Thursday, March 31, 2011

BE dan Lasak? Ada kaitan?

Saya tengok ramai yang buat entry BE, maka saya terus saya login dan tengok BE saya jugak. tapi tak tahu nak cerita kenapa dan apa hahahahaha


cuba korang klik sini dan sini

tapi takde kena mengena dengan cerita BE. hahaha. pasal lain la lagi best dari cerita BE

sekian terima kasih.

=)


ini pulak kelasakan anoi kat IJN. nasib baik la ramai yang tolong jaga dan tengokkan dia sekali dan tolong kejarkan dia sekaliiiiiiiiiiiii. kalau saya sorang je, harussssssss makcik jadi hulk hahaha.

main tolak2 kerusi kat cafe IJN, sampai kena marah haha. padan muka. saya marah tak layan, bior orang marah. tahu takut sikit hahaha.

gambar merangkak turun tangga tak snap plak. huiiiiiiiiiiiiiiiiiii... ni memang lagi kita marah lagi dia buat ni. orang masa ni tgk mak dia buat dek je mesti bengang hahaha. "mak dia buat dek je anak kotor2 merangkak kat situ" hahahahaha... acik tidak berdaya nak marah dah uolsssssss



anoi lagi lasak dari nisa. nisa kalau saya marah dia dengar kata lagi. anoi adalah sangat mencabar menjaganya hahaha.

sekian terima kasih sekali lagi

=)
=)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Wednesday, March 30, 2011

Mungkin Perasaan Saya Je...

Cantikkan KLCC. Kitorang kalau balik dari IJN melawat mak malam. memang akan siap2 bawak kamera DSLR ok. En.laloque lah, dia memang suka amik gambar-gambar pemandangan. Saya pulak suka amik gambar diri sendiri hahaha. KLCC kalau malam memang gambar terindah la saya rasa. Sebab cahaya dia tu. pehhhhhhhhhh... boleh pandang mata tak kelip2 ok.


kali ni kitorang pegi IJN beramai-ramai. Anak2 buah saya semua pakat naik kereta sama2 ngan saya. jadi dorang la snap gambar. biasalah anak2 buah saya kalau dapat pegang kamera kan. masing2 kreatif je. macam-macam gambar dorang nak amik kan. layannnnn


tapi kan... tapi kannn... tapi kannnnnnnnnnn


korang perasan tak? macam ada simbol-simbol pelik sekarang ni? lebih-lebih lagi dalam gambar ni? perasan tak?

kenapa ek jadi macam tu?

haaaa... ni jelas sikit. gambar simbol ni saya dah nampak kat beberapa blog kan. jadi bukan saya je yang pelik.



pastu kan, ada gak saya gugel-gugel. takut sendiri perasan je. rerupa ada lagi. siap ada yang kata infection lagi. takottt. siap ada video lagi. oh nooo. jap jap kasi share itu video. jap ek. kasi kopipes sini. laju tol dorang upload dlm utube.




korang rasa apakah ni ha?

siyes saya konpius ok. terasa pelik sangat. sangat-sangat menggerunpelikkan.



hurm. mungkin perasaan saya je.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Mencuba Style Shawl baru lagi hari ni =()

semalam saya adalah gigih melayan utube ok. layan punya layan. sekali ternampak nama yang glamer sangat sekarang ni, style covered ke apa ke tu, yang yuna jadi duta depa tu. model dia nama hana tu lah..... kemain comel lagi hana tu kan. muka tirus je. pakai shawl macam mana pun cute je dooooo... jeles mek hahaha

saya pun cuba salah satu style. yang jenis ikat kat belakang tarik ke depan tu. dgr mcm komplikated padahal sapsapsoi je ahak...

ok tunjuk belakang dulu.


pandangan dari depan. ini namanya SHAWL SWEETY :) RM19 sahaja. nanti saya upload kat www.sh0ppink.com ek. mcm biasa lah stock limited tau :) siapa cepat dia dapat :p


dlm tutorial yang saya tgk tu. takde pakai inner tau. tp sbb kalau muka kembang macam kulum bijik durian ni adalah muka nampak terlampau bulat pulak. jadi saya pakai lah inner sekali :) nak kaver part2 yang kena di kaver ecewah

ok saya buat tutorial nanti ek.

ok tu je :) babai


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Kenduri di Putrajaya

terasa lamaaaaaaaaaaaa sangat dah tak pegi putrajaya tau. terasa rindu pun ada jugak nak menetap kembali kat putrajaya. ntah bila la masanya akan tiba agaknya. eceh :p

ahad lepas mertua saya ajak gi kenduri kawen anak sepupu mertua saya. maksudnya mertua saya punya sepupu punya anak yang kawen. haaaa... ada pahemmm. kat dewan presint 16 tu. dulu penah datang sini main badminton =)


saya makan, saya rasa lauk2 dia kemainnnnnnnn sedap lagi. terus xcited beritahu suami suruh dia rasa sekali

"papa, papa sedap paaaaaaaaaaaaa, siyes sedap, semua sedap"

siap muka2 gelojoh sekali, efek la konon kan, yelah nak kasik bokti sodap la katakan. pastu en.laloque pun pegi la amik nasik dia. pastu dia makan.

