Follow Viruspadu

Wednesday, December 14, 2011

Cheras

En.Badang takde
Beliau ada apa benda ntah. Kena kursus ke seminar ke mcm tu la. Dalam 3 hari gitu.

So malam tadi, kitorang pun berbabai-babai la dengan en.Badang

Saya mcm biasalah, pesanan panjang berjela, 15 muka surat pun tak cukup.
Tiba-tiba nisa lari dari jauh. Padahal dia dah salam dah papa dia kat dalam rumah tadi
kacau daun betul mama nak romantik2 sikit kekeke

Nisa lari2 terus peluk en.badang. Pastu terus cakap

"papa... papa... kakak passssssti akan rindukan papa"

HAHAHAHA saya kat tepi muka dah penyet2 dah nak tahan gelak.
Ntah la sebenarnya sayu tengok nisa mcm tu
Tapi tak tahan betul dengan penggunaan ayat dia tu
Selalu buat saya rasa nak gelak

Anoi rilek je. Anoi ikut je kakak dia lari kejar papa.
Dia pun follow kat belakang.
Anoi memang rileks sangat. Anoi cakap cenggini je

"Ok bai papa"
"babai anoi, jumpa lagi"
"takyah cakap jumpa lagi, cakap babai je cukup"

HAHAHAHA lagi over anoi kan. siap tak bg cakap panjang-panjang. Cakap babai je. HAHAHA

lawok lawok.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Reena said... [Reply to Comments]

ayt mne nisa copy paste ni..hehhe

ArELeEz said... [Reply to Comments]

canggih betul tatabahasa nisa! he3..

Zuzilawati Othman said... [Reply to Comments]

Hahahha like mother like doter.yayayaya =P

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Hahahahaha ayat cica tak tahan. Tapi baca ayat Anoi tergelak besar saya







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^