Follow Viruspadu

Friday, November 18, 2011

Alang-alang

Hari tu saya amik cuti kecemasan sebab ummi dorang ada hal kan. Dan pagi tu kitorang perempuan2 gi sarapan sama-sama semua. Best la saya rasa. Dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Dapat enjoy seharian dengan anak-anak.

Then kebetulan dapat panggilan dari nuffnang untuk kolek samting kan ehem ehem. Terus bagitahu en.badang. Dan terus la kitorang ke sana. Eh senang sangat cerita dia kan. HAHAHAHA...

Hari tu saya rasa semuanya best la. Dapat keluar berjimba dengan anak-anak. Dapat makan tengahari bersama suami dan anak-anak. Lepas tu petang jalan-jalan kan. Ini satu kehidupan yang sempurna.

Lepas setel ambil ehem ehem kat nuffnang en.badang ajak jalan-jalan kat KLCC. Dia nak amik gambar kot. Korang tahu tak yang budak bertuah ni masuk-masuk dalam kereta berkaki ayam??? HAHAHA... kitorang makbapak pulak tak perasan??? menggeramkan. Masa dah sampai KLCC. Dah parking. Nak turun kereta suruh budak2 pakai kasut. Cari-cari takde. Stress acik hikhikhik.

Kesudahan dia. Kena berdukung dan beli kasut baru lah. Bagus betul tektik korang nak beli kasut baru kan ... mungkin mama kalau nak beli kasut baru juga boleh buat2 terlupa pakai kasut dan terus masuk kereta. Tapi boleh ke papa kau dukung mama? HAHAHAHA #pitam

Dan walaupun perut kenyang lagi sebab sebelum keluar rumah dah makan nasi dengan banyak, bila en.badang ajak lepak chilis terus setuju. Ermmmmmmmm perut jenis apakah ini? hikhikhik (tersipu-sipu malu)

Siap order beef steak ok. Dah la beso kan. Patutnya boleh share la dengan en.badang. Tapi tamak kan. Nak makan sorang2 jugak tu... ;p

Nisa dengan anoi "sangat baik"... berbaloi la saya makan banyak, sebab lepas tu kena berlari kejar dorang pun habis lemak 5 kilo

Saya macam dah takde tudung lain kan??? Asik pakai tudung ni je. Bosan dah... Nak beli tudung baruuuuuuu... Siapa nak bawak saya gi beli tudung ariani ni?? (nak ariani saje, gediks!) :p Kepada semua skandelistenteng... sila alert! HAHAHAHA matiklah :p

Nisa punya pizza, Anoi punya spageti


Makan tak boleh berhenti. Sedap melampau saya rasa. Kalau order kambing mesti lebih aummmmmmm

Acara membakar lemak mengejar dua budak ini

Lepak-lepak kat tangga.

Jaket jeans tu saya baru beli :p ... Ingat kan saya pernah blogkan. Tapi yang ni bukan guess la, tapi MNG. Guess tu lawa melampau tp harga mahal melampau kot. Tak berbaloi la saya habiskan duit beli. Tunggu lah kalau ada orang nak hadiahkan hikhikhik... (mimpi lah)

Ok dah tu je aktiviti pada hari cuti kecemasan saya.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Suzila said... [Reply to Comments]

haahaha perasan gaks, sayang naww pd tudung sampai keep ulang2.hihihi

lily lotus said... [Reply to Comments]

cun! semuanyalah serba serbi cun...hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^