"biasa je ma" dengan muka kering dia, siap makan tak habis.

bengang je guwe. cissss.

citarasa kita berbeda sayang. papa dah berubah! dulu kalau ma kata sedap, mesti papa kata a ah. kecewa I. chewah tetiba.

pelamin yang lawaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.


lepak kejap je. dlm 15-35minit kot. saya rasa lah. lepas makan terus balik ke gadong. sebab ada kenduri sepupu bertunang. dorang buat nasi ayam ngan satey tau. punya la sedap. siap tapau bawak balik ok. giler makan banyak tak boleh blah.

jadi bayangkan ahad lepas adalah hari makan makan makan saya.


maka hari ini saya jugak seangkatan dengan @siti_nur11. saya juga tidak mengandung anak, tp mengandungi lemak hahaha. waaaa kena diet perut weiiii...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, March 29, 2011

Bercahaya tangan ku :)

abangcik (abang ipar) baru balik dari bandung, pastu terus ke sarawak. lalu membawa pulang stok2 untuk bisnes. dia punya bisnes lah bukan saya. saya tukang beli je kekeke. dan dalam banyak-banyak dua ni saya bekenan dan dah terbeli pun cuma bayar je belum lagi hahaha.

lawa la pada saya. terus terasa tangan bercahaya-cahaya ok. terus ada aura angelic. tapi tangan je lah. hahaha.

kelmarin saya pakai yang ala2 gold tp bukan gold tu. feeling aje la kan. tadi pulak saya pakai yang pink tu. mecing ok ngan baju. i laikkkkkkkk. pakai aksesori baru la nampak tersemangat sikit tangan hahaha tetiba tangan pun nak nampak bersemangat kan.

mungkin ceera atau sepet yang akan tolong abangcik saya jual ni. kalau korang terbekenan ke apa kan. maka tunggu je la dorang hapdet ok :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tahniah kakcik :)

Yeay saya dapat anak buah lagi :)

Lelaki. nama tak tahu apa. sebab tak jumpa kakcik lagi. semalam kakcik saya bersalin ikut tingkap. anak ke4 dia. berat 3.3kg. Alhamdulilah

gambar ni abah saya mms kat saya semalam.

rasanya dalam adik beradik, saya je yang belum nengok baby lagi kot tsk. ini lah yang x best duduk jauh ni. nak pegi tengok lepas habis keje mesti tak sempat nak kejar waktu melawat. hurm.

ala... tak sabar nak tgk baby :)

TAHNIAH KAKCIK.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

santai2 dengan anak

entry hari ni lite-lite je ek. malam tadi saya adalah dah pening-pening lalat edit video. dah la baru install. pastu baru hegeh2 belajar macam mana nak pakai. seb baik dah siap dah. hasil dia puas hati lah. hasil orang belajar sehari kan. so takleh jangka tetiba dapat yang terbabom terbabom lah. nanti saya tunjuk kat korang ek. biasanya mcm video tutorial apa ke tu semua, takyah edit2, so shoot je, terus siap. yang ni siap edit2. hurmmm pendek kata, nnt saya share ek :)

macam biasa hari minggu lepas saya balik cheras. ye memang tiap2 minggu pun macam tu kan. kadang2 sabtu kat cheras, ahad kat rantau. kadang sabtu kat rantau, ahad kat cheras. kadang sabtu ahad kat cheras. kadang sabtu ahad kat rantau. kadang duduk rumah sendiri je. tapi tang duduk rumah sendiri pun payah nak dapat lah :p.

so minggu ni. sabtu di cheras. ahad di rantau.

pagi sabtu. dah lama tak keluar pegi mana-mana. biasanya sabtu kitorang bongkang kat rumah je. tp sebab ada hal kena setelkan. kira berjalan2 bawak anak sambil setelkan keje tertangguh sekali lah. walaupun agak mencabar nak siapkan keje bawak anak sekali. tapi inilah dia cabaran dia.

