Follow Viruspadu

Friday, November 11, 2011

Hari Konsert Nisa

Pagi tu adalah sangat penat, sebab malam sebelum tu kitorang balik seremban lewat sebab lepak rumah kaklang tengok bola nismilan lawan ganu. Hoben jang hoben muahahaha. Sangat gumbira sebab nogori monang... sakit tekak saya menjerit kat rumah kaklang ok. Tak tahu pun... sekali si ceera amik video. Demyu. Nasib baik dia tak masukkan video saya meloncat-loncat macam orang !@#$%^&* HAHAHAHA. sebab tu la saya tak suka tengok bola. Sebab saya akan over daripada orang lain. Biasalah kannn susah nak kawal jiwa hahaha.

So pagi tu osah malas nak bangun ok. Kena jerit dengan en.badang banyak kali baru la hegeh2 bangun. Apa-apahal mandikan nisa dulu. Sebab cikgu pesan suruh mekapkan nisa cantik-cantik sekali. So ok la. Saya pun mandikan nisa, mekapkan segala. Ikat rambut macam yang nisa suka semua. Tapi masuk-masuk aje kereta semua mekap dah gone! hahaha... muka nisa ni memang tak lekat dengan mekap la. Lipstik hilang, eye shadow hilang, blusher hilang. dah macam tak mekap pulak.

Anoi nampak kakak dia mekap. Menyerah muka aje la dia. Anoi lagi over kot dari kakak dia bab2 mekap ni. Anoi tu kalau bagi dia sebatang lipstik. takde cermin pun dia boleh pakai sendiri ok. Elok je plak tu dia pakai. Ada la comot sikit, but still nampak kemas la. Kagum betul saya. Kecik-kecik dah ada bakat melaram.

Cikgu cakap, kena hantar nisa jam 8 pagi. Maka kitorang terus hantar nisa. Ingatkan lepas tu kena tunggu la kan. Rupanya jam 9 pagi baru start. So cikgu ckp gi la memana dulu. kang datang balik. So kitorang takkan nak tercongok kat situ, terus la layan nasik lemak sarapan. Seb baik bawak ipad sekali. Ada jugak peneman bosan.

Hantar nisa. Nisa, anoi dan makjemah.

 Sambil-sambil makan sarapan, saya sembang-sembang la dengan en.badang pasal nisa

"nisa masuk persembahan apa-apa ke agaknya papa"
"eh budak 4 tahun tak masuk kot, yang 5 dengan 6 tahun je"
"yelah tu kot kan"

Siyes... dulu masa daftar nisa sekolah, ada gak tanya-tanya dengan cikgu. cikgu pun cakap yang 4 tahun takde persembahan. sbb kecik sangat lagi kan. so kitorang takde la harap apa-apa. memang pegi semata-mata nak bagi sokongan moral aje la kononnya kan.

So dah dekat kul 9, kitorang terus ke dewan balik. intai-intai cari nisa.

Terus terkejut. Tengok anak sendiri jadi ayu macam ni. Siap pakai bunga kat kepala semua. Terus rasa nak nangis. Over kan mak kau.



tengok dari tingkap je

"papa, tengok tu nisa tu..."
"a ah"
"papa, anak kita buat persembahan laaaaaaaaaaaaaaaa"

**TERHARU**

hollohhhhhhhhh canne ni... nisa buat persembahan apa ni... cemas ok.

Terus gi masuk dewan, cari tempat duduk. Adoi rugi betul masuk dewan lewat sbb dah ramai orang masuk dulu dah amik tempat duduk depan-depan. Tinggal yang belakang aje. frust ok.

So kitorang teruja giler ok. Dah la tak tahu nisa masuk persembahan apa. duduk belakang tak nampak pulak. budak tecit-tecit cotek kat depan tu. muka sama pulak hehehe.

Anoi yang super lasak sekarang ni

Apa-apahal update dulu.




Alhamdulilahlah. Sebelum persembahan, ada pengumuman nama student yang akan buat persembahan. So bila sebut je nama annisa. Macam ribut la en.badang berlari ke depan stage. Nak amik video / gambar anak kesayangan la katakan :p

semua Pelajar 6 tahun.

Nisa keluar masa persembahan ke 3. Tarian melayu ok. hahaha... super comel saya rasa. yelah mak mana yang tak tengok anak sendiri comel kan. Saya tengok je nisa joget. Saya kagum dia ingat step. Yelah umur dia baru 4 tahun kan. Saya rasa kecik lagi. Sebab tak penah pun dia berlatih menari ke apa kat rumah. Video dia saya ada share hari tu kan. Ada 4 video saya share kat youtube. nanti kalau ada kesempatan saya share kat sini ye.

