Follow Viruspadu

Thursday, October 06, 2011

Kena Part Part ke Bali Ni?

Kena la buat part2 kan. Sebab nya adelah saya malas nak watermark gambar sekali harung. Oyye cerita Bali yang lama juga belum habis siar dlm belog lagi kan. Ahak ahak ahak.Takpe. Maafkanlah. Nanti ada lah tu. Lambat dengan cepat aje :p

Ok. Saya sampai kat hotel adelah jam berapa malam ntah. Rasanya jam 7 ke 8 malam gitu. Aih boleh hilang ingatan pulak ko kan.

Sampai2 terus amik teksi. Terus deal dengan teksi untuk jemput kitorang esoknya. Senang mcm tu kat sana. Sebab kalau ko pegi kat mana2 agent, mahal giler ok. Kalau terus deal dengan supir. Senang giler. So kitorang deal, driver tu bawak kitorang jalan ke mana2 selama 13 jam adalah Rp500,000.00. bersamaan dengan RM178.30...So driver tu akan datang jemput jam 9 pagi esoklah.

So sampai2 hotel. check in segala. letak baju. mandi apa bagai la. then terus keluar balik. sebab kedai depan hotel aje uols. Kitorang pekena KFC gitu. Lain sangat KFC bali dengan malaysia. Lain sangat. Harus la saya puji KFC malaysia kan... jauh bezanya. Terutama rasa sos dia. Saya takleh telan langsung ok sos dia. Mungkin sbb pertama kali rasa. Mungkin kalau dah byk kali makan baru rasa sedap. Mungkin.

Dan malam tu jugak, kitorang beli jajan2 buat makan2 dalam bilik. Macam seronok betul membeli sbb beli harga stok harga ribu2 ok hahaha. Dan saya jugak gigih membeli charger Iphone, sbb saya terlupa nak bawak. Dem. Rugi Rp100,000.00 saya. Dem.

Pagi itu. Sarapan sebelah kolam renang. Dan menginginkan terjunan tiruk hahaha. Sewel.

Kat Hotel Santika ni, WIFInya percumak. Di bilik juga bisa. Password dia pakai no bilik. Satu bilik boleh satu je pakai. So saya ada dua, BB dengan iPhone, lalok ada BB. so dah 3. Apa lagi. curi bilik lain punya lah hahaha.

Macam biasa, update facebook :p dan BBM :p

Tengkiu santika sbb bagi wifi free. lajuuuuuuuu sekali ahaks

Destinasi pertama

Persembahan Sari Wisata Budaya. Cerita apa saya tak ingat nama dia.

Sorang kena bayar Rp80,000.00 bersamaan = RM28.52 . Mahal. Saya rasa mahal la. ke murah sbnrnya?



Siyes saya tak faham jalan cerita. Walaupun dorang ada sediakan mcm nota la, bgtau jalan cerita dia mcm mana. Tapi osah tak paham kot.

"pa cerita ni pasal apa sebenarnya"
"kesimpulannya, kuasa jahat dengan kuasa baik kalau gaduh mmg tak habis-habis"

HAHAHAHA...

apakah punya kesimpulan ni. tapi takpe. janji ada jawapan.

Susah jugak jalan berdua je ni kan. Sebab asik la feeling amik gambar sorang2 :p


Mujur ada orang offer nak snap kan gambar. Tp apsal kitorang amik gambar macam malu2 ni. Macam baru kawen je malu dia hahaha. mcm jauh semacam je. rapat la sikit papa :p

Saya deting dengan tokei jual sayur ini. HAHAHA. larikssssssss

Ok sambung nanti.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

jelesnye tgk kekurusan mu itew..ehehe...

ase mcm nk kurus jgk. pstu nk pakai bj cmtu..pstu nk amik gmbar posing mcm yg duduk tepi kolam renang tu...

:D.....

Suzila said... [Reply to Comments]

Loh...ngapain pakai kemeja sama celana pendek??ngak cocok.hhehehhe (sepiking i ni betul ker???)

Harith Iskandar said... [Reply to Comments]

baik punyer kesimpulan :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^