sebelum nak siapkan keje, kita bagi anak riangkan hati dulu. main puas-puas.



jambatan gantung katanya :p


wah nisa... kehlasss ko pos maut ok haha.

jambatan ni kan kalau berjalan kan dia goyang2 kan. nisa dengan selambernya bercakap dengan saya

"mama, kenapa ia ni tergedikkk gedikkkk, tergedikkkk gedikkkkk"

dengan gaya muka, dengan lengguk badan nak bgtau bergoyang2 tu kan hahaha. lawak la ko ni nisa. jambatan pun ko cakap tergedik2 kan haha.

dah lebih kurang 1/2 jam kot teman dorang main, ternampak pulak tembikai. nak plak makan tembikai haha. cane nak diet ni kan. asal nampak makanan je mula lah "tergedik-gedik" nak makan ahaks. pastu komplen pipi kembong hahahaha



nisa ngan anoi nak makan eserem. siap nangis2 nak eserem. geram je. sekali nengok mama dia makan tembikai macam sedap. terus dia nak tembikai. grrrrrrrrrrrrrr.




meratapi tak dapat makan tembikai bhahahaha


ehem...




=)

jom mula buat tugasan tertangguh. anak2 sila duduk diam-diam dalam kereta dan beri kerjasama ye.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, March 28, 2011

4 kek :p

Ni dia kek birthday nisa yang kitorang hantar kat tadika hari tu. tempah kat kedai kek king apantah. haha lupa nama kedai. kebetulan memang dah ada member kad apa semua kan. so tuju situ je la

so untuk rujukan korang, kek mcm ni kat kedai kekkingapakenamantah tu. 2kg. harga dia RM115 kot hahaha main belasah harga kek. tunggu en.laloque betulkan kat komen sat lagi. pasal dia yang bayo kan. so harus la dia yang igt harga apa semua siap sen2 pun dia igt tu :p

kalau nak tempah kena awal 3 hari tak silap saya. sebab kitorang kat seremban kan. so tempah kek ni, yang buat keknya cawangan kat KL. sebab tu kena tempah awal tu.

tahun lepas, besday nisa ke 3 tahun, 3 kali kitorang beli kek. dan menjangkakan besday yang ke 4 ni pun akan ada 4 kek untuk nisa haha. over kau nisa (sbnrnya makpak yang over kot muahaha)

gambar sambutan besday kat tadika dia adalah takde, sebab pagi tu kalut sangat sampai lupa nak pass kamera kat cikgu dia. so takde kenangan dah. uwaaaaaaaaaa. anak rileks je takde kenangan ke apa kan. omak dia yang lelebih apa cer! haha.

pastu beli kek hantar kat rumah ummi (kakmas), so nisa boleh celebrate ngan kawan2 dalam rumah. lagipun besday nisa dengan kakmas kan sama tarikh :)

pastu balik cheras. dah alang2 kansel buat besday party sbb mak tak sihat kan. so beli kek lagi, beli kfc. makan ramai2 je kat rumah :)

nisa dan maklangnya



kek kecik macam ni pun tak habis ok. dua potong je orang makan. selainnya masuk petiais.







alamak saya belum hadiah pun utk nisa kekeke. buat2 lupa aci tak? larikssssssss

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Sunday, March 27, 2011

Gadis Bunga

Short update.

tetiba nampak gambar anoi dengan bunga dalam kamera en.laloque. terus save tadi :)


gadis bunga :)

~ teringat dulu kekecik, kalau petik mak punya bunga konfem kena marah haha. so sampai sekarang jadi fobia nak petik bunga :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Senyum Mu SeMANIS GULA

Ahak ahak ahak.

Senyum memang manis-manis, sebab senyum yang manis bisa menenangkan hati. Tapi jangan ambil yang manis-manis berlebihan nanti buruk padahnya.

Bak kata eklan (iklan) dalam tiwi. "Tambahkan Manis dalam Senyuman, Kurangkan Manis dalam Minuman" begituuu

Gula korang tahu aje la. Kita yang dewasa ni. Kalau tak dapat pekena teh tarik sehari, boleh gigil satu badan ok. haha. saya pun macam tu. Hari2 turun kantin memang pekena teh tarik satuuuuuuuuuuuuuu punya. Rasa tak lengkap lah hari tu kalau tak turun kantin pastu beratur beli teh tarik. Pehhhhhhhh nikmat!

Saya yang dah dewasa takpalah lagi (ewah ye ke takpe), sbb kita dah boleh fikir, boleh control sendiri kan. Dah agak2 pagi pekene teh tarik. So seharian tu memang cuba elak yang manis-manis dah kan.

