Follow Viruspadu

Tuesday, September 27, 2011

Open House Green itu Apple

Sambungan daripada entry Maybelline. Make over katanya padahal sendiri mekap diri sendiri dengan agak comot jugak sebenarnya tu. Tapi mungkin teknik pencahayaan membantu nampak macam agak kemas sikit. Tapi sebenarnya kalau tgk bebetul tak kemas langsung solekan saya tu. Tapi takpelah baru belajar ye tak. Sendiri kutuk, sendiri pujuk diri sendiri balik. Tahpape. :p

So balik daripada event maybelline, saya terus sederap ke Open House Diana Green Apple yang sangat fofuler itu. Kelassssssssss tau. Member2 yang tahu je saya nak pegi open house Di, ramai je yang kirim salam hahaha. Tapi sampai2 sana saya lupa nak kirimkan salam. Sowiii... "Di... oh Di... Member I kirim salam kat U lah. Dia silent reader you paling setia sekali" hahaha...

Siyes rumah dia besar dan cantik. Siyes. Walaupun saya tak pusing sampai belakang hahaha giler ke apa ke kan. Saya jeling2 sikit je. Yang sikit punya jeling tu pun dah cantik dah wei. Suka betul saya menengoknya.

So sempat cemolot sikit2 aje la, makan-makan yang sedap. lalu terpaksa mintak diri sebab dah semalaman tak jumpa anak-anak. Rindu giler ok. Lagipun badan keletihan :p

GreenApple dan Viruspadu
Saya sebenarnya tak selesa sebab saya pegi rumah orang dengan mekap macam tu kat muka. Saya rasa macam tak sesuai mekap dengan majlis hahaha mcm over sangat kot :p. Pastu siap ekplen kat Di hahaha. Pastu terasa poyo. Apsal aku ekplen lak ni hahahaha. Dan sempat jugak saya jumpa beberapa blogger lagi kat sana kan. Sempat la beraya compipi :p

Apa pun, tengkiu green Apple sebab jemput saya. (dasar malas nak taip lagi)
dan akhir kata, kenapa rumahmu lawa sangat? (bunga2 cemburu hahaha)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Gieyana said... [Reply to Comments]

ok jer make up tue..me pon x brp pandai sgt..cuma make up light2 jer..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^