Follow Viruspadu

Wednesday, November 16, 2011

Pendengar

Kursus dua hari ni, walaupun menyeksa saya sebab saya tak suka bercakap depan orang tapi banyak memberi saya pelajaran dan pengalaman baru. Kesimpulannya kursus ni sebenarnya fun sangat sebab takde sesaat pun saya rasa bosan asiklah tergelak aje. Ye sebenarnya kursus ni best, cuma saya aje yang tak suka sbb kena bercakap dan saya rasa terseksa buat benda yang saya tak suka hahahaha. Padahal benda  tu bukannya apa-apa. Bercakap je wei apa masalah kau kan. Ntah la dah nama tak suka tu kan, tetap la tak suka. Cuma saya akan buat je kalau keadaan memaksa. Cuma saya tak suka. wahhhh dah berapa kali ulang ni :p

Dalam banyak-banyak aktiviti saya paling teringat yang bila fasi suruh duduk dalam kumpulan dan pilih dalam banyak-banyak point mana satu yang kita rasa paling senang nak laksanakan.

Antara point2 yang saya ingat:
- Ingat nama orang
- Jadi pendengar yang baik
- jangan komplen, jangan kritik, jangan kondem
- appreciate orang ke tugas orang... lupa

erm ada 7 ke 8 point la.

So dalam group tu 4 orang, so pandangan adalah tak samalah. 2 drpnya pilih point "ingat nama" tu. Saya pulak pilih "jadi pendengar yang baik"

Saya memang tak boleh ingat nama orang dengan mudah. Saya tak tahu kenapa. Susah sangat kot. Sampai sekarang kalau orang tanya saya...

"ko dulu keje kat xxxxx kan, ko kenal tak dengan sipolan"
"erm kenal kot, nama dia pernah dengar"

hahaha... kalau ada 'kot' dan kalau saya jawab sambil muka blur tu, sebenarnya saya tak tahu la yang mana satu hahahaha. Tapi kalau jumpa tu maybe saya tahu la rupa dia macam mana. Tapi part nama memang saya susah nak cam. Sengal kan. lainlah kalau office mate yang hari2 jumpa kerja sama-sama semua. hari2 panggil takkan lah saya tak ingat kan. itu giler nama nya hahahah

dan saya tak heran la kalau orang tak kenal saya ataupun tak tahu nama saya kat office lama saya tu walaupun hampir 7 tahun saya kerja kat situ sebab saya pun tak berapa kenal dengan orang hahaha. Ini memang perangai buruk saya yang saya susah nak kawal. Payah ingat nama orang :p


So saya pilih "jadi pendengar" sebab saya lebih suka mendengar daripada bercakap. Suka la... dengar je. Perbuatan kita yang kecik ni sekadar menjadi pendengar sebenarnya besar impaknya kat pencerita. Betul. Lebih-lebih lagi kalau menjadi pendengar kepada pasangan kita.

Macam balik kerja, kat rumah. Atlis luangkan masa lah 30 minit untuk berbual-bual dengan pasangan (sebelum masuk tidur ke apa). Tanya macamana keadaan kat office tadi ke?  Macam mana kerja ke? Apa-apa lah. Sekurang-kurangnya mesti berbual lah. Bukannya sekadar tanya soalan "nak makan apa hari ni?" atau pun tanya "apsal balik lambat hari ni?" (dengan nada perli) walawehhhhhh... menambahkan stress ok.

Menjadi pendengar yang baik kepada pasangan adalah yang terbaik ok. Kesan dia lagi hebat tau... kebahagiaan dunia akhirat ok.

Lagi elok la, kalau sambil berbual tu, sambil usap rambut ke, sambil gosok-gosok ke? ececececece... belai-belai pasangan la... saya rasa itu terapi yang sangat menenangkan jiwa. Kalau macam tu punya pasangan, kalau kau kat ofis keje tertonggeng2 pun tak rasa stress ok. hikhikhik. Betul tak??

Susah nak dapat pasangan macam ni kan? Maksud saya yang konsisten la. Biasanya takde anak lagi boleh la kot nak belai2 gitu. Boleh la nak sembang2 tanya keadaan. Tanya keadaan kat ofis semua. Jadi pendengar semua. Dah beranak pinak takde dah buat gitu semua. Mungkin dah rasa selesa kot. Mungkin dah penat uruskan rumah tangga. Mungkin juga terlupa. Maka kita sama-sama ingat kan kita sendiri sentiasa jadi pendengar yang baik kepada pasangan kita ye :)

Ini saya pernah share dulu dalam entry yang lepas, saya kopipes kat sini lagi sekali ek

Kategori Pendengar 1:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Itu takpe lagiiiiiiiiii... aku lagi teruk kena ok... bla bla bla bla

kalau kategori macam ni, takyah cerita dah dengan dia hahaha. Sebab bukan dia jadi pendengar masalah kita, kita yang kena dangar masalah dia. Ni siapa yang jiwa kacau sebenarnya ni???

Kategori Pendengar 2:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Tu la kau, patutnya kau kena macam ni macam ni macam ni macam ni

Ni pun sama, lagi ko sakit hati ok. HAHAHAHA. Tetiba2 kita plak yang kena marah. Kalau nak cerita kat dia pastu kita kena marah baik takyah... pehhhhhhhh hindarkan orang mcm ni kalau nak luahkan perasaan ok :p

Kategori Pendengar 3:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Sabarlah... Sabarlah... Sabarlah... terimalah... terimalah... terimalah... dugaan... dugaan... dugaan...

HAHAHAHA selalu dapat tak pendengar macam ni. Tengah sabar la ni. Kalau tak sabar memang dah amukan dah. takyah stori kat kau pun takpe. Sengal ok!

Kategori Pendengar 4:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Eh jap lagi nak makan apa?

ni lagi sengal. nampak sangat dia tak amik perhatian kat kita. hahaha. lutut betul.


Kategori Pendengar 5:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Dia tu memang gitu. sengal nak mamp. aku benci giler ngan dia

ini batu api hahaha, daripada takde pape terus gaduh2 kang


Kategori Pendengar 6:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Kenapa? Dia buat macam mana?
Jiwa Kacau: bla bla bla
Pendengar: Kau mcm mana sekarang?
Jiwa kacau: bla bla bla


Yessss kategori ni yang kita cari. Carilah pendengar macam ni. Dia hanya mendengar. Sebab memang tu je biasanya yang kita cari. Kita bukan ceritakan masalah untuk orang selesaikan masalah kita. Cuma untuk ringankan beban di dada.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

saiful said... [Reply to Comments]

yes kursus dah lebih dari 7 hari untuk tahun ni







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^