Follow Viruspadu

Tuesday, November 15, 2011

Pink + Putih

Mula-mula kena cakap terima kasih dekat Nuffnang sebab bagi tiket free kat saya dengan ceera. Maka dengan itu saya boleh bawak pasangan. Maka dengan itu juga ini kali pertama saya pegi AIM. Maka dengan itu juga dan juga ini kali pertama saya pegi tengok siaran langsung. Sangat jakun bukan hahaha.

Pengalaman ini sangat lain dan sangat best saya rasa.

Sebab sebelum ni tengok kat tv kan nampak macam cantik giler, mcm pentas besar giler, mcm semuanya lain lah. Tapi bila tengok real. oooooooooooo pentas besar ni je rupanya. Pastu kameramen berselirat ok hahaha. Maksud saya mcm susah giler la keje kameramen tu, kejap ke atas kejap je bawah. Saya rasa habis je AIM tu hilang 7 kilo lemak hahaha. Respek ah dengan dorang.

Dan saya tak tahu ada pengacara yang tak muncul tv hanya keluar waktu iklan hahaha. Kelakar giler ok sobri (betul ke nama dia) yang dari kumpulan bawal power (BP) maharajalawak mega tu. yang cakap suka terjerit-jerit tu. Bapak kelakarrrrrrrrrrrr... Time korang tengok iklan kitorang kat sana terkekeh2 gelak dia buat lawak ok.

Saya rasalah, tengok siaran langsung macam ni, paling best adalah time iklanlah. Sebab zizan dengan ac buat lawak spontan semua. best giler lah. Saya tak pasti kat tv korang tengok jadi macam mana. Best ke tak ek korang tgk AIM kat tv??? Sebab saya kat sana dah disembahkan dengan lawak-lawak belakang tabir tu pasal saya rasa happening habis ah.

Ok... berbalik kepada cerita sebelum saya sampai kat AIM. Mula2 en.badang takmoh ikut, so saya ajak akak saya, pastu akak ada hal pulak. Pastu saya ajak sepet, sepet kecoh tengah deting la plak. then berbalik kepada en.badang semula ahaksss. (terpaksa ikut hikhik)

Kitorang gerak dari rumah kul 5 petang, singgah shah alam dulu sbb anak-anak mintak tolong kaklang jaga, Anak-anak saya nak dengan kaklang je. Ngan yang lain diorang tak berapa ngam macam kaklang lah. So saya rasa selamat lah hantar anak saya dekat kaklang. Terima kasih kaklang kuuu... then terus ke rumah ceera. Lepas maghrib baru gerak ke bukit jalil.

Kathy, ceera dan al-jemah

Pertama kali saya tengok artis keluar dari kereta dan melalui blue karpet. Tak tahu nak teruja ke apa. Tapi tengok aje la.


Ok time ni saya teruja siap jerit lompat-lompat hahaha. "Abang Amy pandang sini..." HAHAHAHAH sengal kan. Saya ni ada masalah kalau saya dah suka, saya memang payah sikit nak cover-cover malu hahaha... Masa ni memang saya terlompat2 suka ok. Macam dah lama giler kot teringin nak jumpa Amy fiwiiittttttttttttttt.....

Tapi tu lah sentap je, Abang Amy jeling pun tak kot. Sebab dia pandang belah yang ramai photografer la kan. Pastu ramai giler peminat panggil nama dia. Takat kakjem panggil apa la yang dia herankan sangat tsk tsk tsk (menangis air mata darah... over sangat)

Lepas tu pertama kali jumpa Ziana Zain. Sumpah lawa giler. Dah la kurus. Lawa pulak tu. Sentap ahkak menengoknya. hahaha (motip kena sentap??)


