Follow Viruspadu

Saturday, December 24, 2011

Saya adalah apa yang saya makan.

Korang tahu kan saya dah takde hempedu.

Tsk tsk tsk.

Buat yang tak tahu (buat yang tahu, konfem dah bosan baca HAHAHA). Baheklah. Sekarang saya bagi tahu anda yang saya udah tidak punya hempedu lagi. Saya dah buang hempedu saya pada tahun 2008 (kalau tak silap saya, masalah memori pendek).

Masa tu doktor bagi tahu saya yang biasanya masalah hempedu ni terjadi pada orang yang berumur 40 tahun ke atas saje. Tapi masa tu umur saya baru 28 tahun kan. Masih muda bergetah ok HAHA. Apakehalnya ada masalah hempedu pulak ni kan.

So setelah di kira tambah tolak bahagi bla bla bla... saya saspek ni semua sebab masalah pemakanan saya. Doktor jugak memperakuinya. Mungkin salah satu sebabnya adalah makanan yang saya ambil.



Korang tahu kan saya ni memang seorang yang PEMAKAN.

Saya adalah seorang yang suka MAKAN

Gelaran ini juga diakui oleh seluruh keluarga dan adik beradik. Sebab tu dorang selalu cakap hidung saya ni macam ada sensor makanan

"asal ada makanan je, mesti andak sampai. Asal ada andak je, ada makanan"

HAHAHAHA siot kan.

Dan saya juga suka makan dengan banyak. Asal ada makanan saya makan.

Korang jangan ikut contoh kakjem ni ye. Makan dengan banyak dan tak ikut pemakanan yang sihat. Dan makan apa saje. Dan makan macamkan takde esok. Maka sebab tu kakjem dah takde hempedu sekarang. Tsk.

Takde hempedu bukan sesuatu perkara yang boleh saya banggakan. Kesan dia takde siapa yang tahu. Walaupun lepas makan lepas tu saya kalut nak memerut. Dan kebarangkalian badan nak naik tu ada tp susah sikit la sebab lepas makan lepas tu buang. Tapi saya tetap tak berbangga dengan perkara itu.

Saya nak hempedu saya balik. Please! Pulangkannnnnnnnn HAHAHAHA...


Jadi... apa pengajaran daripada cerita hempedu yang panjang itu.

JAGALAH PEMAKANAN KORANG OK.
Kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa lagi?
Kalau sakit, bukan makcik kita yang tanggungkan rasa sakit tu. Kita sendiri yang menderita sakitnya.


MAKANLAH SECARA SIHAT!



Makan secara sihat ni... toksah cakap la banyak kali dengar dah. Sampai malas dengar. Cakap memang senang. Tapi nak kawal makan sikit punya susah ok. Saya memang kagum orang yang boleh kawal nafsu makan ni. Siyes kagum. Dan memang kena jadikan idola orang yang pandai kawal makan ni.

Terus terang saya suka tengok orang makan. Maksud saya. Cara seseorang tu makan. Cara seseorang tu menikmati makanan. Sebab dengan cara tu saya suka bayangkan keperibadian seseorang hehehe. Maksud saya takdelah saya terus anggap dia macam tu macam ni hanya dengan cara dia makan. Cuma saya punya first view la. Sekadar pandangan pertama aje. :p




Apa yang dimaksudkan dengan makan secara sihat tu??

Contohnya makan makanan yang kurang berminyak. Kurang minyak lebih enak. Kurang minyak muka pun susah nak berjerawat. Kurang minyak susah nak gemuk... Oh  la la... So kalau kita makan kurang berminyak, kita bukan saje akan lebih menjaga kesihatan. Malah kecantikan wajah dan badan. Tak mauk cantik-cantik kahhhhhhhhh????


Ini macam berminyak ke??? :p
Harap-harap tak hikhik


Itu spageti tau. Bukan mee goreng tau. kalau boleh memang kena elak lah makanan bergoreng ni. Sah-sah la nama pun goreng kan. Abis tu goreng tentu-tentu pakai minyak! Ada ke orang goreng pakai air? Cecita sikit kat kakjem korang ni... hiksssss....

Elakkan ye darling. Makanan bergoreng. Kakjem elak. Korang elak wachaaaaaaaa... Kita elak sama-sama ok. Kita sihat sama-sama ok. Kalau boleh jangan langsung buat lawatan bulanan kat klinik mahupun hospital berdekatan. Sebab kita sihat maaaa... Yayy...
Makan secara sihat



Kalau takleh goreng ... maka nak makan yang macam mana??

Banyak kot cara lain, kaedah lain untuk masakan or makanan yang sihat-sihat untuk kita macam masak kukus ke rebus ke, panggang ke. Saya suka giler ikan masak steam ok. Giler sedap kot. Hari2 masak pun aci je kot.

