Follow Viruspadu

Friday, October 07, 2011

Mums And Daughters Create Memories In The Great Outdoors

Sabtu lepas, adalah antara pengalaman yang memang tak boleh saya lupakan. Saya, ceera, kaklang, akak, kaklong (anak buah) dan angah (juga anak buah) meluangkan masa bersama-sama kat Janda Baik atau lebih tepat lagi dekat Aman Rimba Estate. Cantik sangat tempat dia. Terpesona mata memandang. Sumpah tak tipu.

Bukan kitorang aje yang ada sebenarnya. Tapi ada 30 pasangan Mums and Daughter yang berumur anggaran 14 ke 19 tahun begitu. Event ini di-organised dan disupport oleh Her World. MMA HPV Vaccination Programme for Teens disupport oleh GSK. Maka event ni lebih kepada memberi kesedaran mengenai Kanser Pangkal Rahim dan mendidik ibu-ibu dan anak2 perempuan kepada risiko kanser pangkal rahim dan bagaimana ianya boleh dicegah.

Kitorang berkumpul seawal Jam 8.30 pagi kat Blu Inc, PJ.

Sebenarnya lebih tepat lagi, saya bangun kul 4.30 pagi dan keluar rumah kul 5.30 pagi dan sampai kat depan Blu Inc tu pukul 7 pagi okeh. HAHAHA. Kental tak semangat nak bersama-sama dalam event yang sangat berinformasi ni. Sebelum apa2 nak bgtau saya dah amik tau vaksin ni. Sebab korang tahu2 je lah Kanser Pangkal Rahim ni memang takde tanda2 awal ke apa ok. Kalau kena tu memang dah terlambat dah. So takuit kan. Maka apa lah sangat RM150 tu kalau nak dibandingkan dengan nyawa dan kesihatan.

Kakjem, kaklong, ceera dan kakngah tengah menanti kedatangan bas terchenta

Ok. Plan dia mcm ni. Tak habis2 dengan plan kakjem ni tau.

kul 8 berkumpul
kul 8.30 - bas pun bergerak ke janda baik
kul 10 patutnya dah sampai kat Aman Rimba Estate
kul 10.30 start treasure hunt
kul 12 - Protecting against Cervical Cancer Together
1.30 - makan tengahari
2.30 ada demo Origins Skincare
3.00 pulak Victoria Jackson Make up demo
3.30pm Origins Skincare trial | Victoria Jackson Make-up trials | Tea Time
5pm penyampaian hadiah treasure hunt dan penutup
5.15pm Photo Op
5.25pm balik la kitewww

Ok itu la plan yang panjang. Sangat penuh jadualnya kan. Dan sangat teruja nak habiskan semua aktiviti-aktiviti yang ada. Paling suka adelah Treasure Hunt. dah lama giler kot tak join treasure hunt..

Bas datang seperti dalam jadual.

Semangat je masing-masing. Dorang yelah dah lama tak naik bas kan. Ahkak korang ni apa cer? hari2 naik bas katanya :p

Bukti betapa mereka dah lama x naik bas. Sebab tu siap amik gambar dalam bas kannnnnnnnnnnnn... Saya duduk dengan ceera

Akak harus la duduk dengan kaklang. Mana boleh berpisah perempuan ni

gambar anak buah saya kaklong dengan angah takde la pulak, sebab diorang duduk depan sikit. Koser nak bangun semata-mata snap gambar kan...

Perjalanan adelah seperti yang dijangka. Saya tak ingat pukul berapa secara tepat saya sampai ke Janda Baik. Tapi yang saya ingat, bila kitorang sampai, kitorang kena jalan kaki dalam 30 minit jugak ke dalam (sbnrnya 15 minit pun tak sampai, tp sebab kejap2 benti amik gambar, kejap2 benti, pastu gedik2. Mana tak terasa lama haha)

Proses pembakaran lemak-lemak tepu di peha

haaa... kannnnnnnn... bila nak sampai kalau macam ni. Wei jalan cepat boleh tak weiii? :p



Akhirnya sampai jua.

