Hari khamis lepas.
Semuanya kelamkabutribut.
bangun pagi, siapkan anak, hantarkan anak ke rumah kakmas, terus balik cheras.
Plan: mak saya operate adalah jam 10 pagi.
fikir punya fikir. takyahlah hantar nisa pegi sekolah. Malas nak risau2 dia dah selamat sampai rumah ummi ke tidak. Yelah kepala otak merisaukan mak kan. Anak-anak takleh masuk spital pun, maka tak payah la bawak anak-anak kan.
Plan: wah byknya plan ko jemah wakakaka. Betul la tapi :) Hantar anak2 rumah ummi, terus gi spital, mak operate ambil masa 4-6 jam. kul 5 balik seremban jemput anak. Balik rumah siap2 patah balik seremban. haaaaaaaa kau. patah patah balik kan. Tak kisah la kan. Janji anak tu terjaga makan pakai semua. Kalau bawak balik cheras, sape lak nak jaga dah laki bini kat spital kan. jadi itu lah plan nya.
Pagi tu semuanya berjalan lancar.
Perjalanan nak ke IJN dari seremban. En.laloque ajak sapedek dulu sebab awal sangat lagi. Saya orait aje.
Lepas order mihun soto (lakiden) dan yongtaufusop (saya). Baru nak suap ke mulut. Tetiba dapat call.
"andak, mak operate awal, dorang dah nak tolak mak ke bilik OT"
OMG
terus tak boleh nak telan apa-apa dah. Berdesup2 kitorang dari rnr seremban. Dalam hati berdoa je sempat jumpa mak. memang laju betul en.laloque bawak. Tapi bayangkan laju viva je lah. hikhikhik.
Dalam hati rasa nak menangis ok. Yelah saya fikir yang buruk-buruk aje.
Bak kata kakcik saya. "kita kena fikir yang buruk-buruk"
so saya terfikir. Betul jugak apa yang kakcik cakap tu.
Kita kena fikir yang buruk-buruk baru la kita tak menyesal di kemudian hari. Macam kalau anak demam biasa-biasa sekalipun. kena pantas bertindaklah. Memang kena fikir yang buruk-buruk baru kita peka kan. Baru kita sayang. Kalau tak nanti kita buat sambil lewa je. Kalau saya fikirkan kerja... hurm kerja memang takkan habis punya. Kalau saya takdepun ramai yang boleh ganti tempat saya kat opis. Tapi kalau family? siapa nak ganti?
Tsk.
Jadi. Kita memang kena fikir yang buruk-buruk walaupun orang cakap jgn la fikir bukan-bukan. Tapi fikir yang buruk-buruk secara positif lah. Bukan fikir keburukan orang pastu ajak member ngumpat plak.
KL Jem. Tsk. Mencik!
saya sampai-sampai parking. terus berlari ke block A. naik2 block A. mak dah ditolak ke block B. terus berlari ke block B. berlari2. terserempak dengan adik beradik. semua pakat geleng kepala.
"tak sempat, tak sempat, kitorang pun tak sempat, lewat sesaat je"
terus tahan hati jangan sedih.
tahan.
tahan.
tahan.
tak boleh tahan.
terus jalan. jalan jauh-jauh. MENANGIS.
macam sedih sangat. tak tahu kenapa.
tetiba en.laloque tepuk bahu dari belakang. nampak suami bertambah2 saya menangis.
"mcm mana papa tahu ma kat sini"
"papa kan suami ma"
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
lap lap air mata. pastikan hidung tak merah. senyum2. ok done. takde orang perasan kot saya nangis tadi kekeke.

siap prektis senyum dalam toilet haha poyo la ko jemah :p nangis pun malu. tahpape.
ntah la rasa sesal sangat. mak mesti sedih kitorang takde. separuh aje anak dia yang sempat jumpa. adik beradik mak pun ada. tapi abah pun x sempat jumpa mak. tsk.
kitorang lepak cafe. menceritakan kesedihan ketaksempatan jumpa mak. si sepet lg over siap update kat fesbuk pakai lappy. tu la lenkali beli la bb ahak ahak ahak

lepak-lepak tunggu mak habis operate.

