Follow Viruspadu

Saturday, September 24, 2011

Selamat Pagi

Hari ni saya ada treasure hunt. Maka saya bangun pagi kul 430 pagi tadi. Dah macam nak pegi keje plak. Keluar rumah kul 530. Sebab berkumpul kul 8 pagi. En.badang takut sampai lewat. Tapi kul 7 saya dah terpacak dah kat sini hahahaha... Sangat menepati masa kan. Kehlassss ahkak.

Semalam saya baru habis kursus. Malam ada open house. So sampai rantau dan menjengok anak-anak pukul 12 tengah malam. Betapa badan ini terlalu penat.

Saya sampai rumah, tengok nisa tido. Jengok anoi dalam buaian. Tiba2 anoi terjaga senyum kat saya. Alahai cair terus hati saya. Daripada tadi rasa mcm nak tumbang sangat, terus rasa kuat. Saya terus dukung anoi. Badan anoi panas. Ala... Sedihnya... Anoi demam ni sebab rindu saya ke?

Sumpah sedih ok.

Terus saya dukung je anoi. Anoi lentuk je kepala kat bahu saya. Badan anoi makin panas. Terus saya mandikan anoi tengah2 pagi tu. Lepas tu. Badan saya pulak saya nak tumbang hehehehe.

Tak sedar bila saya tertido. Mujur en.badang take over jagakan anoi. Siyes tak sedar saya tertido.

Pagi2 ni plak saya keluar 530 pg kan. Anoi dan nisa masih tidur. Nisa masih tak jumpa mama lagi. Aishhhhh sedih la pulak.

Ok tak boleh teruskan kata-kata. Nanti bertambah sedih.

Minggu depan saya akan berblog seperti biasa ye. Maaf tau korang yang masuk keluar masuk keluar viruspadu.com ni tapi tak berupdate kan.

Tunggguuuuuu...

Tata.
Love u all.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

3 komen[s]:

khairul akmal bin azman said... [Reply to Comments]

have a good life
kay kan bace update seterusnye

Ciare Baha said... [Reply to Comments]

salam kak vp...last week saya ada pegi M*** Jln D***. Nampak gamba akak dekat carta organisasi. Ehem =)

madammondoq said... [Reply to Comments]

full day yg happening kan?

http://madammondoq.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^