So sampai2 apa-apa hal kena memanjakan perut dulu. Pekena nasi lemak terbahek dengan lontong super sedap. Sumpah sedap. Tak tipu ok. Siapalah katering dorang ni. Sedap giler makanan2 yang disajikan sepanjang hari kat sana

Makan pagi selesai. Dan masa ni adalah penerangan sebelum bermulanya Treasure Hunt

Iphone dan Blackberi sentiasa melekat di tangan kakjem. Ntah menunggu siapalah yang telefon tu :p

ceera, farah dan yours truly kakjem

pembahagian kumpulan untuk treasure hunt ni ikut warna reben. Kitorang diberi reben asing2 warna la. Saya dengan ceera satu kumpulan. Kumpulan reben biru. Kumpulan gagak biru (hitam).

Soalan treasure hunt ni kalau tak silap saya ada 9-11 soalan kot. Tapi soalan satu dia je dah setengah jam nak mencarinya. Padahal masa yang diberi pun ada 60 minit je. Ha canne tu?

Soalan pertama adelah mencari pokok. Ada 6 jenis pokok tp semua nama saintifik la. Ko tahu aje la nama saintifik ni kalau tak panjang dan memeningkan memang tak sah la kan. So jenuh pulak kitorang mengugel gambar. Terima kasih telefon canggih :p

Ni soalan kedua.

Ni tengah setelkan soalan ke 3

Tengah mencari benda tersembunyi.

dan lepas tu keadaan cemas sebab masa tak cukup. Kitorang siap berlari apa ke bagai memang tak sempat dah nak control2 ayu amik gambar segala ok. cemas sangat hahaha... cemas tapi kelakar. Group saya memang best. Kitorang tak stress pun. Rileks je gelak2. Memang terbaik.

Jumlah kesemua kumpulan ada 5 saya rasa. Ada biru, pink, kuning, putih dan satu lagi oren kalau x silap saya lah.


Group saya tak habis semua soalan. Kitorang sempat buat dalam 5 ke 6 soalan je. Tahu2 dah abis dah masa 60 minit tu. choiii... lepas tu sibuk tanya2 lagi. Nextttttttt... apa soalan seterusnya.

"masa dah habis, nak soalan apa lagi. habis lah"
amboi garangnya kau kakjah hahaha

Tengok pun dah tahu dah kalah. Orang lain dah sampai soalan kena amik gambar dalam air segala. Kitorang habuk pun tarak.tak kisah. janji enjoyyyyyyyy.

Dan masa yang paling berilmu dan terpenting dalam plan hari ini adalah Talk kesedaran bahayanya kanser serviks ni.


Sangat bahaya tau. Ingat lagi tak saya pernah cerita kat korang dulu pasal kanser ni. Antara tanda2 yang memang dah kena dah kanser ni adelah bila "orang dah berkahwin" dan bersama dengan pasangannya, akan ada tanda darah. kalau ada sila la check ye. Seriau saya. Sebab benda ni sangat serius bukan cerita main2 kan. BAHAYA.

Lepas tu mesti kerap buat ujian pap smear. 6 bulan sekali kalau x silap saya lah.

Jadi apa itu Cervival Cancer?
Ianya berpunca dari virus human papilomavirus (HPV) yang boleh berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit di bahagian kelamin walaupun tidak melakukan persetubuhan

Bila dijangkiti, pesakit mungkin tidak akan menunjukkan apa-apa simpton untuk beberapa tahun pertama. Jangkitan akan mengambil masa dan berpotensi menjadi kanser selepas 10-15 tahun.


Pelalian HPV


Kementerian Kesihatan Malaysia telah menlaksanakan program yang dikenali sebagai HPV National Immunisation Programme (NIP) bagi memberikan suntikan vaksinisasi kepada kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun iaitu yang sedang bersekolah di tingkatan 1.

Suntikan vaksinisasi ini bagi melindungi mereka dari mendapat kanser yang biasa dihidapi oleh wanita semenjak tahun 2010 lagi. Bagi menyokong dan membantu pihak Kementerian didalam memberikan kesedaran tentang bertapa pentingnya kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dan ke atas mendapatkan suntikan, pihak MMA memperkenalkan  MMA's HPV Vaccination Programme for Teens yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011. Program ni adalah hasil kerjasama di antara Malaysian Medical Association (MMA) dan GlaxoSmithKline Pharmaceutical (GSK).

"Under the MMA HPV Vaccination Programme for Teens, teenage girls between 14 to 19 years of age stand to benefit from cervical cancer vaccination where two of the three doses of vaccination will be provided at an access price while the third dose will be provided free of charge to encourage dosing compliance and ensure optimal efficacy."

