Follow Viruspadu

Saturday, October 29, 2011

Jangan jadi Penyebab Denggi, Jangan Pentingkan Diri.

Erm macam mana nak mula cerita ek?

Ok, cerita pasal denggi ni kan. Orang paling dekat dengan saya yang pernah kena Demam Denggi adalah en. Badang la aka en.laloque aka suami kesayangan saya yang mucuk-mucuk tu (HAHAHA... matiklah en.laloque kick saya cakap mcm tu ditempat awam HAHAHA)

Masa en.laloque kena tu, masa tu tahun 2006 tak silap saya. Masa tu kitorang tinggal kat kuaters la. Kawasan rumah kitorang tu memang kiri kanan hutan la. Dalam hutan tu mungkin ada air bertakung. Sebab sekitar rumah kitorang tu memang ada rumah-rumah lama yang kena tinggal. Dalam rumah tu pun mungkin ada jugak air-air bertakung tempat nyamuk aedes membiak kan. Hutan lagi la banyak nyamuk kan.

Masa en.laloque kena demam denggi tu kan, harus la yang kitorang tak tahu yang dia kena demam denggi kan. Sebab ingat demam biasa aje la. En.laloque mengadu demam. En.laloque adelah jarang-jarang demam. Bini en.laloque ini aje yang selalu demam :p (feeling manja).

Biasanya en.laloque ni kalau demam, dia tak pedulik sangat pun dia demam. Bukan dia kesah pun. Nak kata suh mc rehat kat rumah jauh sekali lah. Tapi kali ni lain sangat la dia demam. Berselubung dengan selimut. En.laloque cakap sejuk, badan siap gigil-gigil. Badan berpeluh-peluh tapi bila saya sentuh dahi dia panasssssssss sangat. Masa tu pulak saya mengandungkan nisa. Dan korang memang tahu betapa lemahnya saya masa mengandung. Kira nak angkat jari sendiri pun tak larat lah. (wah over sangat perumpaan). Tapi memang mcm tu la keadaan saya yang sangat lemah. Tapi disebabkan suami demam. tiba2 rasa yang saya kena kuat.

saya yang berdiri pun gigil tu, tetiba boleh kuat tau, siap amik parang belahkan buah kelapa muda tu, sebab nak bagi suami minum punya pasal. lepas berlelah belah kelapa transfer dalam cawan, tapi en.laloque tak lalu nak minum. Pastu tetiba en.laloque rikues air asam jawa. saya sangka dia nak minum la. Saya pun pegi la dapor balik, buat air asam jawa. Pelik jugak apa kehal laki den nak minum air masam2 ni kan HAHAHA. siap tambah gula bagai la. rasa la masam2 manis segala bagai kan.

"pa, nah ni minum"
"bukan nak air minum, tapi nak air asam lumurkan kat badan, nak buang panas, tulang papa ngilu sangat ni"

lebih kurang gitu la dialog en.laloque masa tu HAHAHA... orang nak air asam lumur badan saya buat air minum :p ... elok sangat la tu kan. Lucu plak bila ingatkan balik. Kagum dengan diri sendiri yang badan sendiri gigil kalau berdiri, tapi suami punya pasal tetiba jadi wanita besi :p

Itu la KUASA KASIH SAYANG :)

(ingat SUPERMAK aje ada POWER???)

Pastu esok pagi, en.laloque dengan muka rileksnya mcm biasa nak pegi kerja. Kental betul semangat beliau dengan pekerjaan beliau. Geram betul. pastu saya pesan aje lah, suh gi Klinik check. Tengahari tu en.laloque terus ke Klinik check darah. dan memang betul lah seperti yang disangka dia kena DEMAM DENGGI. bahaya sangat kan. Laki kena demam denggi semasa isteri mengandung. Terpaksa la kitorang terpisah sekejap. En.laloque duk kat rantau dan saya balik cheras. Sebab en.laloque bimbang saya berjangkit.

So itulah dia... pengalaman saya dengan DEMAM DENGGI ni. Dan kalau boleh takmo takmo takmo dah siapa2 pun kena lagi. Takmooooo.

Ok, secara bukunya, apa itu demam denggi???

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Sumber Wikipedia

nyamuk Aedes betina

Melalui pembacaan saya yang cetek ni :p (tolong betulkan saya kalau saya tersilap ye kawan), virus denggi ni akan berada dalam badan kita selama kira-kira 3 ke 14 hari sebelum kita rasa tanda-tanda dia. Macam hari ni nyamuk aedes tu gigit badan kita kan, so bukan jam-jam tu la kita rasa sakit, tapi macam virus tu berlegar-legar dalam badan kita dulu, then baru la kita dapat tanda-tanda aedes tu. Seram kan. Pesakit akan tiba-tiba demam , dengan sakit kepalanya, mata pun rasa tak selesa, sakit sendi dan otot-otot, kira macam ngilu2 tulang macam tu, plus rasa gatal-gatal.

