Follow Viruspadu

Wednesday, September 28, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-8

Macam tak percaya, kalau dikira-kira pakai semua jari di tangan dah hampir terpakai semua jari untuk kira tahun anniverseri saya. Lagi 2 tahun habis dah semua jari ditangan. lagi 5 tahun kalau nak kira pakai jari jugak kena pinjam jari nisa sekali :p

Lapan tahun usia perkahwinan ini. Alhamdulilah. Syukur Ya Allah kerana kurniakan kami kebahagiaan yang berkekalan.

21 September lepas, saya masih di INTAN. berKursus. Memang tak menjangkakan apa-apa kejutan dari suami. Saya juga tak prepare apa-apa hadiah jugak. Minggu yang super bizi saya rasa. Laki bini berkursus dan anak-anak dipeRANTAUan.

Malam sebelum, en.laloque BBM saya

"Esok papa pegi sana, kita celebrate aniverseri nak?"
"Takpe ke? papa kan kursus?"
"Petang nanti habis, papa terus pegi sana"
"Takpe ke papa? Tak payah pun takpe, kita celebrate weekend je pun takpe"
"Weekend ni kan bizi banyak hal, dengan ma ada bla bla bla lah, lepas tu kena pegi situ sini... bla" ~membebel hahahaha
"oh ok ok, tapi tak susahkan papa ke datang ni, betul la ma tak apa-apa pun"
"takpe lah, nanti papa datang"
"ok betul takpe ye?"
"kenapa ni mama?"
"Saje je buat-buat sopan HAHAHAHAHA"

Dapat bini macam jemah ni memang kena banyak sabar ye. Saya sebenarnya suka melampau tapi saje je buat2 serba salah hahahaha. lalalalala well u noe me marrr...

So petang itu, kitorang pun berdetingan dekat MidV kat Tony Romas. En.laloque sebenarnya tak sihat. Tengok muka dia kurus sangat. Batuk tak henti-henti. Kalau tahu dia tak sihat macam ni. Memang saya tak kasik dia datang. Siyes muka pucat, mata macam tak boleh bukak. Mesti drive kereta melelong2 ni. Alahai suami.

Muka saya juga tak semenggah, baru habis kelas dan terus jumpa en.laloque. Dah macam muka without makeup event maybelline je hahaha :p



 

Kitorang lepak kat sana tak lama. Lepas makan terus pulang. Sebab kesiankan en.laloque yang batuk tak berhenti tu lah. Kalau ikutkan hati saya ni, maunya saya nak menyinggah tengok kasut dulu ke baju ke apa ke kan. Dah alang2 sampai midV kata ko kan.

Terima kasih suami atas kasih sayang ini.
Terima kasih atas kejutan ini
Terima kasih atas segalanya.
Minta maaf atas kekurangan isterimu
Minta maaf atas segalanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 8 Sayang.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

LittleGurl said... [Reply to Comments]

ololololo so suwit! ;D

Ietams said... [Reply to Comments]

happy belated anniversary

Myvitrd said... [Reply to Comments]

wah dah 8 tahun tu.. Tahniah berjaya mengharungi liku2 rumahtangga ni.. semoga terus berbahagia dan kekal sampai ke syurga

Nadiah said... [Reply to Comments]

happy anniversary kak..ada pape event nak itut leh...hehehe..muka tak malu...

laloque said... [Reply to Comments]

terima kasih kerana menjadi sebahagian dari nyawa kehidupan papa... i love u

azuin said... [Reply to Comments]

APA RAHSIA KEBAHAGIAN YG BERPANJANGAN?
HEHEHEH

lily lotus said... [Reply to Comments]

kejap jer dah nak dekat sedekad :D...happy anniversary! semoga bahagia selamanya







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^