Follow Viruspadu

Monday, October 31, 2011

Merasa Jugak Satey Tulang

Masih ingat entry satey tulang saya tempohari? Masih ingat?

Kebetulan semalam nisa cakap nak tido rumah nenek sebab senin sekolah dia cuti. So berlolah lah en.Badang menghantar nisa dan anoi kat rantau. Macam biasa saya pemalas follow sebab saya nak siapkan esemen katanya dan juga gigih memformat laptop pink yang udah uzur slow giler. Tak menahannn...

Tengah berat-berat kepala, tetiba teringin nak ajak en.badang gi ngeteh (ngeteh adalah gi minum teh), terus call en.badang yang masih di rantau ajak gi ngeteh. So lepak-lepak kat rumah tunggu suami tercinta pulang sambil layan bbm layan fesbuk ahak ahak ahak. En.badang sampai rumah terus dia offer gi makan satey tulang. Yahooooooooooo. Akhirnya merasa jugak. Sebab saya plan nak ajak ngeteh kat maulana je pun. Dekat pun dekat kan. Cepat balik. kojo bolum siap lagi kan.

Hambek ko... dengan keje tak siap lagi. Sampai ke senawang kiterrrrrr. hikhikhik. Jauh jugak la saya rasa. Maybe dalam 15-30minit gitu perjalanan kan. Kalau kat seremban 2 tu dekat ajo la.

Gerai satey ni kat dataran senawang depan Ice Room.

Memula order, en.laloque cakap nak 10 cucuk. Saya BANTAH! hahahaha

yelah saya takut kalau tak sedap canne kan. Tak ke haru nak menghabiskannya. Dah la dalam bayangan saya kena kunyah tulang. Ish.

"Sepuluh nak ma?"
"ish kata nak rasa je, amik tulang sikit je la, pastu amik daging"
"amik 6 la, ma 3 papa 3"
"sedap ke paaaaaaaaaaaa???" ~ sambil kerut-kerut muka.

ok sudahnya kitorang order 6 cucuk satey tulang dah semangkuk kerang rebus.

Tadaaaaaaaa... ini lah dia satey tulang. Besooooooooo

Lama saya tenung. Apsal nama dia satey tulang. Nak makan tak berani.

Then rasa je la kan.

Ok macam ni rasa dia.

Satey tulang ni sebenarnya satey ayam. Tapi dia tak asingkan tulang kan. Dia amik macam bahagian ayam yang dengan tulang2 sekali. Macam leher ke apa ke kan.

Tapi memang sedap walllaaweehhhhhhhhhhh.

Kalau ko suka meratah-ratah ayam dengan tulang. Kalau ko suka makan kepak ayam. Kalau ko suka pegi pasar malam beli rangka ayam tu. Osah ko memang MESTI suka dengan satey tulang ni.

Makan dia melekakan lah. Sebab leka nak makan ngasingkan tulang. Erm macam makan ketam la pendek kata.

Eh pendek kata syiok la makan satey tulang ni hehehehe. Nyesal order 6 cucuk. Nyesalllllll HAHAHAHA

Siapa tak pernah cuba. Memang ko rugi. Memang lazat. Memang kono toraiiii...

Hoben jang hobennnnnnnn (tetiba)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

yanie anuar said... [Reply to Comments]

pernah makan sekali je satay tulang ni..ok la..harga secucuk mahal cikit dari satay biasa..salam kenal..ziarah n follow

Birufirus.blogspot.com said... [Reply to Comments]

Alamak awak..macam sedap je..kat mana awak makan tu?somi org seremban..tapi bley tak bg landmark sekali...teringin plk..

AcidFlynN Wraith said... [Reply to Comments]

memang tak penah try. baca tajuk dah pelik. ada ke orang makan tulang? wat sate lak tuh. kalau sup tu leh lagi la. tapi bila dah baca, macam ni ghupanya hehehe

fazzlim said... [Reply to Comments]

fazz xprnh mkn satay tulang n...
n yg buat kn fazz nk mkn satay n...

mieoney said... [Reply to Comments]

saya pernah mkn kak tp bkn kat situlah kakak saya beli tapau bwk blk kg...wpun dah semalam dlm peti sejuk and panaskan blk dlm microwave tetap sedap tak keras mcm satay biasa...sedap sgt2...huhu

A.I said... [Reply to Comments]

Aku rasa, musti kono ngan tokak aku ni. aku mmg suka ratah/geget/kokak tulang. ayoyo, mano lak den nk carik kt rawang nih? adoiii...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^