Follow Viruspadu

Tuesday, December 20, 2011

Flora ke?

Akhirnya saya telah mendapatkan Flora by Gucci ni. Adakah kerana pengaruh iklan tv ataupun pengaruh rakan sebaya ataupun pengaruh kekasih hati ahak ahak ahak. Tak kisah la ye tak. Yang penting gua dah beli dah semalam. Almaklumlah semalam kan gaji merangkap bonus ehem ehem ehem. Beli lagi nak memanjakan diri sendiri kan.
 Sebelum ada yang tanya harga dia. Tak silap saya harga dia dalam tiga ratus lebih kot. Tapi u know lah krismas sale marrrrrr... diskaun giler kot sekarang ni. So jadi dua ratus lebih je lah. Yang "lebih" tu saya tak ingat lah berapa. Tapi kalau korang nak beli jugak, stanby la tiga ratus. Senang cite :p

Ini pulak tuan punya perfume yang suka hati hehe.

Dah lama giler kot saya tak pakai shawl lilit tanpa anak tudung awning macam ni. Biasanya kalau saya pakai shawl mesti dengan anak tudung awning punya. Rasa muka saya nampak bulat kot. Dalam gambar nampak macam tak bulat kan, nampak mcm ngam-ngam je, sebab snap pakai iphone kan. iPhone memang suka panjangkan muka saya HAHAHA. sebab tu saya suka snap gambar pakai iphone sekarang. pastu feeling muka kurus :p

Ok saya sebenarnya lapar giler pagi-pagi ni.
Sumpah lapar.
Sat lagi nak bikin nesvita.

Selamat pagi semua.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Hazey said... [Reply to Comments]

Salam VP, nice meeting you @Napbas.. btw you memang cantik and lansing je.. begitu juga dengan Ceera.. tak de lah bulat2.. tipu je.. :)

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

saya suka perfume niiiiiiiiiii.. suka suka suka

Alin Marlini said... [Reply to Comments]

Adus VP...parume idaman tu..sedap gilak bau dia..

Wawa Tasliman said... [Reply to Comments]

suka collection gucci.. wawa ada dulu pun envy me je.. lama tak beli perfume sebab nak habiskan perfume2 lama.. :)

Alida Ali said... [Reply to Comments]

Perfume kita sama la..i like..

An ordinary lady said... [Reply to Comments]

Holla VP. I bought this flora ingat saje2 sbb stock dah habis. Tapi bila balik rumah mmg best gile and lasting. So terus jadi my 2nd choice peberet perfum yg MUST owned. Selain my 1st choice is Chanel chance. Mmg dr student dlu pakai. Mmg lasting sampai dah bsuh baju pon still bau.(w more then 4x spray) Yang lain hampeh. Ssh nau nak crik yg lasting.

Alyza Fisol said... [Reply to Comments]

sedap erk bau perfume ni..

ala, kak jem...takde pn muka akak bulat, panjang je...cantik je.. :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^