Follow Viruspadu

Friday, December 30, 2011

Pendakian pun bermula

Phewww...

hari ni penat giler kot otak saya kena fikir laju-laju kekekeke.
saya baca emel pagi ni kena hantar report before ten. masalahnya SQL dia pun saya takde lagi. pastu kena run satu2 lagi. pastu dengan blur lagi. Amiklah pakej blur terbaik. Nasib la rakan sekerja yang dah naik pangkat tu sanggup layan emel n call soalan2 tak berapa nak pandai saya ni ahaks. nasib ramai yang membantu dari jauh. terima kasih korang. korang memang best sangat. harapkan saya sorang terkontang kanting memang tak dapat lah report tu keluar. Leganya setel.

Hujung tahun ni memang macam-macam laporan la orang mintak kan. Biasalah tu. maka bila semorang dok pakat habiskan cuti tahunan, saya kat opis bertungkus lumus kena keluarkan report hujung tahun awal tahun. Tapi saya suka je sebenarnya haha. Suka la saya belajar banyak benda. Daripada saya tak faham data boleh dah faham sikit-sikit. Best la saya rasa.

Ok. Habis cerita kerja.

saya sebenarnya nak cerita yang akhirnya saya berjaya jugak sampai ke puncak bukit kat taman rumah saya ni. Bukit ni tak la tinggi bebenor, tapi hongeh jugak la nak mendaki. Kita ada dalam 30 minit jugak la nak sampai ke puncak (kalau tak berhenti2). Mendaki dia boleh tahanla. Ada la tali buat pegang kalau lutut gigil hehe.

Kitorang naik isnin lepas 4 beranak la. Saya, en.badang, nisa dengan anoi. Nisa tu takpe lagi la kot, sebab ini kali kedua dia daki, si anoi tu la, kecik sangat lagi. bahaya jugak kot saya rasa. Kalau tersilap langkah boleh tergelincir jatuh ke bawah kan (takkan jatuh ke atas kakjem?).

Dengan takde bawak bekal apa, dengan bijak pandai daki bukit pakai perfume bagai wakakaka. Sudahnya tengah2 jalan saya dah rasa nak muntah bagai. Pening kepala dengan perfume pun ye jugak. Dengan mengendong anoi kat belakang lagi. Memang penat giler kot saya rasa. Penat melampau.

Bila sampai2 je puncak... wahhhhhhhhh hilang penat semua la. Sempat la bergambar sebagai bukti. Tapi terdelete plak hehehe. Adoiyai... Maka korang sila la percaya yang saya dah sampai puncak ye, Kalau tak caye. saya adalah sentap ok :p

baru rehat 5 minit, en.badang ajak turun. eeeeeeeeeeeeee geram betul mamat ni tau. Dia memang la, tak rasa menda. Gua ni bagai nak putus nyawa kepenatan tau tak. Si nisa plak asik merengek lapar... lapar... lapar... fine! jom la turun.

saya larat dukung anoi setengan jalan je. Then tak larat sangat. Siyes kaki gigil tak boleh blah. Penat giler kot. Korang cuba la dukung anak naik tangga pun penat giler kan. Ini daki bukit ok. #mintaknyawa

Last2 dua2 en.badang dukung. ahak ahak ahak. Kagum seketika saya tengok. dalam gambar nampak mcm bukit ni jalan rata je kan. kat sini je la yang saya berani nak snap gambar, time pegang tali tepi mana boleh snap, dengan tangan nak pegang kayu lagi nak tahan kaki gigil lagi hehehe
Hero penyelamat bumi - boboiboy!

hehehe

Tapi puas hati la akhirnya sampai jugak saya kat puncak. Selama ni dok dengar en.badang dengan nisa cerita je. :p 

TAHNIAH kepada diri sendiri.

siapa duk seremban, try la naik bukit kat seremban 2 ni. senaman yang betul2 keluarkan peluh saya rasa. ok la. ce try ce try.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

salam vp..mmg dah ada trek rupanya ye?wahh betnyer mendaki.tgk encik badang relaks je kendong anak 2 org..hehehe

laloque said... [Reply to Comments]

Memlm sakit pinggang n bahu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^