Follow Viruspadu

Wednesday, October 12, 2011

Hai Korang

Salam korang

Apa kabar?

Banyak sangat cerita yang saya simpan dalam hati sekarang kan. Simpan dalan hati dan tak diluahkan dalam blog. Kalau dulu, kalau saya sakit perut pun terasa nak update kat sini hahaha eh overnya kau jemah. Eh takde la sampai macam tu. Itu perumpamaan je.

Sebenarnya banyak sangat benda terjadi tapi saya je tak update.

Mungkin sebab kekangan kerja. Mungkin.

Mungkin jugak kekangan perasaan. Mungkin.

Mungkin jugak kekagan fizikal. Mungkin.

Banyak sebab la.

Tapi percayalah saya masih di sini bersama korang. Maaf korang keluar masuk blog pink ni pastu hampa je. Kalau saya update pun sebaris dua je kan.

Saya memang nak update masterchef tu uols. tapi korang nak tahu tak, masa event tu, en.laloque bawak kemain lagi kamera godang dia, tapi memoricard yilek HAHAHA. salah saya la tu. Hari tu transfer gambar pastu main tinggalkan je dalam laptop. Lupa nak masukkan balik dalam kamera. Dah dua2 tak check. Haaa... so event tu nganga la masing-masing. Ambik gambar pakai blekberi je la. Gambar pun blur je. Tu yang plan nak curi gambar-gambar dari blog orang lain. Kena tunggu dorang tag saya kat fesbuk dulu. Tu pun kalau dorang tag lah :p ... :)

InsyaAllah kalau takde orang tag saya, saya update jugak la gambar2 blur tu. abis tu canne. tu je yang ada ye tak. Belasah ajooo.

Saya masih macam biasa, pegi kerja naik bas. balik kerja juga naik bas.

Saya dah apply kuaters KL ni, tapi macam biasalahkan. PENUH. ntah ada rejiki ke takde. Siapa keje Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Taknak tolong kakjem ke? tsk tsk tsk. Kesian kakjem badan terlalu penat macam ni sampai tak lalu nak update blog kekekeke (mintak simpati)

Ok dah dah. Saya sebenarnya tengah extract data ni. PC jadi slow giler. Daripada semalam ok, data berjuta. pitam bangun balik pun tak habis-habis lagi. Ini la pengorbanan nama dia. Wahaha tetiba pengorbanan :p

Ok dah tu je

babai.

Miss u all :* <3



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

linda said... [Reply to Comments]

kuarters mana yg penuh tu jemah? rasanya kat putrajaya byk kosong

Umi_Aliesha said... [Reply to Comments]

tuko la Mah jgn guna sistem tu...ambik yg kita dgr smlm tu...hihihihi...rege brpa ntah...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^