bila dah ramai2 ni kan. semua cerita keluar. termasuklah cerita menabung pelaburan emas dan hartanah wakakaka.
tengah lepak2, si ceera ajak lepak cafe, dia kata nak minum-minum. kitorang baru sampai cafe. dapat call mak dah selesai operate. apa lagi berkejaran la kitorang ke ICU.
*betapa tersentuhnya hati melihat mak terbaring lemah lesu, dengan dibaluti wayar* maka saya taknak cerita part tu :(
itu abang sulung saya. dia niat kalau mak selamat operate dia nak belanje kitorang semua adik beradik makan lalala. bukan senangggggggg wooo dia nak belanje hahaha. terus amik gambar haha. tengkiu abang ku. dia abang TERBAIK.

setelah semuanya selamat. saya terus ke jasko maluri. nak pos tudung. lalu terbeli kasut. mencik! hahaha

pecut ke seremban jemput anak.
kemas-kemas baju untuk ke cheras.
singgah tesco sbb susu n pampes anoi udah kehabisan.
kul 10 mlm baru bertolak ke cheras.
PENAT?
takpe, dah biasa. kata wanita besi kan.
Jumaat. pagi.

bersiap-siap nak ke IJN. kali ni bawak anak-anak sekali. Sebab en.laloque pun nak jumpa mak mertua dia kan. Kalau tak saya sorang je pegi, en.laloque tolong jaga anak2 kat rumah. So angkut semua sekali.

keisha pun ado. masa ni ceera punya turn jumpa mak, jadi saya jagakan keisha. Keisha ni senang jaga dia. Asal biar dia merangkak sorang2 pun dia ok.

Jumaat, petang.

kali ni saya melawat mak secara single :) tak bawak anak-anak. So boleh lepak2 makan sementara tunggu waktu melawat.
ini bukan saya punya hikhik

waktu melawat ICU IJN adalah
12.30 - 1.30 tgh
6.00 - 8.00 mlm
kejap je kan.
kitorang adik beradik dah la 9 orang. campur menantu hantu dah berapa? abah lagi? adik beradik mak lagi? ha kau... sorang dapat jumpa 5 minit je. Siapa lama kat dalam siaplah keluar2 kena marah hahaha lawak. Sebab sekali masuk boleh 2 orang je. So ganti2 lah 2 orang tu kan.
Hari jumaat mak dah boleh makan dah, tapi tak boleh bercakap sangat. Sempat la kitorang adik beradik suap mak sorang sikit :)
Singgah lepak2 makan sbb nak balik jalan giler jem.

nak tunjuk bag hanger sbnrnya wakakaka
Sabtu, pagi.

shawl dari
kedainini3posen disebabkan kelamkabut, saya tak tahu baju n shawl apa yang sy bawak. mecing atau tak dengan baju. belasahhhhhhhhhhhhh haha. tapi yang ni seb baik mecing ahaks
hari sabtu pagi, yang ada cuma ode, abah, saya dan uteh. yang lain keje. jadi dptlah kitorang jumpa mak lama-lama hikhikhik
petang sabtu saya tak pegi sebab pegi event MAS. tu nanti saya cerita ek
Ahad. pagi

baju dengan shawl alas meja adalah tak mecing kakaka


Ahad petang takde gambar. Aiseh.
Hari ahad. seronok melawat mak sebab mak dah boleh sembang-sembang mcm biasa walaupun suara dia perlahan je. Tapi yelahkan, sakit yang mak tanggung kita tak tahu kan. Depan anak-anak dia buat-buat ok padahal dia menahan sakit. tsk.
Hari ni, Isnin. Saya bekerja. Tak dapat melawat mak. :( hurm saya taknak cerita yang sedih2 pasal mak. takut diri sendiri menangis masa taip entry ni.
Mak cepat sihat ye mak.
Mama
Alesha,
An-nisa dan An-Nur Abriza