Follow Viruspadu

Sunday, December 04, 2011

All About My 1st Year

Seorang ibu pasti punya perasaan yang sama dengan saya. Pasti.

Bila punya anak. Kita rasa macam setiap detik bersama dengan adalah sangat berharga. Tak kira la kita seorang surirumah yang 24jam bersama-sama dengan anak, mahupun ibu bekerja. Perasaan kita tetap sama. Perasaan seorang ibu kan. Anak adalah penawar hati, pengubat hati lara, intan payung .

Stress macam mana pun, tengok muka anak, terus sejuk rasa hati. Macam mana pun masalah yang datang, biasanya anaklah jadi penguat semangat.

Sebab tu, kalau boleh kita (ibu) nak simpan semua kenangan dengan anak-anak kan. Kalau boleh taknak terlepas sesaat pun kenangan tu kan.

Sebab tu juga saya menulis blog. Sebab saya taknak terlepas sesaat pun kenangan saya dengan anak-anak saya. Setiap kenangan membesarkan manis, pahit, positif, negetif saya coretkan dalam blog. Tapi tu lah. Blog saya kena bukak komputer dulu. Kena ada connection dulu. Mudah boleh saya capai kat mana-mana but still saya perlukan kenangan yang saya boleh pegang-pegang. Rasa-rasa. Dan saya harap bila anak saya dah besar, sambil minum petang saya boleh tengok sambil cerita kenangan manis membesarkan dorang.

Satu Perasaan yang INDAH.

All About My 1st Year
 A Record Book Of Your Baby's First Year

Best kan buku ni... Kalau kat kedai harga dia RM49.95. Ada lebih kurang 35 pages. Dengan kulit tebal la. Macam album gambar. Tapi album gambar yang penuh kenangan. Album gambar macam tulis blog. Macam-macam maklumat boleh diisi.

Saya sendiri belum tulis apa-apa dalam buku ni. Saya nak kumpul cari gambar terbaik nisa dan anoi. 

Kalau korang takde blog atau pun tak minat tulis blog, saya rasa buku ni sangat sesuai untuk simpan kenangan dengan anak-anak. 

Kalau korang tengah pregnant lagi sesuai beli buku ni saya rasa. Senang boleh isi buku ni. Semuanya fresh kan. 

Saya share sikit apa ada kat dalam buku ni









Saya takkan lupa saat saya mengandung, saat saya melahirkan semua.

dan sementara semua kenangan masih segar dalam ingatan saya, saya perlu coretkan semua. Bila nisa dengan anoi dah besar nanti. Bila dorang baca. Mesti nisa dan anoi suka. Yelahkan, saya sendiri tengok gambar saya masa bayi dulu pun rasa happy sangat. Bila mak saya cerita macam mana saya dilahirkan, dugaan melahirkan saya, sebab saya lahir tak menangis macam bayi lain. Masa saya bayi saya tak pandai menangis, bila saya menangis muka saya biru macam tak cukup oksigen. Saya rasa bangga sangat dengan mak saya sebab berjaya melalui dugaan tu. Mesti susah sangat membesarkan saya, mesti mak saya selalu risaukan saya. 

Itu baru dengar cerita dah terasa sayu sangat.
Dan zaman sekarang pulak dah ada macam-macam kemudahan mcm buku ni lah salah satunya, so saya taknak lepaskan peluang menulis semua kenangan. 

Sama perasaan bila saya terjumpa diari saya masa kat UUM dulu. Bila saya selak dan baca semua. Sayu betul hati saya. Saya tersenyum baca semua kenangan manis mahupun pahit. Semua kenangan tu berharga.


Inikan pulak kenangan bersama anak. 

Semuanya tentang anakku di awal umurmu setahun.

Mama sayang Nisa, Mama sayang Anoi... Masa juga sangat rindukan Alesha :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

9 komen[s]:

wak gelas said... [Reply to Comments]

wak pon sayang anak wak... eeeE wak dh datang nii nk komen komennnn......

ceknadine said... [Reply to Comments]

nak jgkkk.. beli kt mana ek?

ceknadine said... [Reply to Comments]

waa best nye... nak jgkk.. beli kt mana ek?

Suzila said... [Reply to Comments]

Hehehehe...tu lah ber blog utk kenangan2 yg silam entah dapat lalui semula atau tidak,kakakaka

Nanak said... [Reply to Comments]

kak jem,sy pun ada buku serupa gini tapi yg sy punya tu utk sampai 5tahun..hehe..tapi tak tulis habis lagi..anak dah nak masuk 2thn thn depan..hihi

akmaliz@r said... [Reply to Comments]

asslam..erm..akk pnh nmpk buku ni kt mph..mmg sonok..akk pon da brlambak album..lagi plk akk hanya ade sorang saja anak...da tk blh nk prggy lg lps nih...sedih sgt..bila kenangan ms prggy dulu menghimpit rasa....

AppleCrux said... [Reply to Comments]

Saya mmg suka ! In fact for both sons first year saya dah buat photobook utk diorang sorang satu..

Noor Nazrah said... [Reply to Comments]

beli kat ne buku ni eh? kat mph alamanda ade x?

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

wah..memang cantiks...and sgt bagus untuk keep all the memories...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^