Tapi anak?

oh very the susah nak kontrol anak daripada makan benda manis. Asal kita singgah kedai je konfem dia pancing beli jajan punya. paling tidak pun dapat cupa cupa pun jadik.

Anak korang macam tu tak???

Anak saya adalah pengGULA tegar okeh!

Tengok ni...

Anoi makan eserem


makan eserem lagi...


nisa dan cupa-cupa connected tots dia :) buat bentuk A


kek yang manisssssss


nisa dan eserem blue dolphinnya


Anoi ngan gula-gula nya


pastu makan coklat plak


makan tak berhenti2 plak tu


anoi dan nisa layan eserem di mines


ni siapa makan jajan sbnrnya ni :p


sementara tunggu mama masak pun boleh layan sugus dulu


makan eserem dalam kereta di bulan puasa


dan yang terakhir, masa ni nisa dah ada gigi ni, bertambah2 comot la dia makan kannn

dia bedal oreo mama... hikhikhik


haaaaaaaa canne tu?

canne nak kawal tu?

pening kepala ku sudah.

gula ni tak silap saya ada dua jenis gula.

1. Natural / Intrinsic Sugars
- Found naturally in buah-buahan, sayuran, madu...

kalau macam ni takpe uolsss. tapi tu la. walaupun bagus macam mana pun. mengambilan tetap lah kena bersederhana kan. Kalau terlebih makan memudaratkan jugak.

makan mangga


makan durian


makan rambutan


ini namanya sugar semulajadi gitu.

2. Added Sugars
- gula tambahan yang ditambah dalam makanan atau minuman lah. mcm gula2 tadi lah. eserem. air tin bergas. bla bla bla. konfem la korang tahu contoh2nya kan.

mcm kalau kita buat air fresh oren kan. kita tambah gula kan. padahal dalam oren tu sendiri dah ada pemanis asli dah. but still kita nak tambah jugak gula kan. so gula dah berdouble2 dah tanpa kita sedar pun

Pastu kan kan kan... saya pun baru tahu ni tau...
Added sugar yang biasanya ada dlm susu / product anak-anak yang kat pasaran kan adalah:-

a. Sucrose b. Corn Syrups Solids c. Glucose Syrups Solids
... added sugars ni pun yang datangnya dari sumber-sumber semulajadi.

uuhaiii... dah la memang nisa ngan anoi makan gula2 kekadang melebihi had setiap hari. kot dalam susu pun ada added sugar memang la parah uols.

saya tak pernah terfikirpun nak tengok kat label susu or apa2 product utk anak2 sebelum beli. tengok brand nama, tgk usia / tahun. terus beli bayor je. asal anak suka minum dah.

siyes tak pernah saya check pun apa kandungan dia. padahal benda tu penting ok. :(

so lepas ni, saya beli susu kena tengok label kandungan, ada tak 3 sugars tu. kalau ado harus tukar ke brand lain.

dan lagi satu. kalau dia tak nyatakan gula, ce tgk level karbohidrat. kalau tinggi level karbohidrat tu maknanya tinggilah lebel sugar added dalam tu. INGAT tau. penting ni bg kita ibu-ibu kena alert benda ni.


Bukan apa korang. Anak-anak terlebih gula ni bukan boleh buat memain ok. Bahayassssss

boleh kena Obesity crisis, Dental caries, Diabetes, High blood pressure, Heart disease dan stroke sekali phewwwwww. Kesian lah kat budak-budak kalau kecik-kecik dah ada masalah tu semua kan. Kita dulu kekecik mungkin senang sikit dikawal sebab gula2 payah nak dapat. Nak pegi kedai sebatu jauhnya. Nak mendapat seposen beli gula2 pun payah. Tapi anak2 kita sekarang, senang sangat dapatnya tu pasal lah susah nak kontrol dah.

Sekarang pun saya cuba kurangkan nisa dan anoi daripada makan jajan-jajan dan gula2 dan benda yang manis-manis. Saya start dengan diri sendiri dulu. Memula saya stop belikan gula2 perlahan-lahan lah. Tak pun saya beli satu je then korang kena kongsi.

Pastu kalau gi makan kat kedai ke, cuba utk tak order air manis tp order air suam je. Ajar nisa ngan anoi yang malam-malam tak boleh makan gula-gula. Risau ok tengok gigi masing-masing dah nak rosak dah padahal kecik je lagi.

saya cuba perlahan lahan lah untuk berubah ke arah kebaikan.

anak-anak korang mcm mana? kuat berGULA tak?



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^