Follow Viruspadu

Friday, November 04, 2011

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

Nama Nuffnang dah tak asing lagi dikalangan Blogger kan. Kalau ada blog tapi takde banner Nuffnang memang pelik sangat blog itu kan hehe.

Saya mula kenal Nuffnang daripada ceera (c33ram00n) yakni, adik saya lah. Ceera jugak lah yang tolong saya register dan masukkan coding dalam blog ni. Masa tu saya tak faham ... kena ke letak? Best sangat ke? Ntah... Saya buat blog bukan sebab nak duit ke apa kan. Saya buat blog untuk kepuasan saya, untuk catat kehidupan seharian saya, diari maya saya, untuk rakan-rakan jauh dimata dekat di hati, untuk keluarga tersayang. Tu pasal la banyak sangat gambar syok sendiri tu kan hahaha.

Then, dua tiga bulan lepas tu, (maybe saya pun tak ingat) saya dah boleh cash out duit dah. Saya rasa macam... OMG ini best giler ok. Kira macam kau buat benda yang kau sukaaaaa sangat pastu dapat duit. Macam tak sangka la kan.

Terima kasih Nuffnang.

Then tak lama lepas tu, saya dapat panggilan daripada nuffnang untuk ads saya yang pertama. Ads Kotex. Giler cemas weiiiiii kena buat writeup kata ko. Berapa kali edit hahaha. Tapi best la.

Ini link semua Ads kat blog saya, kalau-kalau korang nak view satu-satu :p

Lepas tu, ini pulak event yang pertama saya di invite oleh Nuffnang. Ini pengalaman pertama saya. Saya rasa teruja giler ok. Yelah tak pernah-pernah saya hadir event macam ni. Terus feeling wartawan ok. Dah la saya ni berat mulut nak bercakap dengan orang. So dari sini saya belajar ringankan mulut bercakap dengan orang yang saya baru kenal :)

Kak Jemah, Bukan Telur Biasa eceh. hahahaha

Kemudian... Ini pulak kali pertama saya diintive untuk tengok wayang... Cerita Twilight saga eclipse :)


Event ni pulak pertama kali muka saya masuk buletin utama tv3 hahaha :p ehem part ni kah daku masuk tiwi. :p

Ok saya tunjukkan beberapa event saya dengan Nuffnang ok.



Ini masa saya diberi peluang untuk memanjakan diri kat CRES. Facial dan urut badan u... best giler


Event Shoeville... kasut yang sangat voguethevasss

Event yang pertama saya mekap disponser oleh Sri Bridal... Vaseline Party At Luna Bar, dan entry saya menang saguhati :p


Saya dapat tiket VIP kat konsert Double Trouble yea yeahhhhhhhhhhhhhh




Ini pulak saya terpaling suka dapat test drive lebih dari seminggu Proton Exora u :)


Saya berpeluang menguruskan badan ni Marie France :p

Saya menang pegi BALIIIIIIIIIIIII... ingat tak koranggg???


saya dapat belajar cara-cara mekap dengan betul dari maybelline

Ini event kesedaran mengenai Kanser Pangkal Rahim dan mendidik ibu-ibu dan anak2 perempuan kepada risiko kanser pangkal rahim dan bagaimana ianya boleh dicegah.

Saya dapat masuk semi final blogger masterchef walau pun saya masak kelauttt hahaha

Ha itu dia.

Saya rasa terlalu banyak kalau saya nak sebut satu-satu.

Nuffnang telah kenalkan saya dengan satu dunia baru yang lain. Dunia yang berbeza dengan kehidupan saya sehari-hari. Saya yang sebelum ni gi keje balik keje depan komputer. Hanya menggunakan jari untuk berhubung dengan orang. Dan kini saya dah tahu satu lagi kehidupan yang sangat indah. Boleh jumpa dan kenal dengan ramai orang.

Terima kasih Nuffnang.

Tahun sebelum ni punya Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards saya tak join, so tahun ni tanda betapa sayangnya saya pada Nuffnang, saya memang nak pegi sangat. So kalau korang nak pegi jugak then kita boleh jumpa jumpaan dan boleh ambik gambar sama-sama. Jom laaa...

So korang cuma perlu:

Step 1:
Pilih nak buat cerita "My Nuffnang Story" ataupun "Nuffnang Blog Awards, Here I Come" tapi yang ni kena bagi 3 sebab la kenapa korang nak pegi ok. Senang je kot

Step 2: Lepas dah siap pastu publish pastu submit link kat http://awards.nuffnang.com/2011/win-exclusive-invites/ sebelum 11 Nov 2011.

Dan jangan lupa calonkan blog yang korang suka. Ada beberapa kategori lah. Boleh calonkan sebelum 7 Nov tau http://awards.nuffnang.com/2011/nominate/

The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

tahniahhh kak jem memang dasyat lah.. rezeki melimpah ruah.. teringin nak join gak..

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

wah..best best..banyak dah pengalaman ngan nuffnang..good luck dear!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^