Ok part 3 la kite ye.
kira last la, jenuh ni upload gambar. Oyye gambar-gambar adalah hasil daripada kamera Nikon D7000 wuwuwuwuw. tapi sebab tak habis belek telek kamera ni lagi, hasil gambar biasa-biasa aje la nok. Kamera tu baru sambar masa anoi dalam spital lagi. gigih kan lalok beli kamera tu masa anoi dalam spital wakakaka.
ok. kita sambung percutian ke genting kita ye. lepas kitorang checkin, rehat2 bla bla bla. pastu kitorang sambung nak memain outdoor la pulak. Masa ni memang dah cargas dah.
kat lobi hotel ni... siap ada persembahan ok. nyanyi2 lah. sebab nak tunggu checkin kan lamaaaaaaa... so dorang boleh layan kat sini lah. buang2 masa.
masuk-masuk outdoor themepark. wajib amik gambar kat lori london ni
dan kat telefon merah ni... pun tempat wajib snap gambar
muka takdok perasaan
ok ni game yang pertama nisa main dalam ni. walaupun muka dia cemas masa saya memula suruh dia naik. tapi dia lagi takut tengok mata mama dia tersembul bengang kalau dia tak naik. Maka dia gagahkan diri jugak la naik. memula takut nak nangis. tengok-tengok lepas tu dia seronok hahaha... inilah penangan mata tersembol ok. kalau tak garang, agaknya nisa tak cuba satu permainan pun kot. mesti dia takut semua benda.
saya perasan dengan nisa ni, kalau dia takut or tak berani nak cuba sesuatu. pendekatan cakap baik2 lemah gemalai memang boleh tapi lambatttttttttt. tapi kalau kita bercakap dengan nada tegas, dia takut so dia akan cuba jugak. last2 dia berjaya.
macam saya ajar dia pakai kamera kompek saya dulu lah. kemain diplomatik saya ajar dia. tak jugak pandai2. last2 atok dia ajar (abah saya) dengan nada tegas, terus dia tangkap hahahaha.
setiap budak lain kan cara pendekatan dia. ada yang jenis tak boleh gesa-gesa. ada yang kena gesa baru dapat. kena try n error lah. macam kita sendiri jugak lah. ada benda yang kita kena paksa diri sendiri, ada benda yang kita memang tak boleh. begituuu...
dan next next game dah takde masalah dah. bebudak ni dah syiokkkkkkkkkkk...
ni siapa yang teruja nak main sebenarnya ni. anak ke emak ni bhahaha
memula main gajah
pastu main kapatebang
pastu main cawan pusing-pusing
hahaha habis semua game kanak-kanak la kitorang main. permainan dewasa satu hapah pun saya tak sentuh. sebabnya siapa pulak nak jaga anakkan. main sesorang tak feel la pulak. lagi pun anak melasak tak ingat, jaga sesorang memang tak boleh blah lah. dibuatnya berlari. nangis ok haha
dan tak lupa coklat wonderland...
kat sini takdelah coklat sangat pun. nak diwonderwonderlandkan. tapi bolehlah. ala2 kedai jual coklat je pun :p
bebudak ni. bukan kenal erti penat mahu pun malu. dalam coklat wonderland pun boleh baring2 atas lantai. dia ingat rumah dia ke apa? hahaha. ni kalau kena marah dengan staff kat sana, mama tunjuk jari "velyguddddfadanmuka" je. makpak marah dah tak lut ok.
kat sana jugak, disebabkan sejuk (salahkan cuaca nampakkk), maka perut asiklah lapar. nampak hotdog terus singgah beli. panas panasssssssssss okkk hotdog tu. pehhh memang terbaik rasa dia. rasa macam taknak share dengan en.laloque. tu la dia eksen, masa saya offer dia nak beli ke taknak, cakap taknak. sekali dia nengok sedap pulak kan. cisss kena share hahaha. tamak loloba la lolojemah ni.
sambung game kuda ku lari gagah berani c(:
game puter puterrr... wang besar wang besar, saya pilih huruf T hahaha. sengal!
lepas tu jalan lagi ke dinasour land plak. harus la takde dinasournya. gila ke ko ada! haha ada tulang2 je. tak tahu tulang betul ke tipu :p kat sini saya nampak satu makanan yang tak ingat apa nama dia, tp memang sedap giler. jadi saya makan lagi bhahahaha. dasar perut moncet!
aummmmmmmmmmmmmm (eh macam tu ke suara dinasour ek)
watermark kaver perut wakakaka
ohhhhhhh... nampak tak apa kat belakang saya tu... waaaaaaa tsk tak dapat naikkkkkk... frust! takpe. nanti anak2 dah beso boleh naik sesama
so kat sana perjalanan game2 kitorang. anak2 memang tak buat hal langsung. seronokkkkk je diorang. tapi nisa ngan anoi dah ngantok sangat dah bila masuk petang2 ni. so sementara nak balik ke bilik tidorkan anak-anak. saya kasi nisa main seraound dulu.
Nisa nak main benda melayang2 ni, amboiiiiiii terlebih berani lak ko kan. yang ni tak boleh nak oiiii. tercampak lak ko kang.
Selesai
rasanya habis dah kot semua game2 yang kanak2 boleh main semua dah main dah. so tak la rasa ralat nau kan. Anoi dah amat2 keletihan dan tertido kat pangkuan. Naik bilik balik dan zzzzzzzzzzzzzzz.
lepas maghrib kitorang turun main game indoor lagi. dan makan lagi. wahhhhhhhhhh... apsal asik lapar je ni
dan... abis pusing2 game indoor. main game berulang kali sampai budak2 naik muak. kitorang terus checkout dan balik. malam tu jugak ok.
plan kali ni agak kelaut sikit. patutnya kitorang balik esoknya kan, tapi disebabkan ada hal last minit, pastu dah terbooking genting ni awal tak boleh cancel, pegi ajer la.
so percutian kali ni, saya adalah tersangat happy lah sebab macam 1st time tengok anak-anak saya gembira sangat2. yelah macam percutian pegi bandung la mana-mana lah, dorang kan suka buat hal kan. yelah osah boring bg budak2 kan. tempat2 macam ni memang seswaiiiiiiiiiii gitu untuk dorang
anak-anak puas hati, kitorang lakibini pun balik dengan kenangan indah.
sesuatu yang indah untuk seseorang yang indah
:)
Mama
Alesha,
An-nisa dan An-Nur Abriza
Follow Me @
www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu