Follow Viruspadu

Tuesday, September 06, 2011

Percutian Cherating Yang Agak Kelibut

Siyes rasa pening giler ok. Sebabnya memang saya dan family saya dah plan bahek punya nak bercuti ke cherating kan. Tiba2 kan saya menang Hotlink Now You Can tu kan... wah tetiba ke kakjem oii... tetiba ke??? opss :p bukan tetiba menang, tapi tetiba saya baru tahu yang lepas menang, minggu depan terus kena pegi Bali. saya adelah tak ready apakebenda pun lagi ok.

Malam yang sepatutnya berkumpul sbb nak bertolak sama2 pegi cherating tu, saya adelah kalut kena pegi kat pejabat hotlink untuk dengar briefing apa semua. Dengan jem segala bapak bagai. Kena tunggu itu ini itu ini. Bateri bb nak kong. Dengan anak2 dengan suami tunggu dalam kereta. Kecoh sangat saya rasa.

Setel briefing tu dalam kul 10 lebih malam kot. Laju2 turun. Adik beradik dah amukan sbb saya lambat. Saya dengan baju kurung office lagi. Dengan badan belengas. Anak2 buat perangai dalam kereta. Suami dah tensen sbb anak2 buat perangai. Getir betul keadaan masa tu.

Bawa kereta laju2, sampai2 jumpa keluarga, kena marah dengan ahli keluarga plak sbb lambat. tsk tsk tsk. Kalau lah kamu memahami situasi diriku. ecewahhh...

saya terlampau letih, tertido dalam kereta. Sampai2 homestay lagi kena perli dengan adik beradik sbb tak teman lalok bawak kereta. lalok bawak kereta melelong2 hahahaha. Melelong tu bukan sbb lalok ngantuk, sbb anak dia buat hal nak duduk atas pangku. dah lalok melayan anak  gitu takpat den nak kobaan dooo... hikhikhik

Sampai2 terus rasa nak tido. Tapi tak dapat jugak, anoi buat hal lalu menangis sepanjang malam lalalala... Ini percutian yang Indah bukannnn :p

Siang hari... Terus serang pantai laaaaaaaa... Tengok saya pakai seluar aladin :p macam tembam giler hahaha

tapi saya memang tembam giler kot sebelum gi bali tu kan. sampaikan mak saya cakap muka saya dlm video pipi mcm nak meletop la katakan. Si ceera lagi la terus panggil muka saya muka angry bird telor bom tu hahahaha...














saya cuma lepak ditepian saje. kerana saya dlm keadaan bercuti dan semuanya malas. eh bila masa saya rajin ni :p


tudung pun macam dah nak tertanggal hahahaha...Angin kuat melampau



Homestay yang saya lepak seperti yang korang tahu adalah Avenir Cherating Holiday Home semuanya ado. Sebijik macam rumah ko je. Maybe lagi lengkap kekekeke. Murah pulak tu, RM150 je satu malam. Terbahek hokey. Saya rekemen sangat2 korang nginap sini


Semuanya dekat termasuk masjid, kedai dll


Harus repeat lagi. lepas ni kalau saya nak pegi. Kena plan bebetul la. payah la plan macam ni. Sesak nafas acik :p


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

LYAfrina said... [Reply to Comments]

xtau dtg cherating...kalo dop sy g skodeng situ..leh jupe vp..huhu2.. sy duk kemaman je..sempadan cherating.. x singgah k kuala kmn, mkn satar & otok & kepok??

Cik Erza said... [Reply to Comments]

i really miss kuantan!!kem salam kt kuantan utk sy yerr..hee







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^