Follow Viruspadu

Wednesday, November 30, 2011

Karnival ICT Negeri Sembilan

Rindu giler kot dengan office lama saya. Sumpah rindu ok.

Kebetulan sangat en.laloque dapat invitation untuk hadir Perasmian Karnival ICT Negeri Sembilan ni. Dan dia ajak saya pegi. Dan terus saya nak ikut hehehe.

Kenangan giler ok Hari ICT Negeri Sembilan ni sebab dulu saya antara yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Masa ni la saya belajar deal dengan Media macam TV3, TV1, Radio, dengan... Jabatan Pendidikan, dengan Polis, dengan bomba, dengan ... SKMM dengan Telcos maxis digi celcom. Hurmmmmmmmm... masa ni jugak saya belajar macam mana nak handle event.

best gila kot.

Rindu kenangan tu.

Walaupun banyak giler keje, tapi puas hati bila event selesai dengan jayanya.

So disebabkan semua kenangan tu, dah rasa macam nak jumpa kawan-kawan lama. Gigih la saya datang teman en.badang. Angkut dengan anak-anak sekali :p

Perasmian.



En.Badang duduk kat area jabatan tengah-tengah nun. Saya pulak membawa diri bawak anak-anak duduk kat area tepi-tepi. duduk dengan opismate lama lol. Area urusetia. Best dapat jumpa yang ada. Terubat rindu rasanya. Dorang masih manjakan saya macam dulu hahaha ... manjakan ok. Dont play play. hahah :p

Anak2 saya yang "baik" sebab dorang susun pinggan yang ada atas meja, pastu kumpulkan sudu. lepastu sepahkan tisu. Malu sungguh omak kau tahu tak? Nak marah... tapi saya bimbang anoi akan menangis meraung. Dah la MB tengah berucap. hehehe.





Kitorang lepak sampai MB balik. Round-round sekali dua. Terus balik. Tengahari jugak kot. Balik rumah terus tido. hehehe...

Mekchu kenapa tak de... Lan kenapa tak datang... nak jumpa korang tahu tak???

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Suzila said... [Reply to Comments]

Anoi...mama mu pucat nape?u buat ape ni anoi.hahhahaha.

mekchu said... [Reply to Comments]

perasmian tak sempat. ptg baru hegeh sampai sana... lagi pun MB tak jemput kitorang :'(

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Kak Jem,

Awat comel benar anoiiiiii ni! Geram nengok! So cute! Makin besar makin comel.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^