"The MMA HPV Vaccination Programme for Teens runs from 1st March till 31st December 2011. Since the programme’s launch, over 500 clinics have come on board to lend a hand in the fight against cervical cancer. A Facebook page and hotline number have also been set up to provide information about cervical cancer and the MMA HPV Vaccination Programme for Teens. A list of participating clinics can be obtained by calling the hotline number - 1800 22 8688".

www.facebook.com/MMAHPVVaccinationProgrammeforTeens


Jadi saya amat harap kita wanita, semua wanita ada kesedaran ini. Sebab kalau sakit bukan orang lain. tapi diri sendiri. Tolong sayangi diri sendiri dan dapatkan suntikan HPV ni ye.

Dan aktiviti seterusnya adalah demo Origins Skincare. Suka sebab bahan2 adelah diyakini

Cara urutan muka supaya kelihatan muda walaupun umur kau dah 31 tahun ye kakjem:p

Demo Victoria Jackson Makeup :p ... Antara yang ku tunggu2 jua. Peremfuannn ... Well... kalau berkaitan dengan makeup kemain eksaited kan. Saya sampai bersila kat tengah2 tu tengok ok hahaha



Lepas acara demo, adalah acara makan sebenarnya.

Semua acara makan sebenarnya saya dah skip. Sebab masa makan adelah sedap melampau. Maka malas nak amik gambar. Siyes sedap.

Lepas makan. kitorang dipecahkan ikut group2 lagi. Kali ni saya masuk dalam group putih. Saya satu group dengan ceera lagi! ahaks... dan satu group dengan akak dan kaklong. syiok. kroni. I like bebeh. Acara kali ni best sebab trial katanya.

Kitorang sedang diajar mcm mana nak pakai serum origins. Bagus tau. Siapa muka yang dah nampak kedut2 tu boleh dah buat urutan muka ni. Bukan payah sangat kena pegi kedai benda pun. Buat sendiri kat rumah je nok

Nampak semangatnya kakjem nak kuruskan pipi. Nampak? :p

Urut dahi :p

Dan demo mekap jangan dilupa. Tudung kena tarik ke belakang, tu yang nampak muka bulat sangat tu. ecewah ekplen ko ye jem :p




Geng ciwawa.

Geng Kroni






So Penutup event ni adalah dengan penyampaian Hadiah pengumpul mata terbanyak. Dimenangi oleh kumpulan kuning kalau tak silap saya. TAHNIAH korang. Lepas tu kumpulan oren. lepas tu lupa dah. Tapi group saya kumpulan last sekali kot hahaha. Takpe yang penting enjoy kan (pujuk diri sendiri)

Akhir kata, saya rasa aktiviti kali ni memang mencapai objektif apabila seorang ibu dan anak digadungkan dalam satu aktiviti macam ni, selain daripada mengeratkan kasih sayang, ia juga dapat meninggalkan seribu kenangan manis untuk ibu dan anak. Sedangkan saya yang datang seorang ni pun terasa bahagianya. Inikan pula mereka.

Pengisian program juga sangat teratur. Perut pun dijaga rapi :p

Well Organized I can say.




For further information on the programme, please log on to the Facebook page at www.facebook.com/MMAHPVVaccinationProgrammeforTeens or call 1800 22 8688 (Monday-Friday between 10:00 a.m. and 6:00 p.m., excluding public holidays).

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

suka tgk style awak pakai tudung dlm entry nih....nnt buat la tutor pakai tudung mcm tu yer!!!

sweethOneY said... [Reply to Comments]

tudung cotton ye kak? cantik !

ibuhebat said... [Reply to Comments]

bagus aktiviti macam ni :)

jemput ke blog http://hebatkan.blogspot.com

saya link ke blog ni ya. tq.

ysuhaimi said... [Reply to Comments]

Macam seronok jer aktiviti Proses pembakaran lemak-lemak tepu di peha.
www.myagri.com.my

mommyNadia said... [Reply to Comments]

hi Kak Jem..
ni ahli geng ciwawa melapor diri =)

oo sb kak jem umur 31, sy 30, maka bolehla sy panggil Kak Jem jgak..walaupun kalau tgk sy mcm jauh lebih tua dr Kak Jem yg selim melim cun plak tu..adeh!!

Neway,sronok jumpa u all adik beradik that day,walaupun masih malu2 nak tegur..;)

lily lotus said... [Reply to Comments]

best! even dh baca entry ceera, tatap eksaited gak baca kat sini :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^