Follow Viruspadu

Monday, September 26, 2011

Maybelline New York Fashion Week Workshop

Baheklah. Mari la kita menyambung entry tadi. Dikuatiri kalau dibiarkan akan memudaratkan banyak pihak hahaha. Banyak pihak tu sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Sebab saya mungkin akan terlupa fakta dan juga auta. Auta yang lebih sebenarnya.

dan title entry adelah kopipes title entry ceera hahahaha. Sengal kan. Itupun nak tiru :p

Ok kita dah sampai mana tadi?

Ha muka without makeup kan kan kan. Oyye. Boleh dikatakan semua yang hadir adelah datang dengan muka gonjeng :p. yelah kan kitorang semua adalah terlebih eksaited sudah ok nak mekap gojes2 kat sini. Apahallak kena mekap kat rumah pulak. Tak seswaiiiiiiiiii...

Kitorang satu meja ada 6 orang. Korang kenal? semua adelah blogger yang cantik manis :p (eh mcm nak cakap termasuk diri sendiri yang cantik manis? #muntah)

Semua

Ramai kan blogger. Best. Masa ni la saya ambil peluang untuk kenal blogger lain. Tapi tulah. Saya ni dasar berat mulut kan. :( Memang nak sembang tp mulut... ish macam ada emas intan berlian. Tapi bila nampak kamera tahu pulak kau senyum melebarkan kakjem kan... :p



 Saya antara yang terawal jugak sampai. Awal tak awal la. Masa saya sampai tu bilik ni tak la ramai sangat orang. Mujur lah sebelum sampai dah makan siap2. Sekali tengok makanan yang disediakan. Peh meleleh wa cakap sama lu. Tapi takpe lah. Mek dah makan dah :p

So dipendekkan cerita, event pun start. Ini adalah seorang mekap retis pro dari maybelline. Memang pro cara dia mekap. Supsapsupsap je dah cantik dah model dia. 


Saya tunggu je bila la dia nak tanya ada siapa2 nak volunteer nak jadi model. Berdesup saya angkat tangan hahahaha tipu :p Mana la saya berani nak jadi volunteer kan. Nak bercakap dengan orang pun payah inikan plak nk angkat tangan hahaha.

Kitaorang ditunjukkan 4 cara untuk mekap tau GI Jane, Sexy Starlet, Party Princess and Mystery Maven.

Yang ni Sexy Starlet

GI Jane

Mystery Maven

Satu lagi lupa nak snap hahaha. Sukatik ko je kakjem :p


Maaflah sebab dalam gambar ni mcm tak berapa nampak beza kan. Ntah la acik tak pandai nak setting kamera en.badang ni. Belasah aje la labu. Kalau komen en.badang snap gambar saya reti lah :p

Dalam ke empat2 style ni saya paling minat Sexy Starlet. Bukan sebab nama dia seksi ye. Awas! Tapi saya memang gemarkan mekap yang nampak pucat macam tu. Macam stylo giler saya rasa :p

So selesai sesi mekap2, kita diterkejutkan dengan kemunculan Amber Chia. Walawehhhhhhhh dia ni memang penyeri wa cakap sama lu lah. Tak tipu punya. Dia baik dan sangat mesra. Dia ajar cara2 nak jadi model. Ajar cara2 nak posing baik punya depan kamera. Macam mana nak nampak lebih gojes dalam gambar.

Korang tengok dia posing. Macam mana pun cantik je kan

Buat muka geram pun cantik. OMG. Jeles ahkak

Tiba2 saya dan ceera berasa gemuk sekali bergambar dengan dia hahahaha... lepas ni taknak dah amik gambar dengan dia. Sentaphatimaknak

Lepas tu break kejap la. Untuk kasik can siapa2 nak pegi toilet ke apa ke kan. 

Masuk2 balik tengok satu beg kertas penuh dengan mekap maybelline. Terbahekkkkkkkk... Terus keterujaan melampau.


Kitorang diberi masa 30 minit untuk mekap. Apa lagi macam lipas kudung la kitorang mekap katanya. Dengan plastik mekap baru nak bukak segala. Pastu kitorang pun membebel2 la masa mekap.

"alamak tak cukup masa ni, nak bukak plastik ni pun dah limablas minit" hahahaha... biasalah kan cemas terlebih. cemas tu satu hal. nak mekap cantik2 satu hal. takut orang lain mekap cantik sangat pun satu hal jugak. dasar dengki hahahaha

Ok, seperti yang korang jangka, saya semestinya memilih Sexy Starlet. Sebab kitorang kena pilih satu jenis yang kita minat. dan apply kat muka sendiri. Siyes dah la saya tak reti. Dengan masa yang ada cuma 30 minit. Belasah aje la labu.

Berbincang dengan ceera mcm mana nak pakai foundation :p

Bedak untuk cover jerawat di dagu wtf



dannn........

















hasilnya










saje buat saspen hahaha... padahal kat fesbuk dah belambak muka saya :p






TADAAAAA... hasil yang tak seberapa... Amacam ada beza??? Ada nampak seksi? hahahaha wtf

zoom sikit lagi
jerawat di dagu jangan dilupa :p #pitam

SAY NO TO CHAP LIPS.

terus muka masing-masing No No No No No hahaha comel giler. Iza paling comel saya rasa hahaha



Hasil mekap saya dan ceera
 
Kitorang dengan madammondoq


Lagi dengan ceera. hahaha... sebab masa ni event dah habis dah. Kitorang tengah gedik2 snap gambo je yang lebihnya

Dengan iza :p

With cik epal dan maria elena :)


eh banyak la plak. :p sbb dorang ni lawa sangat sbb tu la kena amik gambar banyak2 hahaha


Dengan thara tidak dilupakan :p

With All. Suka giler dengan gambar ni ok. Suka melampau.

Dengan cik epal lagi :p


Ok dah. Tu je.

Sebenarnya saya tak tahu nak komen apa sangat sebab saya adelah banyaknya diam. hahahaha.. Well u noe me marrr :p . Pertemuan kedua ketiga biasanya baru nampak mulut saya ni bergerak dengan pantas :p

Ok nantikan, saya insyaAllah akan buat video saya mekap tau. Nanti lah. InsyaAllah. Kalau masa dan keadaan mengijinkan. Tapi saya pun baru belajar mekap. Osah comot mekap saya nanti. Kalau buruk harap maafkan ye. InsyaAllah nanti saya share ye.

Tata.

Terima kasih semua kawan-kawan.
Terima kasih nuffnang
Terima kasih maybelline
Terima kasih suami (tetiba termasuk dalam senarai).

Ok tata sekali lagi :p




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

hakak CNN said... [Reply to Comments]

ko dah macam retis lah kak, sekali pandang macam abby abadi pon iyer gak..

chantekkkk...!!!

A Girl Like You said... [Reply to Comments]

Wow! Best nye dapat buat makeover! ;)

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

vp, nanti ajar ek caner nak make up smokey eyes..
pastu baju biru yg vp pakai tu cun la...beli kat ner? share la huhu :D berkenan ni....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^