Follow Viruspadu

Tuesday, December 06, 2011

Gambang

Keseronokan ada depan mata dah. Tapi saya boleh tengok je. Sangat rugi kan.Kalau ada anak-anak dan suami kan ke best. Boleh mandi manda kat sini. Voucher masuk free pun saya ada ni, masalahnya tak dpt nak pakai je. Maybe saya akan bagi kat orang je nanti. Kalau saya simpan pun nak buat apa kan.


Saya sedang bermakmal sekarang ni. Daripada ahad lepas sampai la esok rabu. Sangat tak sabar tunggu esok mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Ahad lepas en.Badang dan anak-anak yang hantar saya kat sini. Then checkin semua. Rasa sayu giler masa babai dorang balik. Saya siap pujuk nisa suruh cakap dengan papa supaya tido satu malam sebab saya dapat bilik sorang kan.

"nisa, nnt cakap dengan papa, kesiannnnnnnnnn mama, mama tido sorang-sorang malam ni... kakak nak teman mama. Kakak cakap mcm tu tau"

Nisa pun pujuk la en.Badang. Tapi memandangkan en.Badang ada benda penting kena buat hari Isnin so dia tak dapat nak tunaikan permintaan kitorang.

So lepas saya babai-babai dorang. Pastu saya masuk bilik. Tukar baju apa semua tetiba en.badang call saya

"Hello papa, kenapa?"
"Ma cakap apa dengan nisa tadi"
"takde apa, kenapa?"
"Nisa tengah menangis teresak-esak pandang luar je dari tadi ni"

Ya Ampun... Sedih giler ok saya rasa masa tu. Memang salah saya. Sebab masa turun lift tu saya sembang2 dengan nisa, buat cerita sedih. Saya cakap

"Kakak, kesian mama malam ni, kakak dengan anoi dengan papa tido sama-sama, Mama tido sorang-sorang je kat sini. Mama takut"

Maybe sebab tu nisa menangis teresak-esak.

Rasa bersalah giler ok.

Eh ok lah. Saya nak gi sarapan dulu. Sambung nanti.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Mummy Dasy said... [Reply to Comments]

Alahai kak, kite yg baca ni pun sebak rasa...

Myvitrd said... [Reply to Comments]

Gambang.. mandi manda dekat situ bawa family memang best

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Alaa sedihnyaa. Sian nisa :( sian akak jugakkkk takpe tak lama kann dah nak balik kann

@e_da said... [Reply to Comments]

siannya nisa.. dia mesti fikir camanala mama dia sorang2 nanti... dia dah pandai berfikir... sweet je

mekchu said... [Reply to Comments]

kalo ada mekchu kat situ mesti tak jadi reka cerita tu kat acicot :)

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

nisa da besar..da sensitif..da fhm akak ckp...alahai nisa..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^