Memang denggi ni, rasa demam dia lain macam lah. Lagi teruk maybe kalau lambat check, akan nampak bintik2 merah terang merebak ke seluruh badan.

Tanda-tanda Demam Denggi

Mungkin jugak ada yang sampai muntah2, mual ataupun cirit birit. Ini semua bergantung kepada daya tahan badan masing-masing dan jugak tahap virus dalam badan seseorang la. Kesan-kesan mungkin tak sama setiap orang kan.

kalau budak-budak kena denggi lebih kesian kot, sebab boleh jadi radang hati, radang otak tak pun radang otot jantung (ini bukan budak je boleh kena, siapa2 pun boleh)

BAHAYA GILERRRRRRRRRRRRRR...

SUMPAH BAHAYA.

Syukur sangat la en.laloque berjaya melepasi dugaan tu.

Korang tahu tak yang demam denggi ni biasanya berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. (Sumber Wikipedia) ~saya kopipes ni

Soooooooooooooo...

Makna kata, bila korang terasa demam macam lain macam. Tak macam demam biasa-biasa yang korang kena. Tolong la jangan berlengah takut nak jumpa doktor, takut nak amik darah apa bagai. Please la jangan jadi tak matang sangat. Kasihatan tu lebih penting ok. Denggi boleh menyebabkan kematian ok. BAHAYA. kena pegi hospital dan check darah.

Pergi ke Hospital Kerajaan, bukan kena bayar pun. paling2 pun bayar RM1 lah. Kalau rasa taknak terus la pegi Hospital Swasta. Tak kisah la mana-mana pun janji korang kena sayang diri sendiri tau. WAJIB. MESTI.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. ( juga dari Sumber Wikipedia)

Nampak tak BAHAYA dia macam mana sekarang. Bukan benda main-main demam denggi ni uols. Bukan macam kalau sakit mata ketumbit taknak jumpa doktor main tuam2 mata, pastu sembuh sendiri. Bukan macam tu ok. DEMAM DENGGI ni BAHAYA.

diSEBABkan ianya BAHAYA. Lebih baik la kita semua mencegah daripada mengubati kan. Cara-cara mencegah sebenarnya bukan payah nau pun. Semuanya bermula dari kita sendiri. Semuanya bermula dari rumah kita. Kita tak payah nak paksa orang lain berubah kalau diri sendiri pun tak buat apa-apa pun lagi.

Ok ni dia, antara maklumat-maklumat yang saya boleh share dengan korang. Maka sama-sama kita laksanakan ok. Kamu buat, kakjem juga buat ok.


Hapuskan Pembiakan Aedes:

* Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur

* Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali

* Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung

* Pastikan tempat bertakung air seperti tayar buruk, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan aedes

* Tanam semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya

* Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate mengikut sukatan yang ditetapkan (10 gram untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.



Jangan disebabkan rumah kita kotor, jiran kita kena demam denggi. tak rasa bersalah ke? patut rasa bersalah ok. bayangkan lah kalau rumah jiran kita kotor dan disebabkan itu, anak kita kena demam denggi. rasa marah dan geram ke tidak???


haaaa kalau rasa marah, jadii... bertimbangrasalah... hidup ni bukan tentang kita seorang. Hidup ni kita kena fikirkan semua orang sekeliling yang kita sayang :)

(kredit gambar-gambar daripada google, sebahagian telahpun terdapat watermark)

Antara info Demam Denggi yang korang kena tahu dan kena alert jugak adalah....

Kalau demam berterusan selama 3 hari lepas tu suhu kepanasan badan korang mencapai 40c, tolonngggggggggggg terus ke klinik / hospital berdekatan ye. Lepass tu rasa ada  ruam merah pada kulit, sengal-sengal otot,sendi, biji mata dan kepala serta pendarahan pada badan, hidung, mulut.... itu adalah tanda Denggi tau.

KATAKAN TIDAK KEPADA DENGGI

KESIHATAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

eh eh, moto tu macam biasa baca :p sudah tukarkah? hikhik


Untuk maklumat lanjut, maybe korang boleh klik http://www.infosihat.gov.my/
atau terus ke website Kementerian Kesihatan di http://mohcube.moh.gov.my/
atau klik sini http://www.gayahidupsihat.my/ 


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

bahay denggi ni sbb ramai yg ingat tu cuma demam biasa.huhu

LOT 5200 V said... [Reply to Comments]

salam ziarah...
bahaya... bahaya... bahaya...
jom ganyang... jangan x ganyang...
tempat penginapan jika ke melaka musim cuti sekolah...
memang dah ganyang...
sila layari... http://alaihomestay.blogspot.com/
atau
http://bit.ly/rio3M7

nur said... [Reply to Comments]

NUR RASA SATU WORD YANG BOLEH CEGAH AEDES = KEBERSIHAN.

http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/10/kuasa-ganyang-aedes-terletak-di-tangan.html







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^