Follow Viruspadu

Thursday, December 01, 2011

Sorok konon

Hari tu saya ada register ASB online kat maybank2u. Ikut tutorial yang ceera buat la. Tapi tak jadi la plak. Kalau tak, mesti senang kalau nak simpan duit. Transfer je kan. Takyah la saya berhongehan nak berjalan kaki turun CIMB bawah ni.

Ala lagi pun sebenarnya takde la penat sangat pun, office saya tingkat 1 je pun. Turun bawah, sebelah bangunan dah CIMB dah. Tapi dasar pemalas kan. Vontot nak melekat kat kerusi je. Tu pasal la.

So saya pun bertekad la, bulan ni nak berjimat cermat. Kira macam kena sorok duit siap-siap dalam ASB so tinggalkan betul-betul duit makan je dalam maybank. Betul-betul tekad ni uols. Siap hati berdebar-debar masa bertekad tu (poyo) HAHAHAHA.



Tetiba kelmarin, saya meeting dan habis lewat. Dan mintak driver hantar terus saya ke alamanda, sbb kalau balik office jauh sangat en.badang nak datang jemput saya. Kalau alamanda dekat sikit.

Mula-mula masuk GUESS. Lepas tu masuk NICHII. Lepas tu masuk parkson. Semuanya menggugat iman ok. Saya siap test perfume bagai. Giler menggoda hati. Phewwwww. Tapi tu lah, hati dah bertekad ni takmoh beli apa-apa. Tahan... tahan... tahannnnnnnnnnn...

Jam 5.30 petang

"papa kat mana?"
"dalam meeting lagi sayang"
"hurmmmmmmmmmmm"

Jalan lagi... jalan lagi... masuk Guess. Bayar.


Sekian, terima kasih.


Hancur tekad haku. Hancur!. Patut la masa bertekad tu hati berdebar-debar. kah kah kah. Mencik!



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

9 komen[s]:

shark said... [Reply to Comments]

hehe
last2 masuk ASB Guess:)

s h e d O t said... [Reply to Comments]

xpe kak jemah..duit nuffnang kan banyak..hehe

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Haha mencikkkkk kannnn selalu gitu dah tekad nak menyimpan pastu mesti tershopping

@e_da said... [Reply to Comments]

terapi terbaekk ni kak jem.. takpe hati happy

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

asb guess daaaaa..
cuma xdapat dividen jer la..
hehe

semalam pun kat alamanda..xjupe akak pun..huhuhu

Nia said... [Reply to Comments]

tapi, kalau utk saya, pelaburan untuk Guess lagi berbaloi dari ASB..hehe..sbb mmg suka brg guess!

ceera said... [Reply to Comments]

haaa??? tak jadi???
memalukan, hahahaha...

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

hahahaha...x tahan wooo...tekad ke mana nafsu ke mana..xpe..jnji hati puas...debar lg x kak vp?

An ordinary lady said... [Reply to Comments]

lol..just to reward urself. :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^