Follow Viruspadu

Tuesday, November 01, 2011

Finishing

Dah dua tiga minggu kot en.badang selalu complain bahu dia sakit. Sakit macam sengal-sengal ke lenguh gitu la. Sebab ye la kan... hari-hari mendukung anak masuk kereta hantar gi sekolah. So sakit la bahu deh. Nisa pulak dah berat kan. Dah la berat, taknak jalan pulak tu, nak berdukung je. Mau tak patah bahu.

So kesian punya pasal. Saya pun ajak la dia gi urut kat urutan thai tu. Saya urut en.badang tu urut la jugak, tapi asal urut aje la. Baru nak start urut je, anak jeles. Habis tu canno? ahahahaha

So Jumaat lepas, balik keje terus singgah jasko. Kitorang amik yang sejam punya. Saya amik urut kaki je sejam sebab saya sebenarnya nak teman je ahaksssssss... So en.Badang urut bahu dengan kaki. So kedudukan kitorang sebelah2 aje la.

Siapa penah gi urut kat jasko seremban ni, yang urut thai ni tahu kan kecikkkkkkkk je tempat dia.

Tengah sedap-sedap urut tetiba....

En.Badang berdengkur ok.

Kuat gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Krohhhhhhhh krehhhhhhhhhhhhhhh macam tu.

Yang perempuan2 urut tu dah pandang antara satu sama lain senyum-senyum. Terus dorang pandang saya. Saya terus buat-buat tak nampak. Alamak nak buat2 tak kenal pun tak boleh dah ni hahaha.

Mencik tau.

Kupeliksungguh. dia tak sakit ke urut kaki sampai boleh tido seover gitu?


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

s.y.a.h.i.e.d.a said... [Reply to Comments]

salam. akak leh tak akak post balik gmba akak dinner dulu tu. yang pakai baju peach skirt cream tu. nk jadi kan reference. hehe. tQ







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^