Follow Viruspadu

Thursday, September 22, 2011

Ipad retak seribu pun retaklah, janji adoooo

Ohyeah...

Akhirnya ipad dah ada dalam genggaman dan mujurlah en.badang meresque saya hari ni. Korang kan tahu yang saya adalah bawak laptop tp tak dapat connection. Tsk tsk.

Saya mcm ada banyak benda nak stori dengan korang tauuu. Pasal pengalaman besday saya lah, open house yang saya pegi apa semua. Tapi apakan daya ...

So, disebabkan laptop adelah tak dapek acik nak buek apo. En.badang telah meresque secara tak sengaja. Tolong terbangkan (jgn fikirkan terbang yang real) ipad dari seremban ke jalan elmu. Walaupun ipad saya dah retak seribu (member2 fesbuk pasti faham). Tp kitorang dah seletep dah weii... Dah macam ipad setenggan dah ni. Belasah ajo la. Janji mek boleh online dengan suka ria.

Ehem ehem ehem..

Semalam 21hb adelah aniverseri saya dengan en.badang yang ke 8 tahun tau. Kalau tahun lepas mesti saya dah letak gambar2 kawen saya kan. Tapi sebab kalau saya letak lagi tahun ni dah macam basi la pulak kan. Pasal gambar sama je nok. Lainlah kalau saya snap gambar ala2 kawen kat studio kan. Kan ramai orang buat cenggitu kan. Saje2 pegi studio amik gambar kawen. Siyes sweet giler ok. Saya ada teringin jugak. Cuma tak terbuat2 je. Tp takat teringin je la. En.badang kalau dengar mesti dia boolayan punyaaaaa. Hahahaha

Dan semalam jugak, en.laloque (juga dikenali sebagai en.badang haha) telah mensepraise bini dia dalam keadaan demam-demam sanggup datang ke intan (kan saya kursus seminggu) semata-mata nak jumpa bini dia ni. Siyes terharu ok. Ntah. Pada saya kalau demam takpe la. Sabtu ke ahad ke boleh je nak gi makan sesama ke apa kan.

Thankssss darlingg...

Ok nanti saya buat entry penuh la pasal semua-semua ye. Mcm biasa sebab gambar adelah takde. Maka nanti nanti la ye.

Terima kasih suami sebab sanggup datang tadi. Jgn lupa makan ubat ye.

Ok korang... Moga kita ketemu lagi. Saya akan cuba update walaupun entry sependek2 alam :p

Tata.




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Ipad dah ada dalam tangan

2 komen[s]:

Tata Azha said... [Reply to Comments]

Awat tak Tethering guna iPhone or BB jer Kak jem?

Nely said... [Reply to Comments]

Oh... kat Intan Jln Elmu ke? Kecik2 dulu sy tinggal kat quarters ni lah...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^