Follow Viruspadu

Friday, November 25, 2011

Masterchef ... Korang suka yang mana?

Ingat lagi saya berjaya masuk ke Semi Final Blogger Masterchef... terbaikkan... Ingat lagi entry saya yang saya cakap betapa cemasnya saya bila saya kena masak. Memang tak ready ke apa semua. Saya masih lagi terbayang-bayang betapa cemasnya saya bila tengok menu utamanya adalah Udang. Lepas tu saya sorang je kot yang rasa blur habis. Tak tahu nak masak apa hehehe... hikhikhik...Tapi semua tu kenangan ok. Tiap kali saya teringat je mesti rasa nak senyum. Yelahkan umpama saya dapat mencabar diri sendiri la kan. :p

Kenangan saya masuk Blogger Masterchef
Bersama menu yang diberinama"very very very HOT spicy prawn"
Padahal langsung tak pedas kekekeke hetchu udang

So sekarang Masterchef Malaysia dah start kat Astro Ria kan. Harus la weiiiiiiiii saya tengok. Bila tengok je saya dapat rasa debarnya ok. Betullllllllllllllll... Dia punya debar bukan macam ko masak kat rumah tau. Padahal bukan tak biasa siang udang kan... bukan tak biasa potong bawang. Tapi kat situ benda senang pun rasa nak terkucilkutahanjebat tau. Dengan kamera nya, dengan juri datang meround buat spotchecknya. Giler kentangggggg. Takiuttt.

Sebelum apa-apa, saya bagi tahu korang URL yang korang kena tahu pasal masterchef. yangOfficial Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/ dan Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia dan Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

Sila LIKE dan FOLLOW sebab best sangat ok.




Rancangan MasterChef Malaysia boleh ditontoni di Astro Ria, channel 104 setiap Sabtu hingga Rabu jam 9.00pm dan MasterClass di StarWorld, channel711, Setiap Khamis, 9.50pm


Peserta kegemaran saya...

Ada dua :p ahak ahak. Dan dua-dua lelaki. eh (pandang kiri kanan HAHAHA) Ntah la... saya tak tahu kenapa dorang yang saya pilih dalam hati. Mungkin sebab keperibadian dorang mencuit hati saya kot. Meh saya kenalkan kat korang. Yang mana memang ikut masterchef kenal la kot. Yang mana tak ikut lagi masterchef sila lah berbuat demikian sebab kang susah kita nak sembang kang.

Yang pertama. SAIFUL
Rancangan memasak terutamanya yang ditayangkan di Astro menjadi sumber inspirasi Saiful untuk memasak. Beliau juga meminati rancangan pertandingan memasak seperti "Top Chef", "Iron Chef" dan "Jaguh Kampung". Melalui rancangan-rancangan ini, Saiful dapat meneliti teknik-teknik memasak dan mempelajari resepi masakan yang disediakan.


Masa saya tengok episod2 Masterchef ni, saya difahamkan Saiful ni seorang Penoreh getah tau. Tapi semangat dia dalam dunia masakan besar tau. Kreatif dia dalam masakan jugak besar. Saya tengok dia masak lalu dapat pujian daripada juri so saya kagumlah. Saya sendiri tak boleh masak macam dia. Muka dia rileks je. Tapi hidangan dia power beb.

Sesuai dijadikan menantu mak ni hahaha tetiba.

Yang kedua saya suka. BRIAN.



Penyakit kanser yang dihidapi ayah Brian tidak memutuskan semangatnya untuk terus maju. Malah situasi inilah yang mengilhamkan Brian untuk memasak masakan sihat dengan diet istimewa khas buat ayahnya. Tidak mungkin Brian terjebak dalam bidang masakan ini tanpa dorongan dan semangat daripada ayahnya.

Brian ni dari awal saya tengok, dia dah memikat saya untuk pandang dia. Sebab awal-awal dia antara yang tercorot la. Dia ni seorang internal auditor. Saya ni bukan boleh tengok auditor ni terus teringat en.badang. So ada bias disitu ahak ahak ahak. Dan brian ni punya prinsip "masak untuk kesihatan" kalau tak salah saya lah. So saya rasa dia sweet sangat. Dia tak suka menggunakan garam, gula, pak aji... dalam masakan dia. Hollohhhh3... geram je. sweet sangat niii

So saya harap sangat dua peserta feveret saya ni akan bertahan sampai ke akhirnya.