Semuanya BLUE


Ini lah Bawal Power tu. Tiap kali iklan je semua penonton panggil nama dia. "kak eton keluarrr" hahaha tetiba nama dia jadi kak eton kan. bapak kelakar ok. Lagi best dia keluar bagi hadiah kat penonton. Tapi korang paham kan iklan kat astro kan sikit. So sekejap sangat la iklannya. Tiap kali dia nak jalan ke penonton je tinggal 30 saat. Maka dia dapat bagi yang duduk depan-depan aje lah. Yang duk belakang2 amik bau aje la ye.


yang ni Najwa nama dia kalau saya tak silap la. Banyak menangkan malam tu. Saya memang pernah tengok video utube dia sebelum ni. Lagu dia memang best. Saya rasa memang layak la dia menang.

Persembahan malam tu pun saya rasa ok lah.






Zizan dengan AC saya rasa lebih kelakar masa bukan on air. Lawak spontan.



TAHNIAH kepada pemenang



Terus terang saya tak amik port langsung pasal siapa tercalon siapa yang menang. Saya lebih kepada teruja dengan pengalaman pertama saya ni. Saya lebih teruja tengok macam mana orang handle siaran langsung. Macam mana kamera shoot. Macam mana angel depa amik. Bila iklan macam mana. Bila dah nak start macam mana. Itu lebih buat saya teruja.

Pada saya, siapa yang handle benda ni memang power lah. Nak handle karnival ICT peringkat Negeri Sembilan pun saya rasa nak stress nak gigit orang dah. Inikan pulak siaran langsung besar macam ni. Pitam doploh kali ok.

Persembahan 3 suara ke apa ni wei. Malangnya saya tak hafal lagu. So boleh dengar ajer la, tak boleh nak enjoy nyanyi sama-sama lah

yang penting baju dorang cun giler ok. Baju stok labuh giler. Kalau pakai seliper jepun pun takde siapa perasan hahahaha #pitam. Tapi bentuk badan dorang memang aummm la :p hahaha

Dan persembahan-persembahan lain


Lagu mana yang saya tahu, saya follow la nyanyi tanpa segan silu. Lagu yang saya tak tahu, saya layan angguk2 kepala lah.



















Kenapa saya nampak sangat tembam di kalangan orang2 yang bermuka kurus ini... HAHAHA... tak suke ok (cubaan tak terima kenyataan)

al-jemah, ceera dan kakmaya :)


Saya enjoy giler la malam AIM ni.

Kitorang pulang dalam kul 12.30 gitu kot. Terus hantar atam dengan kathy dulu. Niat dalam hati saya sebenarnya nak ajak en.Badang gi ngeteh dulu. Lepak2 minum teh tarik pekena roti kosong dulu ke apa ke kan. Malam masih muda maaa... Lagi pun bukan selalu ada peluang cenggitu kan. Tapi tengok muka en.badang macam nak telan orang je dia punya ngantuk hahahaha. So terus ke shah alam jemput anak, terus balik seremban dan zzzzzzzzzzzz....

Ok dah tu je.

Apa pun terima kasih Nuffnang :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Hazman said... [Reply to Comments]

Best kan bila dapat tengok live AIM kat stadium....tapi saya lepak kat arena bawah tue....under tiket astro life...hehehehe

s.i.f.a.r said... [Reply to Comments]

dah lama nak masuk blog virus padu.

now. here i am.

muka tak kurus?hehhehe
just nice je. cantik

Mya said... [Reply to Comments]

husband akak cakap : tingginya viruspadu tu!!

A.I said... [Reply to Comments]

Muahahahaha...x sangka ada gak org yg sama cam aku. aku pon cam kau jugak, tak berapa nk tumpu kt org perform sbb sibuk tgk org yg jaga technical. cth mcm kejap2 kang aku pandang org2 yg jaga penataan cahaya, kang aku tgk org2 yg jaga camera..ekekeke. aku ingat, aku sorang je camni ;)

BUYEN said... [Reply to Comments]

Besh kan tgk life..
Sya dh biasa tgk..tp artis ni laa susah nk cari yg sungguh2 nk tke pic..

KSWSK said... [Reply to Comments]

wa xdpt tgk pun live aim sbb mlm tu kat PD ada kenduri..

mekchu said... [Reply to Comments]

kita sama2 tgk video clip najwa GTG masa bengkel ISP Melaka.. ingat tak? ingat tak? bosh pun join sekali.. lalalalala...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^