Thursday, June 30, 2011

HTC Blackberry

Bengang tau tak bila tengok miskol or voicemail daripada orang-orang penting yang mesti jawab segera tapi tak boleh nak jawab panggilannya. sentap okeh. Sehari dua boleh la tahan bersabar lagi. Bila dah 2 minggu terus fedap. Ntah la apa kena dengan blackberry saya tu. Korang pun perasan kan saya asik bengang dengan bb saya lately kan. So sebab dah tak tahan sangat, terus mintak en.laloque cari balik htc dia. biar saya pakai yang tu dulu so bb ni hantor la repair ke apa ke. nyampas tau.

So hari ni saya bergumbiranya kat opis. Sebab semua call masuk dengan jayanya. Call kat mana2 pun dah aci dah. oyeah oyeah. tapi rindu pulak bunyi kecek2 bb saya bila emel masuk, bila fb masuk, bila twitter masuk. pakai htc ni semuanya sunyi je hehehe. BB cepatlah sembuh :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Rombongan

Semalam Negeri Sembilan bercuti dan Wilayah bekerja dengan tekun. Tekun katanya.

Sentaphatimaknak bila cuti asing-asing ni ha. Yelahkan kalau saya kat seremban lagi konfem la saya menikmati cuti satu keluarga gitu kan. arghhhhh. Kengkawan kat fesbuk plak menjelesi gua.. tsk.

Memula saya mempunyai niat nak menyusahkan laki. Nak mintak dia hantar dan jemput saya dari kerja kekeke. Ingat saya nak bagi dia cuti dengan aman? Nehi nehi nehiheeeeeee. Mek dengki okeh. awaaaaasss haha.

"papa, hantar mama gi keje esok tau"
"mana boleh, papa kan hantar nisa rombongan tu"
"balik, boleh jemput?"
"nisa kan balik kul 5.30"

hahahahaha... plan nak menyusahkan GAGAL. mencik!

yelah sebenarnya saya hampir terlupa nisa ada rombongan sekolah pegi melawat zoo melaka. saya ingat dia nak pegi tapi lupa tarikh. walaupun risau nisa ikut rombongan. saya serahkan tanggungjawab tu kat en.laloque je. So petang2 saya balik. Dari dalam bas dalam pukul 5 mcm tu saya call la en.laloque

"papa kat mana?"
"papa tengah tunggu nisa balik"
"awal lagi kot, 5.30 kang la dia balik"
"takpe la"
"risau yeeeeeeeeeeeee" ~dalam nada mengusik
"mustilaaaaaaaa... mama balik lambat sikitpun papa risau, inikan pulak nisa"
"hahahaha yelah yelah, kang nak dekat sampai kang ma call balik"

comel tengok suami risau macam tu. saya risau jugak. tp tgk en.laloque risau saya rasa bahagia hehehe. yelah sayang betul dia dengan anak dia.

dalam kul 5.55 saya call nak bgtau saya dah sampai,

"papa, nisa dah sampai?"
"belum" ~suara risau
"aik nape?"
"bas dia kat melaka lagi, hujan kan hari ni, stuck kot"
"ooo amik ma dulu la, ma dah sampai"

so... nak balik rumah pun kang kena keluar balik. so kitorang lepak2 je kat area seremban, makan2 dulu. kul 7 kitorang terpacak balik depan sekolah nisa. menunggu. ramai la makbapak tunggu anak masing2 sekali. So meriah lah kat situ. tunggu lagi takde orang jual air ngan burger je. kalau tak dah bleh bikin funfair dah hahaha #tetiba

sambil2 menunggu tu sembang lagi

"pagi tadi masa papa hantar nisa tu, masa perjalanan balik tu papa terfikir je... cikgu perasan tak nisa ada, ada tak orang jaga nisa, macam mana nisa makan, risau betul papa. Tak bagi pegi kang kesian pulak"

masa en.laloque membebel2 tu, saya terfikir dedolu kitorang pun macam susah giler kalau nak ikut2 rombongan ni. mak abah saya jarang izinkan saya join. Mesti sebab ni la kan. RISAU. haha comel sungguh. Sebenarnya saya pun fikir benda yang sama jugak. Tapi sebab en.laloque lebih risau, so saya kena la cool kan. baru balance.

dalam 10 minit menanti. Akhirnya bas sekolah nisa pun muncul. En.laloque terus jalan kedepan. kemain excited lagi dia anak dia balik hehehe.

sempat beli buah tangan untuk mama, papa dan adik dia. arghhhhhh nisa ni... selalu buat orang terharu
"pandainya nisa beli sendiri, berapa ringgit ni"
"5 inggit mama, kakak pegang ni, lepas tu teacher tanya, nisa suka nii... pastu kakak angguk"
"ooo ye keeeeeeee"
"ini untuk mama"


*terharu*

paling tak boleh tahan tengok nisa dengan anoi bersembang

"anoi indu kakak tak?"
*anoi angguk*




:)



dan 5 minit kemudian, dorang gaduh balik hahaha... budak-budak.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Wednesday, June 29, 2011

Treatment Ke-Tujuh Marie France Bodyline

Ok Next Treatment saya di Marie France Bodyline ehem ehem

Ok sebelum tu, ada yang tanya2 saya, Kalau berminat nak try treatment kat marie france ni cemana? berapa ongkosnya???

