Follow Viruspadu

Sunday, September 18, 2011

Shah Alam

Saya baru balik dari shah alam rumah kaklang saya :) Penat weiii

Ok, sebelum tu nak cakap yang seminggu ni saya adelah feeling single sebab saya tido dekat cheras dekat rumah omma saya sebab saya ada kursus beb. Merana lah daku merindu anak-anak dan suami di seremban. Apakan daya terpaksa kan. Sebenarnya en.laloque pun kursus jugak kat labu. So kitorang laki bini adelah kursus minggu ini dan anak-anak terpaksa mintak bantuan mertua tolong jagakan. Paling suka adelah acicot kebena lah sebab dia takyah gi sekolah selama seminggu hahaha... kemain suka kau ye nak :p

Tadi call lalok kat seremban pun, lalok cerita benda yang sama jugak. Nisa cuma tanya  "papa, esok kakak takyah pegi sekolah kan papa" hahaha siot je, bukan tanya mama kat mana ke? kenapa mama tak balik ke? hahahaha... sabar aje la acik ni ha

dannn sambung balik cerita pasal saya pegi shah alam plak, saya sampai2 cheras ni petang tadi lah dalam kul 4 mcm tu. takde sape pun kat rumah. Family saya pegi rumah terbuka pakchu saya. Sementara menunggu dorang balik untuk bukak pintu, sempat jugak saya mentekedarah cekodok sebanyak RM5 sorang-sorang wahahahaha... buruk lantak kan kakjem ni.

Dua hari ni saya makan banyakkkkkkkk sekali ok. oh pitam pitam. Semalam usah cakap la saya pegi rumah terbuka makan kemain banyak lagi. Hari ni makan takmoh kalah jugak. Pagi2 bangun saya dah belasah kuih raya dah, bukan makan sikit2 punya makan. Makan macam tak cukup serdak lagi dah. Pastu lalok beli bihun sup. Licinnnnnnn wa cakap sama lu.

Tak puas lagi dengan tu. Makan tengahari pun taknak kalah jugak. Nasi dua senduk ok, sambal sotong dengan sup telor soon tu. Pehhhh... Pastu belasah kuih raya plak lagi. Asal ada masa senggang je mentekedarah aje la keje kakjem ko ni kan. Sampai2 cheras belasah cekodok lima hengget. OMG tak sangka selera makan boleh jadi macam tu :p Mana saya sorok PB saya? nampak gaya kena carik balik ni muahahaha

Pastu petang tadi, mak saya tanya, nak makan apa. Well anak kesayangan la katakan (kasik akak baca ni bengang sikit). Siap eksen dengan mak. "Andak taknak makan mak, dah kenyang" ... Giler ko kalau tak kenyang2 lagi kan. Bela hantu raya ke apa tu :p

Then mak ajak masak sambal petai belalang. So gigih la saya dengan mak mengupas petai kecik2 tu dengan penuh kesabaran sambil tu mengutuk si uteh sedas dua. hahahaha. Tetiba abah balik.

"kaklang dah balik dah"

wahhhhhhhhh cepatnya kaklang balik... kaklang dengan abanglang (suami kepada kaklang, eh ni pun kena ekplen?) dengan akak saya pegi Bali hokeyyyyyyyyy... Terus ajak pegi rumah kaklang. Saya okey aje, suka je nak ikut kan.

So kitorang bawak dengan petai2 belalang sekali pegi. Masak kat rumah kaklang je. Sebab anak-anak adelah suka giler masak sambal petai ni :p

Tadaaaaaaaaaaaaa... Siap masak
Apakah maksudnya itewwwwww kawan-kawan yang dihormati sekalian alam???? Ye saya makan lagi okeyyyyyy... Berani makan berani tanggung akibat selepas itu ye. Abis tu??? Siapa lagi nak tanggung akibatnya?? Jiran sebelah rumahkah! hahahaha. Hetchu! Hetchu!

Maka itu lah diari makan saya hari ini hahaha... daripada nak cerita pasal pegi shah alam terus cerita diari makan plak kan. Belasah aje la labuu.


nota tak seberapa: eh mana jaket saya yang tertinggal di shah alam itu?



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

da kurus...x pe kak jemah mkn byk2...

Suzila said... [Reply to Comments]

petai belalang tu xnmpk pon ker saya yg xtau mn satu petai belalang tu??adeh...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^