Follow Viruspadu

Sunday, November 27, 2011

Saya Suka Aromanya

Macam mana raya haji korang? Banyak rumah gi beraya? Atau cuma duduk rumah je?

Raya saya tahun ni, juga biasa-biasa. Cuma kali ni lain sikit sebab saya bangun pagi sabtu (sehari sebelum raya) siap masak sup tulang ok. Sila la kagum dengan pencapaian kakjem ok. Bukan senang tu! HAHAHA.


Sup tulang adalah kegemaran en.Badang. Rasanya kebanyakkan korang memang dah tahu yang saya memang selalu (selalu dalam jarang-jarang) masak sup tulang atas permintaan suami. Dan sabtu tu selain daripada masak + makan + makan + makan + kemas rumah + mop lantai + makan + basuh pakaian + basuh garage bla bla bla. Hurm kedengaran sangat meletihkan kan. Kecuali part makan hikhik. Makan manade letih :p

Mengemas rumah, tertonggeng-tonggeng mengemop lantai sambil berebut mop dan penyapu dengan anak memang sangat menyakitkan pinggang (dan hati HAHA). Siyes sakit. Jarang-jarang bersenam juga seperti saya ni sekali buat kerja (yang boleh tahan berat) memang sengal-sengal pinggang ok. Tak menahannn...

Terima kasih dekat Tiger Balm Plaster ni. Memang sangat membantu. Tampal aje terus rasa lega. Saya la rasa lega banget. Dan saya suka pakai yang Cool Plaster dia. Korang tahu tak saya cerita pasal TigerBalm Plaster yang mana satu ni???

Pernah nampak tak TigerBalm Plaster? Ini packing baru tau. Ala kat farmasi macam Guardian ngan watson banyak tau. Kat hypermarket ada, kat supermarket ada, minimarket ada. Yang merah tu warm tau, yang hijau adalah cool. Ada dua saiz. Yang ni yang Small Size

Yang ni large Size


Kalau saya, saya suka pakai yang large la. Kalau nak tampal kat belakang badan kan. Lagi besar lagi bagus. Rasa macam satu belakang segar je. Saya beli kalau besar RM6.80 je. Kalau yang kecik tu RM5.20. Berbaloi la beli satu pack tapi dalam dia ada dua la. So kalau sakit bahu, boleh tampal kat dua-dua bahu. So balance la kan.

Tiger balm plaster ni dia lain daripada yang lain sikit. Maksud saya lain daripada plaster-plaster yang pernah saya beli sebelum ni. Sebab dia hydrogel kan sooo sangat selesa la kalau saya pakai. Sukeeee. Lembutnya bila touch dengan kulit kita.


Paling suka bau dia. Semerbak harum. Ntah la memang dari dulu saya suka benau dengan bau tigerbalm ni. Aroma dia wangi lain macam kan. Masa saya mengandung yang memang alah bau bauan ni. Tiba ke tigerbalm elok je pulak boleh bau hehehe.

Dan... Memang terima kasih sangat la dekat TigerBalm Plaster ni. Belakang sakit kemas-kemas rumah pun takdahal punya.

Korang tahu tak yang TigerBalm Plaster ni ada formula yang unik yang boleh memberi kelegaan berterusan untuk sakit otot.

Longer, Lasting and Unique formula


Kakjem... bila nak pakai warm, bila nak pakai cool?

Warm Plaster
Biasanya  kalau sakit yang betul-betul sakit (chronic pain) macam arthritis ngan rheumatism

Cool Plaster
Kebiasaannya cool plaster digunakan kalau otot saya tak selesa macam muscular strain, sprain dan sakit belakang. Ala-ala sengal-sengal gitu. Ala-ala kalau tengah mop lantai lepas tu sakit belakang ku. Wah sesuai sangat ok.

Pack baru untuk tatapan yang lebih jelas.

Depan.

Belakang

cara-cara pakai TigerBalm Plaster. Maafkan atas diriku yang selekeh itu. Kakjem tak penting dalam video yang penting adalah cara-cara nak pakai plaster. Ecewah. Ayat kaver aje.


Adhesive Backing Sheet


So korang dah tengok video kat atas tadi. So saya zoom kan plaster. So bahagian yang melekit tu adalah di bahagian atas ye. dan tampalkan je kat tempat yang kita rasa tak selesa tu



Kelebihan Adhesive...
Jenis material dia adalah non-woven, so material dia macam jarang-jarang dan baik untuk pengudaraan dan boleh ditarik-tarik (stretchable).

Dan ada Hydrogel plaster yang lasting relief absorp untuk beberapa jam, tapi bergantung kepada badan masing-masing la ye. mengandungi formula tigerbalm yang sangat unik dan bau yang sangat menyenangkan hati :p. Dannnnnn additional adhesive untuk membantu kuatkan lagi gam di kawasan-kawasan macam lutut, siku dan mana-mana joint area.

Antara info yang korang kena tahu
Setiap pack ada 2 units dalam tu. Pastu ada 2 variant, satu warm satu cool. Ada 2 saiz, satu small satu large. Senang? :P

Harga pulak kalau large adalah RM6.80 kalau small RM5.20.

Kilang ada kat singapura. Ermmm apa lagi??? Macam semua dah bagi tahu je...

Lepas ni memang kena simpan stock tigerbalm kat rumah. Nisa dengan anoi pun selesa dengan TigerBalm Plaster. Saya dengan en.Badang juga sama.

Terima kasih TigerBalm Plaster.

Tigerbalm Plaster ni mudah je nak cari kan. Berlambak-lambak kat Watsons dan Guardian. Mesti ada punya. Juga boleh dapatkan di farmasi yang berdekatan :).





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

mamyharraz said... [Reply to Comments]

habis je baca entry ni..terasa mahu ke kedai skrg jugak dptkan tiger balm nih :)

makdara TERdiva said... [Reply to Comments]

saya dgn tiger balm memang dah lama kawan..eceh..

malam2 haru sental hidung dgn tiger balm sbb hidung alergic,..srot sret srot sret..

yg pelekat ini pun dah pernah guna..mmg seswai tuk sengal2 badan :)

shark said... [Reply to Comments]

tiger balm..
satu jenama dolu2 nie..
masih kekal sampi skarang.
ni baru namanyer herba turun temurun.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^