Pastu kalau panggang pun best. Korang penah tgk keniroges tu.Yang panggang ayam golek tu. Korang tengok tak ayam dia golek-golek tu? Dia punya minyak lemak menitik-nitik jatuh kebumi tu. Pehhh terbaik kan... So kita makan ayam tanpa lemak. awwwwwww... I like no fat fat one. I loike.



Tapi tu la kan... takkan tak guna minyak langsung ye tak? Sebab kekadang tumis sayur pun kena letak minyak sikit kan. Makanya penggunaan minyak bukan tak boleh sebenarnya cuma korang kena tahu hadkan penggunaan minyak dalam masakan lah. Jangan la takat nak tumis sayur tapi minyak macamkan bawang tu nak berenang2 dalam kuali. Tak seswai kannnnnnnn. Elak jugak salut makanan dengan tepung ok. Kena elak ok





Kakjem... I tak sempat masak la. Kalau kedai masak banyak minyak... what to do? I can do nothing.
Wah kau! itu semua alasan ok. Masa pesan  makanan tu, mintaklah dikurangkan minyaknya. Kita kan customer. Customer always rite kan. Lagipun kita bayar ok. Bukan mintak free ke apa. So mintak aje la jgn letak minyak berlebihan. Lagi pun kedai tu lagi suka kot sebab sebab minyak dia pun lambat habis kekekeke




Saya yakin korang semua jenis yang kreatif giler kot. Suka ubah suai resepi kan. So ubah suai la menu biasa-biasa yang banyak pakai minyak tu jadi kurang minyak ke. Kalau korang ada resepi baru, sila lah share dengan kakjem. Sebab kan... Nisa dah mintak saya masak hari2 kat rumah tau...

"mama... kita tak payah la beli makanan kat kedai... mama masaklah... mama masak kan sedap, nanti kakak tolong mama"

haaaaaaa kau tengok... anak punya ayat sikit punya terpimpin mintak emak dia masak kat rumah. Tapi lately memang saya masak kat rumah ahakssssssss... sebab tu korang dah jarang tengok entry makan kat luar kannnnnnnn... :p





Dan.... amalam gaya pemakanan sihat, jadikan buah-buahan segar sebagai snek la. Daripada kita taram jajan yang pakaji dia sekilo dalam tu. Lebih baik makan buah kan. Sebab tu la saya suka makan buah naga malam-malam. Daripada saya makan jajan yang menggemukkan badan. Buah naga lagi syiokkkk... dah la sedap lembut2 masuk dalam mulut. memang terbaik. makan pun leka je kannnnn


So itu antara info yang saya boleh share dengan korang tentang MAKAN SECARA SIHAT.

Jangan sampai cara pemakanan kita menjerat kita

Jangan sampai cara pemakanan kita membuatkan kita sakit dan menjejaskan prestasi kita di pejabat

Jangan sampai cara pemakanan kita memakan kita semula

Saya dah dapat pengajaran saya. Dan saya suka share dengan anda. Supaya cerita saya anda boleh jadikan sempadan

Lebih baik mencegah daripada pengubati.

Oyye, Kalau korang nak dapatkan tip-tip kesihatan tentang amalam pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal (yah yah yang ~terus bersenam), korang boleh menonton rancangan Sihat 1Malaysia. Rancangan ni dihoskan oleh Fahrin Ahmad okeyyyyy... Aum ke tidakkkkk kekeke. Korang jugak berpeluang untuk tengok sendiri tips kesihatan , berkongsi cerita daripada selebriti terkini seperti Siti Saleha (Nora Elena :p), Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi.


 Untuk macam-macam lagi info gaya hidup sihat klik www.gayahidupsihat.my





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

salam VP..aduhh terus insaf bila baca entri ni.kena juga kawal diri jgn kuat mkn, jgn ambik makanan terlalu berminyak pas ni.dah biasa hari2 goreng..huhu.tq VP

Aida Azryn said... [Reply to Comments]

saya suka makan.. kemain byk makan. tapi sampai skrg tak gemok2 -______________-

blog-tips-kurus said... [Reply to Comments]

oh! dah lama tak menyetim ikan. esoklah! hari ni kena lawat pasar malam.. (>.<)

ellaNadj said... [Reply to Comments]

fuh panjang entry kak jem arini lengoh adik baca hikhikhik..

NADYA ANWAR said... [Reply to Comments]

eh eh.. kite sama la. .saya pun dah buang last 2 years.. :))

mekchu said... [Reply to Comments]

rindu mau makan sama2.........

Jαnnαhツ said... [Reply to Comments]

saya pun suka makan. penah satu masa tu rasa nak makan jer. huhu.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^