So ni dia, saya kopipes je promo dia kat fesbuk :)
RM58 :)

Tak silap saya kat seremban pun ada tau. Cea bagitahu kat seremban je haha. Sebab KL banyak kot. Negeri lain tak pasti pulak saya. Rasanya ada je.

Ok Entry kali ni saya akan ceritakan pengalaman saya buat 2 treatment dalam masa satu hari yang mana mengambil masa 3 jam :).I likeeeee. Ntah la saya bukan saje2 nak puji ke apa. Tapi memang treatment kat Marie France ni santai je. Buat kan kita tak rasa pun 3 jam tu.

Treatment pertama saya adalah Hot Blanket. Ok saya tak tahu apa nama dia, tp sama dengan treatment kali pertama saya tu. Yang memula balut badan, pastu urut2 perut, pastu pakai selimut tebal tu. Saya rasa treatment ni saya paling suka kot dalam banyak2 treatment tu, sebab hot blanket tu mcm best giler. Saya sampai tertido2 lah.

Masa ni je sempat snap gambar. Masa lain tak dapat sebab baring kan. Tangan semua duk bawah selimut, cemana pulak lah acik nak snap gambar.

Saya rasa muka saya dah kurus sikit kekekeke tp tetap la tembam


eh eh oyye lupa nak cerita yang... sebelum saya start treatment ni. Dorang amik semula ukuran badan saya. Nak compare lah, masa mula2 datang dengan skrg ada beza ke idok kan.

Yezzaaaaaaaaa... Alhamdulilah. Perut je dah beza 1.5cm okeh. Ada lagi, kaki lengan punggung semua dia ukur, semua turun la sikit2, tp lupa la plak. apa2 punnnn Vangga mak nok! dan berat turun daripada 135 paun ke 125.8 paun... yahooooooooooo yariba.

Saya rasa kalau saya allout ikut diet dia bebetul, mesti banyak berat saya boleh turun. Ini makan macamkan takde esok. Haiyaaaaaaaaa kakjem ni kannnnnnnnnn

ok,

Treatment seterusnya ini adalah Treatment pertama kali bikin. Makanya yang ini saya cerita detail sikit lah. Cuma masa treatment tu saya memang takde peluang nak snap gambar langsung ok. Harap memahami keadaan masa tu :p


Naturopathic Lipolysis Therapy atau lagi senang di panggil NLT

Treatment NLT ni mengambil masa sejam 15 minit gitu

dan fokus saya adalah dibahagian perut sahaja.


Itu antara kebaikan2 NLT. Saya tak kopipes satu2 ayat dalam gambar sebab saya rasa ayat dia memang direct je. Mesti korang faham je kan :)

1. Ceramic Infrared kalau tak silap saya nama dia. Pakai satu mesin yang agak suam2 jugak. Mula2 disapukan satu minyak namanya Ginger Mask with green tea extracts dalam 15 minit macam tu. Mesin tu mcm stick, pastu sapu2 dalam bentuk bulat2 dekat perut (sbb saya kan fokus perut je). Rasa dia suam. Masa ni kan saya tertido ok hahaha. 


2. Deep Tummy Massage. Urut ni memang urut dekat bahagian perut je. Urutan manual pakai tangan. Yelahkan kalau bab2 urut ni kalau pakai tangan lagi puas kot drp pakai mesin kan. Terasa kat urat2 semua. Ini pun saya tertidor2. Urut ni pun salah satu dia nak buang angin dalam badan. Tahu tak masa mula2 dia pegang perut saya terus krokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk bunyi. kuat giler. bunyi perut saya ada angin hahaha maluewwwwww. So urut ni adalah 20 minit.

3. Thermo Ray (kot), ntah la nama saintifik dia. buat gegirl keliru hahaha. tp yang pasti mcm ni la rupa dia. Memula letak mask kat perut, lepas tu saya kena duduk bawah lampu macam ni. ok mcm ni la perasaan anak2 saya masa kena jaundis dulu hahaha. Tapi idak lah macam dalam gambar tu tak berbaju. Tapi kita memang cove la semua, kecuali tang perut sahajork



Memang puas hati.
Keluar2 marie france terus makan tutifruti haha. yummmmmmm.

ok esok ada apoinment dengan marie france lagi. 
Jumpa lagi Next Entry :)




Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Kenangan

Tadi baca blog ceera pasal kenangan masa kecik-kecik rasa seronok pulak. Pastu hari tu saya dengan kakak2 saya masa makan pun macam ada terbukak topik pasal dulu-dulu.

