Follow Viruspadu

Friday, December 02, 2011

Percutian Melaka

Seperti yang sedia maklum, patutnya kitorang plan nak bercuti kat cherating or kuantan or Cameron Highland. Dan bila kakcik whatsapp saya ajak pegi melaka. Gua terus ON. hihihihihihi... Lagi best kot ramai-ramai kan. Lagipun kalau kat Melaka, family kaklang ada. maksud saya family abanglang. Kitorang kalau dengan family abanglang rasa mesra kot, sebab ngam kot, erm satu kepala lah (siapa cakap alien siap ah). Kita boleh ngam lepak sekali bergelak ketawa lah. Gitewwwwwwwww...

Untung kaklang kan dapat ipar biras baik-baik semuanya. Envy.

Maka dapatlah saya menumpang kebaikan itu ehemmmm...

So jumaat malam sabtu. Kaklang punya family and kakcik punya family lepak rumah saya kat seremban. Kitorang makan nasi arab. Beli tapau la makan kat rumah. Rupanya beli tapau nasi arab lagi best kot sebab kambing dia, dapat sekali dengan sup ok. Terbaik giler rasa dia. Kambing dia giler lembut. yummehhhhhhh... Sedap sangat kot. Sekarang cerita ni pun terbayang-bayang kesedapannya.

Lepas makan-makan, lepak dan bergelak ketawa. Malam tu jugak kaklang balik Melaka. Kakcik tido rumah saya. Saya pun tak sedar bila kaklang balik sebab saya dah tertido hehehe. Tak sopan betul tuan rumah ni kan. Boleh plak tertido padahal tetamu ada kat rumah hehehe.

So pagi bangun. makan. Kitorang pun bergerak ke melaka. Plannya terus ke zoo melaka. Ramai jugak kot orang kat zoo melaka, sebabnya cutikan, ramai la ibu bapa bawak anak-anak datang sini.


Gambar dekat pintu masuk wajib la ada kan.



Masuk-masuk je, memang kena tengok burung ni dulu hehehe



Kitorang sampai zoo ni dalam kul 10.45 jugak la. Memang ngam ngam sangat dengan bersembahan burung ni. Sebab start kul 11 pagi.

Duduk depan sekali. Biar anak-anak saya clear tengok persembahan tu :p


holloh holloh holloh 
bijaknya dia





Kitorang tak jalan la keliling zoo ni. Giler penat kot. Kalau jalan sendiri ok lagi kot. Ini kena dukung dua budak bertuah tu. Memang takpat acik nak menolongnya. So kitorang ambil keputusan untuk naik train je la. Sorang bayar RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak atas 3 tahun).




Tak perlulah saya perkenalkan nama-nama binatang tu semua kat korang eh. Over sangat kalau tak kenal



Ternampak plak buaian. kena la layan dulu.

Lepas tu terus balik ke rumah kak sada. Lepas tu hujan kot. Memang terperangkap dalam rumah je la. So kitorang membongkang aje la. Nak buat apa lagi ye tak. zzzzzzzzzzzzzz. Siap tido kat kusyen bagai. Best giler lah. Rasa macam kat rumah mak je :p

Malam.

Ikan bakaq time... Si nisa ni sibuk dengan boboiboy dia. Sabo aje la




dan Melaka River Cruise.

Cantik giler kot suasana malam. Sebab lampu2 semua cantik kan. Pemandangan cantik. Korang kalau gi melaka memang kena naik bendalah ni malam-malam. Kenangan yang tak menyecewakan lah saya rasa. Tapi cuma rasa kejap sangat la. tuptup dah sampai hehehe. Sbb rasa tak puas.

Kitorang semua.





Dengan ajai, besday boboiboy



Sebenarnya saya ada banyak giler la gambar cantik2 masa atas Melaka River Cruise ni. Tapi macam biasalah. Malas nak upload banyak-banyak. Sekarang ni pun dah banyak giler kot. Pitam ok upload gambar ni.

Lepas tu kitorang balik dan zzzzzzzz

dan ini plak pagi itu. Apa-apahal layan anak dulu. bagi hati dorang gembira. beli jiwa ni haha





dan saya adalah orang terakhir mandi hahaha

biasalah dah ramai-ramai tu kan. nak mandi memang kena amik nombor punya. Agak lewat jugak kitorang keluar, dalam nak dekat tengahari jugak la


Destinasi pertama





Iyaaaaa Menara Taming Sari








Pemandangan dari atas



Ok, saya teringin nak duduk hotel ni Casa Del Rio.




lepas tu jalan macam biasa kot.

melaka best kan. banyak sangat tempat boleh bawak anak-anak jalan. I likeeeeeeeeee


Bergambar kat sini acara wajib kalau sampai melaka



Gedik! HAHAHAHA




























Ok puas tengok gambar??

HAHAHA padahal kakjem kau ni malas nak taip!
Biarlah gambar tu menceritakan segala-galanya

dengan panas terik, dengan anak nak berdukung. Maka korang bayangkan keadaan itu ye.

Petang kot, kitorang balik semula rumah sbb nak celebrate besday ajai. Alahai tua dah kau jai. Tapi bila nak tinggi ni hahaha lariksssssssss



Lepas makan
makan
makan
makan
makan
makan

terus mintak ijin nak balik.

Jauh kot kan, taknak lah balik lewat nau, esok kena keje plak.

So percutian kali ni saya suka sebab best. walaupun saya cerita macam tak best. tapi sebenarnya best giler ok. Saya memang taknak cerita macam best sangat sebab nanti adik beradik saya yang tak follow jeles HAHAHA...

Ok tu je. Saya malas nak check spelling, kalau salah eja, korang pandai2 aje la teka ye.
Tata.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

pnsusu said... [Reply to Comments]

best kak jem stay kat casa de rio....seronok sangat..tetiba terbayang suasana di sana

si tuan putri kiUt said... [Reply to Comments]

wahhhh bestnyerrrr jalan2.... gambar pun byk.... dan mate saya nak juling nie...heppp3.... hehehehe....

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

kak jem.. teringin gak nak bawak anak2 gi melaka.. tp belum kesampaian.. asik husband busy je manjang.. haih..

deatH_luVer said... [Reply to Comments]

well..melaka kan..

*saye orang melaka!..

kihkih..

riak disitu..

:p

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

N pon ade kt melaka dr sabtu smpai isnin tu...

mekchu said... [Reply to Comments]

ri tu sesat ngan lan pegi bengkel kat Casa Del Rio tu.. kena pegi 3 orang. tp 2 org je yg boleh. ada kosong lagi sorang.. kalo tidak..... (sila habiskan ayat di atas)

Mya said... [Reply to Comments]

blouse putih kat gambar akhir tu cantik la VP.
beli di mana kah?

mizz^lady^muack said... [Reply to Comments]

beshnyer jalan ramai-ramai.....meriah.....ske2...banyak pic....suke tengok nisa....dye sangat comel







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^