Kalau saya nak judge siapa yang bakal bergelar masterchef Malaysia pun susah. Sebab awal lagi kan. Maybe nanti kalau ada fastleaner yang memula tak menyerlah, hujung2 dia yang hebat. Selalunya ada je yang macam tu kan. So kena tunggu dan lihat lah.

Dalam banyak-banyak masakan, Menu yang paling saya suka

Hirisan Daging Halus Dalam Gabungan Cili Parsley Jus dan Limau - Zahin
Masa saya tengok kat tv tu. Peh terliur ok... Maybe sebab saya suka daging kot. Saya memang suka makan daging tau. Nak-nak kalau satey daging memang feveret sangat ok. Daging masak kicap. Yummehh... So bila tengok daging di present macam ni lagi la saya geram-geram sangat menengoknya. Rasa mcm nak makan sekarang jua. Aihh... Sedap giler weiiiiiiii...

Mujur saya tak peknen. Kalau ngidam canne??? Pitam la en.Badang nak mencari makanan ni satu hal. Tapi takpe kat website Masterchef ni semua dah ada. Resepi yang peserta masak semuanya ada. Kalau kempunan tengok sodap sangat, maka silalah menerai kat rumah ye.

Kalau juri... Saya memang suka dengan Moh Johari Edrus


Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.

Kenapa?
Ntah... tapi saya suka. hehehe.


Dalam banyak-banyak episod yang saya tengok. Paling saya tak boleh lupa adalah masa episod 5 tau. Yang masa kena buat kek tiramisu tu. Sedih la saya tengok dengan sorang peserta ni buat kek tak jadi. So masa kena mempersembahkan kek masing2 dekat juri tapi dia pegi dengan tangan kosong je sambil air mata berjujuran. Mesti masa tu dia frust sangat. Saya tak igt nama dia. Aishah kot. Yang sebelum ni seorang pemandu. Saya respek semangat dia, daripada seorang pemandu nak cuba ubah nasib keluarga. Tapi bila kek dia tak jadi.Sedihhhhhh

Tiramisu yang sepatutnya gojes macam ni. Lapar pulak dah. Nyampassss.


Bila tengok masterchef ni. semakin lama tengok. semakin kita nak tengok kekreatifan semua peserta kan. tak kira la macam mana. kita sentiasa ternanti2 apakah yang akan dorang masak. Rasanya macam kita pulak kat rumah yang berdebar2 kan. Cemas lebih.

Masa kalau diberitahu masa tinggal lagi 10 minit ke 5 minit ke, kita kat rumah pulak yang risau. Dorang semua sempat masak ke idak kan. Giler lah. Baru duduk nonton kat rumah je dah macam ni punya berpeluh. Kalau berada kat sana dan alami sendiri harus la lebih cemas. tak sanggupppppppppp.

Korang tahu tak yang Masterchef Malaysia ada contest kat facebook?? Tahu?? klik https://apps.facebook.com/masterchefmy/


Contest akan bermula dari 19 Nov hingga 21 Dec 2011 tau. Korang kena join la contest ni. Eh bukan korang je kot. Saya pun tak sabar nak join :p hikhikhik.


Kena tengok tiap-tiap minggu dan berdebar siapa yang akan tersingkir tiap-tiap minggu

So siapa peserta kegemaran korang?

Adakah mungkin kakjem?? HAHAHA... tunggu kakjem dalam session akan datang ye. ecewah.
 

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

Ayu pun suka layan MCM nie..jarang miss la..best!!! teringat zaman keja2 hotel dulu..

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

kita vote kak zuraidah la :) eh tak nak tak nak, kak jem :)

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

follow gak masterchef nie dgn anak2..
peserta fav pun sama dgn akak..si shaiful penoreh getah tuh..gojes.dia pandai masak..malu rasanya kita pun xterror cam dia..

masa part buat kek tiramisu pun sama..sedih sbb peserta tu xleh buat kek tiramisu tuh ikut resepi..


dan saya pun minat chef joe tu dari chef riz..huhuhu..orang lama kan..byk pengalaman n humble jer!
caiyok!

Pn. Zana said... [Reply to Comments]

sy suke zamir & ezani..hehehe

fazzlim said... [Reply to Comments]

slalu tgk mster chef mmg xpnh tggl..
fazz ske deena dgn arshad ^.^







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^