Comments]

ahahahahahahaa, kelakorrr owhhh tergelak owh baca ahahaha

Ciare Baha said... [Reply to Comments]

wakenabeb betul la :D

kinna said... [Reply to Comments]

geram pon ada, nk gelak pon ada...konfiden je naik tgkt 8 ek?
(kalo dia kol masa kt ofis lama mesti tak jd gini,kan?)

mamafarah4 said... [Reply to Comments]

hahaha..sori, saya memang tergelak beso ni baca entry kamu ni..ni pun x abis lagi gelak..kesian kat kamu..x per2..nnt citer la kat en badang kamu tu, yg pasti dia kan cuba kaver gelak dia.percayalah...hehehe

si tuan putri kiUt said... [Reply to Comments]

muahahahahahahaha golak guling2 den baco....sabo jek laa kan

shaliza said... [Reply to Comments]

adoila...sabo je lah.

A.I said... [Reply to Comments]

wakakakakaka...jauhnyaaaaaaaa!

ella said... [Reply to Comments]

tenkiu kak buat saya gelak mcm org histeria kat kampus, terus hilang ilmu fyp hahahahah

puan nina said... [Reply to Comments]

hahahahhah kelakarrrr lol

Tia said... [Reply to Comments]

lawak minggu ini...hahahaha
happy belated anniversary mah!!!

dd dudu said... [Reply to Comments]

heeheee kelakaaaa gilee :B

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

hahahhahahhahah :D seriyes lawak...
confirm kak jem mengah dibuatnye!

Mya said... [Reply to Comments]

he he he.. lawak lawak..

peej said... [Reply to Comments]

hahahhaa. kelakar. kalau saya terus lari laju-laju langgar dinding.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^