"papa, papa... comelnya anak kita kan"
"semorang rasa anak dia comel mama"
"ma tak kira la orang lain, ma kata anak ma"

HAHAHAHA.. over!


Muka nisa blur je kan. Maybe sebab festaim kot. Dia pelik kenapa kena menari depan ramai orang.Saya rasa nisa tak tahu pun yang dia kena menari depan orang ramai. Dia tahu pegi sekolah, pastu buat apa yang cikgu cakap.

Nisa ada baca mcm sajak ke apa ntah. Ada 4 orang mcm tu baca sama-sama. Dengan gaya-gaya sekali. siyes kagum dia hafal ayat dan step. HAHAHA. saya tak habis-habis kagum kan. yelah wei ini pengalaman pertama saya ok. semua benda pun kagum.

Tapi tu lah, budak-budak kan hati terang. So memang senang dapat la apa cikgu ajar.





Saya kan memula duk belakang kan. Pastu tengok nisa macam masam je. Mata melilau-lilau. Mungkin cari mana mama dengan papa dia. Yelah ramai sangat orang kat depan kan. papa pegang kamera ofkos la terselindung sikit. Saya geram tengok nisa macam tercarik2. Terus saya dukung anoi bawak gi depan stage hahaha. terus lambai2 nisa. Nisa nampak muka kitorang terus senyum. Ohhhhhhhhhhh dem. Rasa nak nangis lagi :p

Semua student dari umur 3 tahun hingga 6 tahun

Kesimpulannya saya happy sangat la

Saya teruja sangat la. Saya rasa berbaloi-baloi hantar nisa sekolah awal. Sebab orang kata 4 tahun tu awal sangat. Kesian budak2 kecik-kecik dah stress kena study apa semua. Tapi saya tak tgk dia stress pun. seronok lagi ada kot. Dannnnnnn... nisa dah boleh bercakap dua bahasa la. Kat sekolah speaking, kat rumah ckp bahasa ibunda. So saya rasa bagus la.

Hari tu, dalam majalah mana ntah, ada gambar smart reader. Nisa nampak je terus dia ingat itu sekolah dia. Nisa igt smart reader ni ada kat seremban je kot ahahaha... korang nak tahu dia cakap apa dekat saya dengan xcitednya

"mama, mama.... tengok ni sekolah smart reader kakak masuk dalam buku ni mama... kakak seperti tidak percaya sekolah kakak ada dalam buku ni"

saya dengar punya la tergelak-gelak. tergelak bukan sebab apa pun. tapi sebab ayat "kakak seperti tidak percaya" tu... kelakar sangat. betul2 ayat buku teks kan. adoiyaiiiii

Maka, tahun depan anoi sepatutnya 3 tahun la kalau ikut tahun kan, kalau ikut bulan memang la belum sampai 3 tahun lagi. So saya plan nak hantar Anoi sekali. So anoi dengan nisa boleh sekolah sama-sama. Aih... Apsal saya pulak teruja ni hikhikhik.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

AnaLyana said... [Reply to Comments]

Saya baca tang akak g dukung anoi g depan nisa terus nampak akak terus senyum tu air mata saya bergenang kak, turut merasakan terharu *alamak ayat buku teks jugak* hahaha..

Saya pun tak sabar nak tgk anak saya mcam nisa..:)

sekrng dah setahun 8 bulan pun mcm2 dia belajar..cepat tangkap..

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

uish aku yg tngk gambo2 nih pong teruja....nisa mmg cumel...lg2 menari ngan tempurung klapa tu kn...hiks...

Rinah said... [Reply to Comments]

kalau anak sy pun mesti terharu gak ;) hehehe

mamayiyen said... [Reply to Comments]

smart reader memang terbaek jemah :) yiyen sampai 6 tahun kat smart reader.. siap dpt best student masa graduation dia.. menitik airmata juga masa dia diumumkan best student :)

rasa puas hati hantar dia ke smart reader dulu.. w/pun terpaksa berbelanja lebih setiap bulan kan..
apa2 pun cara pengajaran theyolls memang berkesan utk anak2 kita!

Puan Nad said... [Reply to Comments]

Saya pun sangat terharu bila melihat anak saya sudah pandai sebagaimana kanak² lain pandai. Terharu sgt.


TETIBA...

mana akak beli blous tuh, cantik.

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

tumpang tharu...sbb tgk pkembgn nisa dr kecik lg...

viruspadu said... [Reply to Comments]

Puan Nad
beli kat thepoplook.com

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

syoknya anak dh masuk sekolah :) ingat nak masukkan my nuha tadika jugak tahun depan.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^