Follow Viruspadu

Friday, December 09, 2011

Korang Dah Rasa?

Masa saya order air ice lemon tea ritu. Air ni didatangkan dengan gula secara berasingan. Terus saya terbayangkan no added sugar dalam susu. Macam ada persamaan. :)

Boleh pilih samada nak minum lemon tea asli sahaja ataupun nak tambah gula kasik manis :p
Yelah kalau ikutkan lemon or tea tu dah ada manis asli dia sendiri kan :)

Saya dari kecil memang mak abah saya tak ajar saya minum manis. Masa baby memang minum susu ibu sampai umur 2 tahun (mak yang cakap). Lepas tu mak memang takde buat air manis pun kecuali pagi buat teh-o tu pun air teh manis2 buah je. Kebanyakkannya minum air masak. Gula-gula, jajan, cikedis jauh sekali nak dapat. Sebulan sekali pun tak tentu.



Mungkin disebabkan tu, saya adalah tak berapa gemar benda manis-manis sampai sekarang. Mungkin sebab tu saya tak berapa gemar makan coklat kek dsb kan. Seingat saya, gigi susu saya pun tahan lama. Nak dibandingkan diri saya dengan anak-anak saya memang beza sangat. Saya tengok gigi anak-anak saya... baru 2 tahun, baru 4 tahun tapi gigi dah rosak dah :(

Memang salah saya sendiri sebenarnya. Saya yang ajar anak-anak makan manis dari kecik :(. Kalau korang ingat dulu-dulu saya penah buat entry. Stock gula-gula jajan kat rumah saya dah macam boleh buat kedai depan rumah ok. Masa tu nisa heaven giler la kan. Memang "nasi" dia la hari-hari. Belajar dari kesilapan tu. Sekarang takde dah stock gula-gula apa semua. Bahaya la saya rasa nak kawal anak2 saya makan gula-gula. Dorang nangis sikit je, terus "kalah"


Lepas saya buat entry pasal added sugar yang lepas, ada jugak yang tanya2 saya sebab rasanya sama je susu apa-apa pun. Yelah saya rasa susu apa-apa pun insyaAllah sama je. Asalkan anak membesar dengan sihat dah la kan. Tapi kalau susu tu manis?


Sebab tu, kalau orang cakap semua sambal belacan adalah sama... tetap pedas. tapi kalau sambal tu manis? hahaha tetiba sambal belacan pulak hahhahaa. takde la tu selingan je.

Tolong la rasa susu anak korang ek manis ke idak? Sebab rasa susu sepatutnya macam mana? dia macam lemak-lemak kan. bukan lemak-lemak manis kan. Lemak-lemak manis dah macam nak buat teh tarik la pulak. Sebab kalau lemak-lemak manis tu untuk kita dah muda (tua) ni boleh la ececece. Kalau koleh kita jangan la ajar anak makan manis dari baby lagi. Banyak sangat penyakit anak kita dapat nanti. kesian anak kita.

Icecream bikin sendiri. Maka boleh kawal kandungan gula dia :p

Selain daripada korang boleh rasa susu anak korang adakah manis atau pun tidak. Kita sebagai ibu bapa saya rasa kena ada kesedaran untuk check label belakang tin susu. Takde susu nak tulis terang-terang yang dia letak berapa banyak gula. Ataupun dia tulis terang-terang "sugar xxx gram" nan adooooo... tapi ketahuilah nama-nama lain sugar macam sucrose, corn syrup, glucose syrup dan maltodextrin. Walaubagaimanapun, kalau ada takde sucrose tu bukan bermaksud takde gula tambahan tau. Kita still kena check label karbohidrat dia. Kalau per serving melebihi 12mg maksudnya there's added sugars la tu.

Susu mahal tak semestinya baik untuk anak
susu murah pun tak semestinya baik untuk anak
yang penting check label belakang tin susu

atau mungkin kita akan rasa lebih yakin kalau kita tanya je doktor. tanya pandangan kan. Doktor lebih arif. Takpe gi spital gomen dan jumpa pakar pemakanan. Tak silap saya boleh rikues tau nak jumpa pakar pemakanan sebab saya penah jumpa masa saya peknen dulu :)




Tin besar, untung?
Tin kecik, rugi?

tak jugak... bukan macam tu. Dulu saya pun selalu bandingkan harga susu dan juga berat susu dan besarrrrrrrrrrnya tin susu tu hahaha. Rasa untung sangat nak nak dapat susu tin besar pastu murah. hahahaha. siapa macam saya?






Kita memang tak boleh nak elak, susu tepung (susu ibu adalah terbaik) adalah susu untuk pembesaran anak-anak kita dan memang dicipta khusus mengikut keperluan nutrien bagi tujuan tumbesaran mereka, contohnya macam perkembangan otak dan fizikal. walaubagaimanapun apa yang tidak diperlukan di dalam susu tumbesaran anak2 kita adalah gula tambahan yang berlebihan.





Ini event yang saya hadir minggu lepas. dorang adalah Key Opinion Leader (KOL) yang merupakan saintis bebas bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan added sugar dalam makanan.


Saya ingat lagi soalan ceera kat dorang pasal ceera kata susah nak ajar anak dia minum susu formula, sebab dia BF anak dia lagi kan. So terus pakar tu cakap. kalau BF teruskan aje, jangan ajar anak minum susu formula sampai umur dia  2 tahun. :)

Katakan TIDAK kepada GULA TAMBAHAN dalam Susu sayaaaaaaaaaaa

No NO No. Me Dont Loikeee.

ok, dalam entry lepas saya ada letak contoh untuk check added sugar dalam susukan (Klik sini untuk entry). So senang je... Korang just check carbohydrate level. Kalau more than 12mg per serve. itu maksudnya added sugars. 


Selain daripada check karbo, jangan lupa check sekali kalau ada perkataan macam sucrose, con syrup, glucose syrup dan maltodextrin sebab ni pun gula jugak.

Sama-samalah kita menjalani hidup yang sihat tanpa gula berlebihan.

katakan TIDAK kepada gula berlebihan dalam makanan.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

wahhh tq info ni vp.jap lg nak belek tin susu anak.



cumil anoi..lama tak tgk gmbr anoi.geram tgk

ibuhebat said... [Reply to Comments]

betul tu.. skrg ni, budak kecik pun boleh kena kencing manis (na'uzubillah..) tapi kes tu budak tu tiap2 hari minum air gas kot. dah mcm kita minum air kosong.. isk isk..

jemput join GA blog saya :)

http://hebatkan.blogspot.com/2011/12/giveaway-1st-anniversary-blog-ibu.html

mana tau rezeki..

Cho Zila said... [Reply to Comments]

thanks .. balik ni kena tengok label susu anak..mungkinkah dah terlambatni sebab lepaih dua tahun memang minum susu yang samajer..

An ordinary lady said... [Reply to Comments]

waduh! cute gile ur babies. especially dgn baju ade name masing2 tuh..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^