Follow Viruspadu

Tuesday, October 04, 2011

Bali - Kalau itu yang tersurat.

Mula-mula kena ucap terima kasih dekat Marie France dulu sebab menaja percutian aka hanimun ahkakJem ke Bali untuk kali ni. Best giler la kan cuti ditanggung beres macam ni. Memang sangat syiok. Bawak diri dan duit sikit je kot nak beli jajan. Tapi yang ditanggung harus la saya sorang ajo, maka en.laloque kena la bayar sendiri ye. Tapi takpe. Stil berbaloi baloi kan.

So lepas saya dapat tahu Marie France akan menyeponser saya, kitorang laki bini pun berkira2 lah tarikh bila nak gi. Plannya sebenarnya adalah 2 minggu lepas, kononnya nak dekat2 dengan tarikh aniverseri la kan. Last2 ubah ke 30hb sebab ada hal lak tarikh sebelum ni. Adoiyai. Belasah ajo la.

Percutian kali ni jugak sebenarnya saya dan en.laloque masing-masing macam membizi dengan hal-hal duniawi. Saya macam tak berapa eksaited sebab baru aje pegi Bali kan. 7 hari beb kat sana. So memang saya biasa2 aje, cuma eksaited sbb kali ni pegi dengan suami tercinta gitu. En.laloque plak kata dia eksaited tp dari raut wajah dia memang macam nak kena gigit hahahaha. Yelah masing2 bz keje kan. Bayangkan saya kemas2 baju pagi2 tu. Saya bawak baju 2 helai je. En.laloque pun sama. Nampak sangat kan...

Pagi2 siap2. dan tengah tunggu teksi

Saya membayangkan semuanya berjalan dengan lancar.

Dan saya juga adelah pertama kali naik Air Asia. Tak pernah2 saya sampai ke LCCT ni. Besar jugak ek. Yang penting ada MarieBrown ok. ahak ahak ahak. Kakjem tak abis2 dengan update status fesbuk dia. Pastu BBM dia. Maafkanlah :p

Ntah la sepatutnya semuanya takde masalah. Sepatutnya.



Kitorang dah checkin segala. Tunggu naik belon je lagi.

Masa panggil naik flite tu, tengah beratur, tiba2, pegawai baru perasan yang passport kitorang laki bini kurang 6 bulan. Kira kurang beberapa hari je. Saya pelik sbb masa saya checkin tadi apsal tak bgtau awal2. Lepas saya dah nak naik flite dah baru nak cakap. Kalau masa saya checkin tu byk giler masa lagi ok. berejam lagi. Kalau nak buat renew passport pun sempat je. Geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

So lepas tu, kitorang terus amik teksi ke Putrajaya. Renew passport. Sekejap je beb. tak sampai sejam pun. tsk. tapi tu la. Kena jugak la tangguh flite kan. Dan la tangguh kena bayar sorang RM100.

Hari tu sangat penat sebenarnya. Bila saya dpt tahu yang passport saya kurang 6 bulan. Saya muka rileks habis. Cuma dalam bayangan saya. Jadi ke idak saya pegi Bali ni kan.

Tapi bila hari dah petang. Saya semakin penat. Dan macam2 masalah. Bila kawan saya call tanya kabar, menitik jugak air mata saya. adoiyai manjanya dia :p. Memang penat sangat.

En.laloque pulak, mulut dia tak lekang dari say sori.

"Sori mama, papa cuai, tak cek dulu"
"takpe pa, bukan salah papa"

Yelah benda nak jadi kan. lagipun saya pun tak cek hahaha. padan la muka.


Dan akhirnya. Walaupun pelbagai rintangan melanda. Muka tetap kena senyum.


"sori ye mama, papa harap sangat percutian kali ni kita hapi2 je, tak sangka pulak jadi macam ni"
"takpe sayang, asalkan bersama papa, kat mana-mana pun tak apa-apa"




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Qaseh Qistina said... [Reply to Comments]

dugaan2..tp nasib dapat g jugak kn...syiokkknyer...=)

rosealley said... [Reply to Comments]

air asia memang camtu kak, awal2 dia xkan gtau, bila da nak betul2 masuk tu la baru nak kabo

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

bnde2 cani yg ley jd pgajaran akn dtg...bkn utk akak je..utk kita semua...

Sabihah said... [Reply to Comments]

Biasa laa...kita hanya merancang...hehehe ^^

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Olololorr dugaan betul. Dah potong kan awal2 tu tapi takpelah kak, have fun di sana !

eintanliana said... [Reply to Comments]

sabarye.. n sweetla..=)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^