Pasal duit belanje pegi sekolah hehe. yelahkan budak2 sekarang duit belanje sekolah kemain banyak lagi kan.

Masa saya sekolah rendah dulu. Kitorang dapat duit belanje sorang doposen je tau. Kan kita ada dua sekolah kan. Satu sekolah kebangsaan (pagi - 7.45 - 1.00 tgh) satu lg sekolah agama (petang - 2.30 - 6.00 ptg)

So saya masa tu memang dapat duit belanje sekolah doposen je sehari. Makanan kat kantin masa tu kalau nasi lemak ke kuih ke memang harga doposen kan pastu air sirap seposen.

So dari kecik memang dah boleh bahagi2kan duit belanje lah. Macam hari ni waktu rehat kena pilih samada nak makan ataupun nak minum. Boleh pilih satu je.

Kalau teringin nak makan nasi lemak. takde la air. kalau nak minum, boleh minum je, boleh minum 2 gelas air. kenyang jugak kan. So petang sekolah agama memang takde belanje lah. pandai2 la nak hidup. begitu.

Rasa macam, wahhhhhhh hebat nya kitorang adik beradik dulu. Rileks je. Takde la meratapi nasib ke apa. Tak terdetik nak compare dengan orang pun hahaha. Cool je. Kalau lapar kang pandai2 la cari makan. Kalau ada pokok jambu ke apa. sebatttttt. Janji kenyang kan. Macam ceera cakap tu la. Kalau takde apa nak makan. Nasi dengan kicap buh air panas sikit pun dah sedap je. makan ramai2 pastu gelak2. siap tambah2 lagi hahaha.

Betul lagi ceera cakap. Patut lah bila tengok program bersamamu tu saya memang takde perasaan langsung hahahaha.

Saya kagum dengan mak dan abah saya. Tengok la macam mana mereka membesarkan kitorang sembilan beradik tanpa bantuan siapa2 pun. Usaha mak abah memang saya kagum.

Alhamdulilah dengan kehidupan kita sekarang :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tingkat 1

Dulu dekat opis seremban ada 5 tingkat. Pejabat saya di tingkat 3.

So pagi-pagi biasa tunggu lif dan selalu pelik kenapa orang tingkat 1 pun nak berebut2 sama naik lif.

Dan sekarang kat office baru. Pejabat saya di tingkat 1

hua hua hua hua hua sekarang dah terkena dekat diri sendiri hahaha

Giler rasa bersalah kalau naik lif ok. Mesti orang pun pandang pelik kat saya. Maka gigihlah saya naik tangga setiap hari. Tapi ada masa-masa yang terasa terlampau malas nak naik tangga tau. Betul!. Ada masa-masa sangat malassssss.

So biasanya, kalau takde orang tunggu lif. Saya naik jugak. Tu pun mcm masuk lif pastu cepat2 tekan tutup pintu lif takut ada orang perasan hahahah dah macam pencuri plak. Padahal nak naik lif je hahaha.

Kakjem kakjem. memacam la kamu ni.

Korang ada rasa macam ni? Ada pengalaman macam ni?




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tuesday, June 28, 2011

Kain sari

Bulan ni saya takde gaji sebab... Biasalah masalah ni terjadi bila kita bertukar jabatan kan. Takpe redha je. Nasib baik memang dah ada bekap plan. Kalau tak harus derma kilat uols haha.

Tak sedar diri takde gajikannnnn, saya telah berjaya merembat 2 helai kain sari untuk dibuat baju.

Ahak ahak ahak geleng kepala lah laki den nengoknya nanti ni hahaha


Tapi tak tahu lah nak bikin baju cemana. Baju kurung or kebaya ek?

Mana lagi cantik?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comel gilerrrrrrrrr

Tengah berkira-kira nak beli atau tak. Mintak2 nanti ada stock untuk anak umur 2 tahun pulak. Ke anoi muat je sebenarnya. Arghhhhhh nak beli lahhh... Apsal dia comel sangat ni

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Sabtu Ahad yang bizi

Sabtu Ahad sekarang ni saya amat membizi tak boleh blah. Biasanya sabtu ahad la yang akan restock barang2 kat sh0ppink. Yelakan hari biasa kitorang semua bekerja, so hari apa je la yang tinggal selain daripada sabtu dan ahad kan.

