Follow Viruspadu

Wednesday, December 28, 2011

Merisik Kerisik

Hari yang dinanti dahpun tiba.
Siapa yang nantikan hari ni? Saya ke?
Ececece si uteh la nantikan sangat kot.
Kalut ber ef bi ef bi diskas siapa ikut, bila nak pegi, berkumpul rumah siapa apa semua la.

So plannya berkumpul kat rumah saya kat seremban jam 9 pagi 25/12/2011, then gerak sekali ke felda selancar. Moga-moga semua berjalan lancar :p

Seperti yang korang sedia maklum kitorang berdua je kat rumah, anak2 takde, ikut atok neneknya. Makaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tido harus tiada gangguan kejap2 anoi bangun nangis, kejap2 nak bikin susu, kejap2 nak tukar pampes lalalala... Memang tahu-tahu bangun dah pagi je. lalalala... tu pun saya tersedar

"sayang, bangun la... macam dah siang je"

HAHAHA... memang dah siang. Dah la jam dinding rosak. Asik la tunjuk pukul 1. Melompat la masing-masing bangun bersiap.

terus BBM akak

"akak, kita kena pakai baju kurung ke kak"
"memang la, jgn sebab pakaian ko je, uteh kena rejek"

HAHAHA siot punya akak, ada ke mcm tu. So bukak gobok, baju merah ni saya belum pakai lagi. dalam erti kata lainnya BAJU BARU lalalala. Baju ni kain sari sebenarnya, saya beli kat akak opis yang jual, satu warna merah satu lagi warna hijau, yang warna hijau saya buat kebaya :) Yang hijau olum pakai layi :p

"andak pakai baju ni dah mcm santa claus abanglang tengok"

HAHAHA mencik tau abanglang... terus feeling ho ho ho...

"apa ada kat rumah kau nak sarapan"
"takde apa, andak bangun lambat"
"tak boleh harap punya adik"
"hahaha jgn la makan dulu, kita makan sama-sama, andak pun lapar jugak"

So seperti yang diplan, adik beradik datang tepat waktunya, dan kitorang pun terus cari makan. Perut kebuluran ni. akak saya pesan makan kenyang-kenyang. Kena kenyang sampai petang sebab jauh perjalanan. Saya memang pendengar nasihat yang setia. Maka saya pun makan dengan banyak. Saya makan sebungkus nasi lemak + sebijik telur rebus + megi goreng + teh tarik. Terbahekkkkkk punya sarapan kata ko.

Muka orang yang panik bimbang risikan direjek.

Kitorang gerak dalam kul 10.30am, sampai ke felda selancar dalam kul 2 kot. Ke 1.30? Ntah la. Nampak sangat tido dalam kereta kan.

Nampak uteh kat belakang, dia tengah bengang kitorang jalan terhegeh-hegeh. Siap nak betulkan tudung segala.


Perbincangan berjalan lancar, rombongan di-lead oleh abangngah selaku abang ipar paling senior dalam keluarga. Suka dengar abangngah bercakap, ayat tersusun je. Lembut budi bahasa. 

saya kat belakang duduk sebelah uteh tersenyum-senyum je :p

Kitorang yang lain duduk ontok2 aje la, saya lagi lah diam seribu bahasa. Rasanya memang khidmat kata-kata saya tak diperlukan. Ecewah. Khidmat saya diperlukan untuk menyakat uteh kat sebelah aje. Kejap2 saya sakat dia "apsal muka kau yang tersengih2 ni" HAHAHA...
 Sesi bergambar tak boleh blah. Uteh, kakjem, bakaltunanguteh, akak dan kaklang

Kat fesbuk cakap, muka dorang sama :p

Ehem


Semuanya dah selesai. Kitorang nak pulang. Tengok muka uteh sikit punya hepi tu


Terima kasih kepada keluarga perempuan atas layanan yang baik. Atas hidangan yang lazat tak terperi. InsyaAllah dalam masa terdekat kitorang akan datang lagi dengan keluarga BESAR kitorang. Tungguuuu...

Tahniah uteh. Akhir ko nak kawen dah. Andak nak mintak tolong siapa nanti nak jemput andak kalau andak tertinggal bas??? Sedihhh...

Semoga berbahagia <3

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

kasut kek jem santek! rase nak mimpi mlm nie pakai kasut camtu! hu3..

nalsweet said... [Reply to Comments]

baju kakjem pun cantek..bape harga?share2 la..hehe

ohye, org dia pun xdpt dinafikan..mmg cantik ;)

ita citot said... [Reply to Comments]

mmg ade iras lah muka mereka. moga jodoh berpanjangan =)

kak jem tahtap vogiu. huhuuu (^_^)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^