Follow Viruspadu

Wednesday, December 07, 2011

Kecuaianku Keegoanmu

Ecewah macam lagu siti nurhaliza plak kan

Hari sabtu bukanlah hari yang ku sangka panas sampai ke petang rupanya gigi patah di waktu petang juga. :(

Ye uols, gigi anoi kat depan dah patah dah sebatang. tsk. Semuanya akibat kecuaian saya la. Takkan nak salahkan anoi pulak sebab dia budak kecik kan

Cerita dia macam ni.

Sabtu lepas kitorang balik cheras macam biasa, tapi sesampai je cheras, en.laloque keluar wax kereta pakai voucher milkadeal tu. Then saya tinggal kat cheras dengan keluarga la.

Pastu mak saya ajak gi shopping seluar abah saya, so saya bawak anoi je, nisa tinggal dengan kakcik sbb nak main dengan merah.

Balik shopping dah petang, nisa dah mandi dengan merah. Anoi aje la belum mandi. So saya mandikan anoi la. Sambil mandi tu sambil anoi lompat-lompat. Riang bonar la hati deh dapat jalan2 dengan mama, dapat beli baju baru apa semua kan. Kejap bukak air, kejap tutup air, kejap bukak air, kejap tutup air.

Mulut saya dalam bilik mandi tu pun dah mcm bertih jatuh. Asik menjerit kan anoi, suruh diri diam-diam hehehe... Ntah macam mana masa dia berjalan laju (dalam erti kata lain berlari2 anak) tetiba anoi tergelincir dan berpusing dan tersembam wajahnya ke lantai.

Anoi jatuh dan menangis. Saya pun terus dukung nak pakaikan dia baju. Anoi terus-terusan menangis.

Masa saya baringkan anoi. Saya nampak darah.

alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk darahhhhhhhhhhh....

alamak, mcm mana ni... darah... darah... tengok gigi anoi patah. terus peluk anoi kuat-kuat. tengok bibir anoi bengkak dan luka.

Saya menangis dalam hati. Rasa nak cubit diri sendiri sebab cuai.

Pakaikan anoi baju. Masukkan dalam buaian. Memang dia dah mengantuk tak tido2 dari pagi kan. Anoi masih menangis. Tak tahu nak buat macam mana dah. Memang sakit tu saya akui lah.

Tapi saya terus-terusan pujuk anoi

"anoi... eh mama tengok macam dah nak dekat baik dah luka anoi ni... kalau anoi tido, lagi dia cepat baik. Kalau anoi tido pastu anoi bangun ... lepas tu tak sakit dah, terus baik, anoi tido ye, mama teman anoi "

Terus anoi tutup mata dan tido. Mungkin anoi percaya kata saya yang lepas dia tido lepas tu sakit tu akan hilang.

Dan lepas anoi tido, baru lah saya sms en.badang. Dan lepas tu saya dapat soalan bertalu2 lah. mcm mana boleh jatuh, bila jatuh, kat mana jatuh... huhuhuh... jam jam tu en.badang terus balik rumah. terus terkam anak dia.


Sori anoi...
Sori papa...



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Emy Omar said... [Reply to Comments]

La..siannya Anoi.Tapi takpe gigi susu kan..mujur tak lama nangisnya kan

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

alaa..comelnyerr cara pujuk akak..bole guna tu..psycho kan..

aishah jamrek said... [Reply to Comments]

ala, cian anoi..takpe, learn from mistake..benda nak jadi..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^