Oyye, Viruspadu Sh0ppink ni bukan milik saya seorang sebenarnya. Tapi milik bersama saya dan adik beradik saya. Akak, kaklang, kakcik dan abangcik. Bila ramai2 macam ni lega sikit sebab senang boleh agih2kan kerja. Takde la macam dulu saya terkontang kanting buat kerja sorang-sorang. Daripada beli stock, tag harga, stock check, model, snap gambar, edit gambar, update blog, balas emel customer, update belian jualan, kira2 akaun. pehhhhhhhhhhh... Siapa yang bikin bisnes tahu macam mana sibuk dia kan. Kalau dulu saya buat sorang2, mana dapat tidor awal. Kadang2 kerja habis jam 2 3 pagi jugak. Minat punya pasal. Penat semua tolak tepi. Mujurlah ada suami yang memahami :)

Sebab tu la lately saya takde dah update aktiviti2 saya kan. yelah sebab aktiviti2 saya semua kat butik hahaha. Tunggu lagi 2 3 bulan insyaAllah semuanya dah ok ok dah. Bila dah boleh bajet masa apa semua kan.

Paling xcited saya rasa adalah anak-anak buah saya dan anak2 saya juga. Tiap kali makpak buat kerja kat butik, dorang pun sibuk nak lepak sama. Sampaikan ramai orang dalam butik dek anak beranak sendiri je hahahaha. Orang lain nak masuk pun takut.Yelakan sabtu ahad je anak2 ada masa dengan ibubapa. Tapi ibubapa sibuk kerja pulak. Tu yang nak lepak sama2 jugak tu. Aiyokkkkkkk tetiba rasa bersalah dengan anak2 plak :(


Ini salah satu Hot item dekat sh0ppink. Tube pelbagai guna. Saya pun nak amik satu buat inner shawl. kelessssssss kau maria.



Saya nak yang ni :) Senang mecing dengan apa2 baju. nak pakai dia je pun boleh tp kena cover leher sikit lah
TS025
RM 25.00


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Perahsan

Lepas solat subuh tadi, saya terus memandang ke cermin untuk pakai tudung. Rutin harian saya. Takde apa yang nak diherankan.

Tapi kali ni saya tenung muka saya lama-lama

Eh! Nampak kecik sikit la muka.

:)


Lalalalalala


Ok hari ni nak senyum sampai telinga :)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 27, 2011

Cergas sampai ke malam

Adoiyai bilakah bebudak ni nak tido sebab saya nak siapkan kerjaan neh. Makin malam makin cergas lak memasing.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Sepintas Lalu di Sh0ppink


Seluar Aladdin
Free Saiz
Harga: RM45.00
 


Code: SKLC02
Free Saiz
Harga: RM39.00


Code: SKLA05
Free Saiz
Harga: RM45.00


Code: BLOF02
FREE SAIZ
Harga: RM30.00


Code: BKKB02
Saiz M. Bahu: 32cm. Panjang Kain: 80cm
Saiz L: Bahu: 33cm. Panjang Kain: 85cm
Saiz XL: Bahu: 34cm. Panjang Kain: 90cm 
RM75.00


Code: BLOD03
FREE SAIZ
Harga: RM25.00


Code: BKMF01
Saiz: 38 (Bahu: 15")
Saiz: 40 (Bahu: 15.5")
Saiz: 42 (Bahu: 16")
Harga: RM139.90)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Bas dua tingkat

Hari ni kakjem merasa naik bas dua tingkat uols huhuhu. Rasanya ini pertama kali dalam hidop kot hahaha.


Assalamualaikum dan selamat pagi korang :)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 26, 2011

Treatment Ke-Enam Marie France Bodyline

Alhamdulilah. Lepas kali ke 4 punya treatment sebenarnya saya dah boleh pakai banyak dah baju-baju lama saya yang dah lamaaaaaaaaaaaaaa saya simpan. Baju-baju lama saya bukan saya tak muat, cuma huduh benar kalau saya pakai tetiba perut tak boleh blah kan.

Salah satu baju yang sebelum ni kalau saya nak pakai PERLU bantukan korset
Sori jauh sikit kan gambar, sebab saya takde gambar latest yang penuh. Ini la yang paling latest iaitu semalam.

Saya takde la kata takde perut langsung sekarang ni, tapi dah mengecik dah. yahoooooo.

Jumaat lepas saya pegi appointment saya dengan marie france dan berat saya turun lagiiiiiiiiii... daripada 135 paun ke 127 paun. Ntah la mcm mana nak convert dalam kilo. Pepandai la korang kira-kira hahaha. Memang saya terkejut sebab saya tak diet langsung ok. Makan macam hape je. Bukan apa uols. Latelykan macam penat melampau mengerjakan hal kedai. Memang tetiap hari tidor lewat. Lepas kerja office terus pegi butik sh0ppink pulak. Macam semalam kitorang kerja sampai 2 pagi okeh.

Team sh0ppink pegi ngeteh jam 2 pagi hehehehe.
Motip cerita pasal sh0ppink?

Sebab bila terlalu bizi, saya akan makan bila penat dan lapar dan penat penat penat. Bila makan memang tak hengat apa. lepas makan menyesal. oh demyu hahaha.

