Follow Viruspadu

Thursday, November 24, 2011

Apa yang penting. Kerjasama.

Assalamualaikum...

kom apa kombek, bek apa bekmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu dua tiga pat lima... (ok sambung sendiri) HAHAHAHA kenangan giler la game tu. Kecik-kecik dulu selalu main dengan adik beradik. Sekarang tak nampak dah budak-budak main macam kita dulu kan. Budak-budak sekarang main angry bird je hekhekhek.

Hari ni, plan nak puasa saya kelaut atas alasan ermmmm... ok alasan dirahsiakan (poyo). Jadi pagi-pagi sampai office terus singgah kafe beli sarapan. Makan sarapan sorang-sorang dalam bilik (oh sedih) dan lepas tu makan suplement. Lepas check email. Lepas tu pening. Lepas tu start la telefon berdering-dering.

Environment kerja di tempat baru ni memang beza sangat dengan keje lama sangat. Sangat beda.

Kalau office lama. Telifon office saya jarang la berbunyi. kalau berbunyi pun biasanya orang dalam aje la. Tapi kalau tempat skrg ni. Telefon asiklah berdering rasa nak campak je hahaha. Tapi mcm biasalah, saya tetap jawap fon dengan suara lemau lemah gemalai. Jaga nama baik office katanya.

"hello, XXXX... "
"hello, XXXX, saya dari XXXX, saya ada masalah dengan XX"
"ye... masalah macam mana tu cik"
"saya bla bla bla, kenapa bla bla bla"
"ok saya cuba selesaikan masalah cik..."

hahahaha... kadang kena marah, kadang kena jadi kaunselor, kadang kena dengar masalah.

saya layan aje la. kadang2 saya rasa seronok jugak melayan, kadang2 saya rasa letih, kadang2 saya rasa malas hehehe.

emel plak, kalau office lama saya, satu hari emel saya banyak. tapi tak banyak mcm emel kat office skrg ni ok. Bayangkan dalam masa satu jam kalau tak baca emel boleh ceceh puluh2 emel. #pitam ok.

Pagi ni saya bukak emel, then baca semua. tetiba ada urgent meeting jam 9. phewwwwwww cemas. Walaupun dah beberapa bulan saya bekerja kat sini. Tapi sistem terlalu banyak dan terlalu komplikated ok. sukar saya nak faham betul. Memang betul-betul kena amik masa nak faham. Sebab melibatkan internationalleeeee kan. Siyes susah.

Nasib la bos saya cakap biar dia je gi meeting. Lega. Untung kan dapat bos baik. Untung sangat. Siyes. Buat masa saya kat sini. Bos yang saya dapat baik-baik tau. Sumpah baik. Terlalu untung. Walaupun kerja banyak dan memeningkan kepala. Tapi sebab bos sangat bertimbang rasa dan memahami anak buah. Kita pun jadi rela je keje banyak pun kan :)

So... dulu saya rasa mcm nak mintak tukar sebab office jauh kan, saya terkejar-kejar2 balik naik bas semua. rimaslah. keje banyak tak siap then saya kena balik. Tapi sekarang sebab saya dah mula faham sikit2 kerja saya dan mula rasa seronok dengan apa yang saya lakukan. saya rasa tak jadi nak tukar. sebab banyak pengalaman dan benda yang dapat belajar kat sini.

Ok tu je saya nak membebel.

Selamat bekerja uols.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

mekchu said... [Reply to Comments]

tadi makan roti tampal telo mata dengan air nescafe tarik ngan kak sham kat kantin :)

cik gObu said... [Reply to Comments]

Budaya kerja kt situ mmg lain

Bkn nk ckp kementerian lain x best tp kt situ lebih best
Hahahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^