Follow Viruspadu

Friday, October 21, 2011

Kita rasa benda yang sama. Maka saya kopipes je

Ini memang entry kopipes. Tapi memang itu yang saya rasa selama ni :)


daripada blog cik sepet88


Eh aku tak paham la orang sekarang ni, kalau perempuan tu pakai tudung ikut macam Hana Tajima pun menjadi masalah dalam kehidupan dia...sangatlah aku tak paham, eh biarlah kalau dia nak pakai tudung lilit-lilit ke, nak pakai tudung gelembung sana sini ke, tiru style orang lain ke. Walaupun aku tak reti pakai tudung macam tu, tapi aku tak ada lah sibuk nak mengkritik cara orang pakai tudung. Sukatilah dia nak pakai tudung lepas tu bubuh klip art (eh) kat bucu tudung ke, apa la yang menjadi masalah kat mata certain orang ni...

Ada yang kata RIMAS tengok orang pakai tudung macam Hana Tajima, ada pulak yang cakap RIMAS tengok pompuan-pompuan yang kain lapik meja jadikan selendang. Eh? Sukatilah dia nak pakai macam mana pun... yang dia tu bertudung, dah kira alhamdulillah, walaupun memang kadang2 ada yang pakai tapi terover sikit sini sana ala biarlah...sibuk nak cakap berdosa pakai tudung terlalu berfesyen, tak baik tarik perhatian orang, bla bla bla...

Eh awak tu ngumpat belakang dia, Pahala ke? Memang la aku tak paham... Kenapa eh yang bertudung pun kena kondem, yang tak bertudung apatah lagi.. Ekceli aku rasa kalau benda tu bawak banyak kebaikkan, so what? Memang banyak jugak la yang aku dengar orang kata 'pakai tudung sebab fesyen' 'pakai tudung sebab trend' 'pakai tudung sebab nak tiru bla bla bla' Sebenarnya secara tak langsung fesyen tu yang dah menarik korang bertudung, daripada tak berubah apa-apa langsung tu kan, atleast berubah la jugak sikit-sikit.

Aku tak rasa pun salah nak ikut gaya Hana Tajima tu, habis tu kalau Hana Tajima tu dah tunjuk contoh yang baik apa salahnya, macam kita semua..mesti nak ikut teladan yang baikkan, haih...apalah yang buat mata korang tu rimas...bukan mata yang masalah...HATI korang yang masalah tu....HATI tak bersih...kadang2 fedap dengan orang yang suka komplen benda2 yang tak patut, cakap macam tak guna akal, kalau betul la nak nasihatkan orang, silalah cari orang yang betul, seperti melihat minah rempit sedang beli air, dan tegur 'eh rimas la tengok peha awak' eh? hehe!

Lagi aku panas, korang nampak aksi dalam bilik air aku tu? hehe! Harini aku pakai tudung tu, then ada sorang patient dia, dia memang regular patient la, dari dulu lagi dia memang tak puas hati dengan aku kot, dah ada anak bini dah pun...tapi mulut boleh tahan...anak dia sakit, time nak amik ubat kat aku...dia boleh cakap kat anak dia macam ni...

'tengok kakak ni dia pakai kain lapik meja jadikan tudung'

*celaka (dalam hati)*

anak dia senyum je...aku pun senyum je, tapi hati panas la...eh habis kau nak aku pakai tudung macam bini kau ke? tak paham betul orang sekarang ni, kalau bini kau tak pakai tudung macam aku sudah lah, tak payah la kau nak sibuk-sibuk nak suruh aku pakai tudung macam bini kau, pulak tu kalau staff lain pakai lipstick pun dia nak sibuk, tiap kali datang je dia akan buat-buat tanya 'hari ni tudung style apa pulak'

Eh sibuk sangat orang tu nak pakai tudung macam mana..sibuk nak jaga tudung orang, jaga la dulu perangai tu..haritu lagi la, tudung Hana Tajima tu dia kata macam orang baru nak pegi bersawah....Sibuk sangat nak komplain orang yang pakai tudung..itu orang Islam tu yang komplain... Haih......

Aku memang tak paham pun dengan orang sekarang ni....perangai makin lama makin pelik....

*eh nampak sangat ke aku tengah hangin.....tak kan....hehe*





***

Sekian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Sidratul Muntaha said... [Reply to Comments]

jumaat ni abis pahala
biarkan jer..
ko untung la baik (sbb tu patient org lain)
klu aku..
lama dah aku maki
peduli ape aku
lelaki pangai macam khinzir..
sian khinzir
manusia buat onar,dia juga dpt nama..
seb abek tak keje dgn aku,klu tak lama dah aku baling spanar kat muka dia.
mulut mcm puaka.
padan pun sehari ni nnti sampai solat jumaat dia nnti tak dapek ape2..

AcidFlynN Wraith said... [Reply to Comments]

buat baik pon orang ngate, buat jahat pon orang ngate. dah tu nak buat pe? minda manusia yang tak berkembang memang gitu, ada je kat mata dia benda2 yang tak elok la ini la. Bab nak mencari salah orang, memang nombot satuuu, apa pon banyak bersabar.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^