Tapi Alhamdulialh. Marie France Bodyline memang membantu sangat. 
Saya pun terkejut berat saya boleh turun :)

So hari ni saya nak share dengan korang treatment saya jumaat lepas :)

So kali ni saya buat 2 jenis treatment jugak dalam masa satu hari. Kali ni saya sekalikan entry ye. Sebab satu treatment pertama kali saya buat, satu kali lagi adalah sama dengan treatment kedua saya. :) 

So Treatment pertama adalah LST - Lipo Sonic Therapy

LST ni mengambil masa satu jam setengah sahaja :) LST ni adalah teknologi terkini yang menggunakan Non-Invasive Soundwaves (erm dalam bahasa senang macam scan mengandung dulu kot hehehe... saya le faham gitu)

Proses Pertama: erm mesin ni ada 2 head (ini ikut pemahaman saya ye), memula head pertama dalam 30 minit la. soundwave dia dalam 20khz (ini saya x berapa faham, tp dpt mcm agak2 la). Dan saya diberitahu yang fungsi head pertama ni adalah untuk buang lemak2 dalam badan sehingga ke subcutaneous layer (layer ke tiga dalam badan kalau tak silap saya). Dan yang paling bagusssssssssnya adalah dia bertahan MEMBAKAR LEMAK DALAM BADAN SELAMA 3 HARI. Hari ni saya feeling2 lagi lemak saya tengah kena bakar ni hahaha. Tapi kena minum banyak air la. Sebab lemak2 akan keluar daripada peluh or drp kita buang air semua :)

Macam ini la rupanya treatment tu. Harus tak sakit kan.

Head kedua pulak lebih kurang 10 minit. Dan fungsinya punya untuk firmkan semula lah kan. tadi dah bakar lemak sekarang firm kan pulak. baru la balance.

Proses kedua: 15 minit urut, juga di bahagian perut. Urutan ni untuk softenkan fat ataupun bakar lemak lah senang cakap kan dan jugak untuk lightenkan cellulite.

Proses ketiga: 15 minit mask di bahagian perut untuk tujuan shapekan badan lor :)


Dan ini lah dia hasil selepas tu :)

Dan kemudian selepas tu. Treatment kedua saya adalah sama seperti treatment ketiga saya yang menggunakan mesin suction tu. Ada yang cakap sakit. Ada yang cakap tidak. Saya tak rasa sakit, sebab saya amik power dia yang normal. maknanya suction dia biasa2 je. kalau korang rasa sakit, boleh rikues perlahankan power suction tu tau. Jangan la diam je. Sebab kalau rasa sakit maknanya power tu tak sesuai dengan badan kita.



Ini rupa mask saya lepas kering hehe.

Detail treatment ni korang baca semula kat Entry ni ye


Nanti ada kesempatan saya snap gambar saya, maybe korang pun nak tengok perubahan dalam masa 2 minggu ni kan :)

Ok jumpa next entry

dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Ngeteh

Sedang ngeteh bersama mak abah akak kaklang abanglang abangcik. Hambek ko kul 2.15 pagi lepak.

Capati satuuuu!!!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 25, 2011

Baju Kurung Kanak-kanak dah ada kat sh0ppink :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Pegi kenduri

Otw nak pi kenduri kawen :) budak2 keletihan dan tidor


Ini entry wordless saturday :p



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Treatment Ke-Lima di Marie France Bodyline

Baiklah.

Kita berjumpa lagi dalam Entry Khas untuk Treatment saya di Marie France Bodyline :) wuttt wuuttttt

Treatment ke 5 ini adalah treatment yang sama dengan treatment kali pertama saya. Tapi hari tu saya tak berpeluang nak snap gambar tunjuk kat korang untuk korang gambarkan. Macam mana sebenarnya dia balut-balut satu badan kita kan.

Sebenarnya dia balut dari kaki sampai ke badan sampai la ke lengan. So untuk gambaran korang mcm mana kan. Ha macam ni lah rupa dia :

kaki
 tangan

maknanya kalau korang ada masalah peha besar tak balance dengan badan ke, pinggul besar ke, lengan tetiba dah macam seth tan ke (wahhh). Seth takpe lah sebab dia lelaki kan hahahaha. tak shukeeeee. So ini la caranya nak balancekan struktur badan korang.
begitu.

Balut kali ni amik masa 25 minit :)

dannnn
ini lagi satu yang saya tak sempat snap masa treatment pertama saya. treatment penjagaan tangan. supaya tangan jadi lembut dan gebu hehehe.
 mula2 sampu losyen.

pastu rendamkan tangan dalam air (mcm air lilin kot), dan sorokkan dia dalam plastik.

tunggu dalam 3 minit kalau tak silap saya. dia akan jadi keras mcm ni :) keras tu bukan keras sampai jadi robokop hahaha. tapi mcm agar-agar yummm (tetiba lapar)

Dah selepas tu... paling saya suka :)

urutan di perut (terutamanya) bahu, dan juga kaki sikit-sikit
 
dannnnnnnnn...
Duduk dalam selimut yang suam. 
Suka sangat ok leka sampai tertidur. 
Dan tidur ku dikejutkan oleh panggilan telefon kaklang hahaha. 
 
 
 

Ok Jumpa NEXT Entry :)




dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Hello-Hello dapat Money?

Teringat zaman BenCinTa
Satu hari kalau call. 2 Jam? 3 Jam? 4 Jam? tak pernah cukup
Sms pulak macam mana??? Kalau tak 50 sms sehari memang sentap ah. Itu belum taim merajuk lagi. Merajuk buat-buat tu lain cerita la. Merajuk betul-betul kekonon taknak angkat fon apa segala balak bagai hahahaha...

Kenangan Terindah :)

Rindu la kenangan tu :p

Rindu sangat-sangat.

Korang perasan tak sekarang, sejak kita dah ada macam-macam kemudahan ni, kita dah jarang dah calling-calling kan. Kalau setakat adik beradik punya besday pun sama. Kalau dulu mesti call atlis ucap selamat hari lahir kan. Sekarang jarang dah. Ucap besday pakai sms, tulis besday kat wall fesbuk atau pun twit2, takpun emel-emel.

kalau dulu, dengar ada kematian, terus call (kawan ke sedara ke), tanya khabar,
sekarang?
tulis kat wall fesbuk je ucap takziah :(

Tapi sebenarnya mendengar suara orang yang di sayangi, di senangi lebih BERMAKNA :)

Bayangkan kalau besday kita sendiri kan, ibu bapa call ucap besday, Adik beradik kita call ucap besday, Kawan-kawan tersayang call. Phewwwwwwwww bukankah kita akan rasa DISAYANGI. hehehehe. Betul kan :) Lagipun kalau kita just sms tu berapa banyak huruf la kita boleh tekan kan. Kalau cakap lagi senang kan. Kita boleh tunjuk feeling sebenar kita. 

SEDIH. MARAH. GEMBIRA. TERUJA. HAMPA. PERLI. (hahaha perli pun ada). #TDDMKA

Bestkan! Bestkan!

Jadi! Masa ni la kita kena bercakap lebih
Mulut bercakap lebih dari Jari kekeke :)

Jom kita hubungi orang-orang kesayangan sekarang dan berpeluang memenangi money (duit).
Menang duit + disayangi.
Call Ibu bapa + disenangi = menang duit
Call isteri / suami + disayangi = menang duit
ecewah ini formula bagus ni

Macam mana nak menang kakjem?? Saya nakkkkkkk?
Senang aje.
1. Buat panggilan sebanyak mana yang kamu suka dan bisa menang RM50,000.
2. atlis 5 panggilan domestic  dalam masa sehari, kamu berpeluang memenangi hadiah mingguan berupa cash!! WAU! 

Senang kan.
Call Call Call Call Call lepas tu berpeluang Menang :)
Lagi banyal Call lagi tinggi peluang menang

Peluang ni ada 4 minggu je. Start 6 Jun sampai la 3 Julai 2011
Jadi Hadiah minggu dia kira canni:


Week 1 (6 – 12 June 2011)
Week 2 (13 – 19 June 2011)
Week 3 (20 – 26 June 2011)
Week 4 (27 June – 3 July 2011)

Setiap minggu, sorang pemenang akan dipilih untuk memenangi RM50,000 wang tunai
waaaa WANG BESAR WANG BESAR
saya putar lagi halim #tetiba

Pemenang minggu 1 dan 2 TAHNIAH!

Ada lagi minggu 3 dan minggu 4 untuk korang rebuti

Haish! Kalau peluang ni ada zaman saya BenCinTa ni kan, konfem boleh menang ni weiiiii. RM50k tuu... Kalau dulu saya kat kedah, en.laloque kat KL kan. hari2 call pun dah berapa kali sehari kan. (menang menang menang). Korang pun sama key. Masa ni la peluang korang. Yang mana BenCinTa jarak jauh ni kan. Peluang korang nak MENANG adalah tinggi (kalau korang call) huhuhuh. Kalau tak jauh tetap dekat di hati pun peluang tinggi juga. Janji call tau.

Call Ibu Bapa di kampung
Call rakan-rakan
Call cikgu
Call Isteri / Suami
Call Anak-anak
Call Adik beradik
Call bos (haa?)

Ha call sekarang!!



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Friday, June 24, 2011

Blur lagi

Hari ni saya meeting pagi dan petang. So entry tadi ok la, utk meeting pagi. Saya ni meeting manjang blur. :(

Ntah pape

Maybe sbb saya x berapa faham bijik butir dan suka berkhayal waktu meeting hehehehehe. Semua words adalah janggal pada saya. Dan untuk relatekan sesuatu perkataan dengan isu. Mesin otak agak bercelaru disitu. Bila bercelaru dia jadi hang. Hahahaha ingat sistem aje ke hang. Kakjem pun selalu hang.. Mencik!

Tadi meeting jadi lagi. Saya ambil port belakang sekali dan hujunggggg. Untung2 boleh feeling halimunan aka ahli mesyuarat karipap kan hahaha.

Tengah termenung sambil melayan kacang sebijik sebijik masuk mulut. Tetiba

"Jemah.. Bla bla bla.. Boleh?"

Yang part bla bla bla tu saya tak dengar huhuhu. Lalu untuk buat2 konfiden jugak terus jawab

"Boleh" siap ada efek mengangguk dengan penuh gaya hahahaha

Tetiba suasana sunyi. Semua memandang ke arah saya. Saya pun pelik dan gabra. Haha.

"Ermmm canne tadi"

Boleh tak saya tanya macam tu dalam meeting formal. Demmmmmmmmm.

Hahahah kan dah kantoi mengelamun. Padan muka kau kakjem :p

"Saya mintak awak present tender penyelenggaraan utk tender tuttt"

Alamak. BLANK.

Diam kejap dan cuba paksa otak utk berfungsi secara laju-laju

"Takpe, biar saya terangkan" - kata bos.

Phewwwww legaaaaa. Bos tolong cover.

Padan muka kakjem
Padan mukaaaaaaa siapa suruh mengelamunnnn. Arghhhhh tak suke.

Bila bos terangkan tu, baru saya tahu dia nak saya terangkan pasal tender yang saya tengah buat sekarang hahahaha. Adoi la. Apa la ko jemah.

So lepas habis meeting, dan balik ke office. Terserempak dengan bos

"Maaf bos saya blur tadi"
"Haaa pegi meeting tak prepare..."

Malu dohhhhh... Padahal saya prepare dr semalam nak pegi meeting huhuhu. Cuma saya x boleh bajet apa yang saya perlu prepare. Rasa mcm dah cukup. Ecewah.


Ok tu je pengalaman meeting saya hari ni :)






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Meeting

Tadi saya masuk dalam meeting Data Center. Semua isu-isu tu semua saya familiar sangat. Yelah dulu saya jaga bahagian tu, sekarang dah tukar bidang lain. Tetiba rasa seronok dalam meeting. dan tetiba mengelamun terkenanangkan office lama

"Kakjem, boleh u sediakan maklumat tu, U konfemkan." ~ok dia x panggil i kakjem hahaha. harusla nama formalkan

Dengan termangu-mangu saya menjawab:

"ok, boleh" ~muka harus konfiden ok.

HAHAHA padahal tak tahu apa yang dia mintak. tetiba "boleh" je. terus segar bijik mata lepas tu. menggagau cari apa sebenarnya yang pengerusi mintak.

Apa kabar kawan-kawan opis seremban. Hai! Rindu korang sebanyak 7 lautan.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Progress (2)

:)

See... dari jauh sudah nmpk warna pink!!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Hari ni Suami Pulang :)

TAK SAbAR...

Tak sabar, bila dia balik dan jemput saya. dan lepas tu saya boleh jumpa anak-anak di peRANTAUan.

RINDU giler :p


ok tu je. entry rindu. HAHAHA


Iklan:




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Thursday, June 23, 2011

BenCinTa

Pagiiiiiiiiiii tadi berYM dengan adik (katanya) ady. Pasal "mabok berchenta". Terus teringat zaman dedolu bercinta dengan en.laloque (sampai sekarang jua cea cea)

Dulu kan, saya pakai phone alcatel tau.

Korang tahu tak charger alcatel ni bukan jenis cocok wayar tu tau. yang jenis letak atas stand dia tu. Macam telefon rumah wireless tu lah.

So saya sekali bergayut dengan en.laloque dulu bukan jenis seminit dua kan. Memang stock berejam2 gitu. Mesti la lama kan. Tiap kali sembang mesti lah complete pekej gitu. Gelak ketawa + merajuk + manja2 + marah2 sayang + ayat2 rindu hahahaha... PJJ kataaaanyaaaaaa... (takyah tanya bil, memang over 1k sebulan hahahaha)

So disebab tu, alcatel saya tu mana la tahan lama nau baterinya. So bila dah bunyi tet tet bagi tahu bateri tinggal sikit. Mula la kepala saya dah melekat ke dinding. Charger tu pegang sekali dengan fon. Cuba korang bayangkan. Telifon rumah tu pegang dengan charger2 sekali hahaha. Panas2 telinga. Kalau kena litar pintas memang hangus terus otak kau hahaha

Sekarang ni kan, en.laloque outstesen kan. Saya lepak rumah mak kat cheras. BB saya ni macam problem sikit. Adik saya cakap receiver dia longgar kot. (pastu dan dan marah meksis kan) So kalau kat cheras dalam rumah memang takde line langsung. Giler betul. Kalau kat seremban elok je siap dpt 3G bagai. Hurm entah la.

Malam tadi, punya la rindu nak call suami punya pasal. macam2 port kat rumah saya try nak call. tak puas hati lagi siap keluar rumah, naik atas bukit. Bila dapat line. call2 asik masuk voice mail je pulak. arghhhhhh frustnya. Baru nak feeling bercinta nak bergayut dengan suami 2 3 jam kan. hampa :(

pagi tadi dpt call. tu pun atas motor. dpt cakap seminit bgtau nak pegi keje. sampai2 opis. tipun ni problem balik takde line. hurm.

RINDU.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Treatment Ke-Empat di Marie France Bodyline

Ini jadual pemakanan saya (tetiba takde intro)

Tolong besarkan anak mata, sebab memang dia kecik sikit supaya saya dapat rahsiakan sedikit tahap makan melampau saya hahaha. Malewwwww.
Saya sepatutnya jaga pemakanan sebab saya dalam treatment kan :(
Kalau berat badan tak turun memang salah sendiri tsk tsk tsk

Isnin lepas, MFB call saya. Nasihatkan saya cara pemakanan yang betul berdasarkan jadual makan saya tu la. Jadi dinasihatkan supaya:

Sarapan: Kalau boleh makan oat atau pun roti yang bijirin tu dengan susu rendah lemak.
Makan Tengahari: Nasi dengan apa2 lauk pun takpe. Tapi kalau boleh jgn yang goreng-goreng. Dan jangan amik kuah. Kurangkan sambal2
Makan Malam: Sebelum Jam 7:30 malam. Kalau boleh jangan makan nasi lagi. Makan nasi sekali sehari sajork. So malam makan yogat ke apa2 la. Asal kenyang je.

So dia cakap lagi, jangan tak makan. Kalau pun nak diet ke kan. Jangan tak makan. Cuma kawal kuantiti makanan lah. 

So saya akan try. Rasanya tak susah mana pun jadual pemakanan ni kan :)

Jadi. Isnin lepas saya hadir lagi untuk treatment saya. Dua treatment dalam masa satu hari. Tapi saya akan pecahkan entry kepada dua sebab sonang nak tunjuk korang supaya kita sama-sama tidak konpius hehehe
Treatment ni Nama dia HML - Homeopathy (lupa panjang dia apa hehe). Treatment ni ambil masa Satu Jam Setengah. Dan Khusus untuk perut jugak.

Ini saya tanpa korset.
Lemak di perut sudah kurang lalaalala

mode hepi is ON bebeh




Timbang dulu papehal.
Dorang kira berat dalam paun.
So Alhamdulilah tanpa diet dan tak kawal makan (teruknya saya), berat saya turun 1 paun.
LEGAAAAAAAA

Kebaikan HML

Sila baca untuk pemahaman yang mantop :)
Dah baca?

jadinya, HML ni bukan semata-mata untuk kuruskan perut sahaja. malah dia dapatkan seimbangkan kandungan gula dalam badan tau.


Ini Mesin SRS. Tak boleh tunjuk penuh. jadi saya tunjukkan pada korang nama dia je. hehehe Skin Rejuvenation Solutian.


Sebenarnya benda ni fungsi dia sama dengan yang rawatan cina yang cocok2 jarum tu. Yang akupuntur tu la. cucuk sini cucuk sana. Macam cerita kungfu yang kita selalu tengok tu. Tapi sebab bila dengar jarum je semorang pun seriau kan. Tidaklah ku sanggup hehehe.

So ini dia rawatan akupuntur tanpa jarum i tell u.

cara dia buat adalah pakai benda ni.
Ada dua botol mcm minyak la, saya tak ingat nama dia. So dia campurkan2. So mcm ada ramuan la. Dia akan sapu minyak/air tu kat satu titik/kawasan. Pastu apply benda kat atas ni pun dia urut dalam bentuk bulatan. Pastu buat kat titik2 lain pulak. satu badan la.

Lepas tu urut perut dalam bentuk bulatan pakai stick tu jugak.

Then barulah urut pakai tangan di bahagian perut menggunakan Fire Cream. Jangan takut. Nama je Fire. Tapi tak la Fire terbabomm hahaha.

Oyye saya suka dengan lenglui yang buat treatment untuk saya tu :) harap2 takkan tukar orang sampai habis semua treatment saya hehe.

ok Setel satu treatment yang santai sangat. Jangan risau untuk treatment ni tak seksi lah sangat. Sebab Badan adalah cover, yang tak cover adalah perut sajork.

Ok jumpa NEXT entry ya



dapat tak saya capai target dalam masa 30 hari?


Bloggers 30 Day Challenge

KakJem dengan rasa rendah diri nak mintak korang VOTE kan KAKJEM aka VIRUSPADU kat page MARIE FRANCE ye
Dia boleh Vote sorang sekali je tau. Sebab tu korang semuaaaaaaaaaa kena vote tau hehehe
Langkah-langkah
1. LIKE page Marie France
2. Klik Gambar VIRUSPADU
3. KLIK VOTE

Korang memangggggg baik.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^