Salam Ramadhan,
Sedar tak sedar kita dah masuk ke ramadhan minggu terakhir. Pantas benar waktu berlalu. Diawal-awal ramadhan ramai diantara kita berkira-kira untuk berbuka nanti nak makan apa? Param (Pasar Ramadhan) mana nak pegi? Sahur nak makan apa? Bila dah masuk minggu-minggu terakhir pulak, ramai berkira-kira bila nak raya? tema baju raya warna apa? berapa duit raya nak bagi? nak tukar langsir baru la kereta baru la malahan rumah baru.
Di dalam kita bergembira, sering kali kita lupa kepada mereka yang serba kekurangan. kepada orang-orang miskin. Kepada anak-anak yatim. Dan kepada ibu-ibu tunggal.
Ramai dikalangan mereka tidak dapat berbuka dengan sempurna. Macam kita :( Ada yang hanya berbuka puasa dengan segenggam nasi dan sepotong ikan kering sahaja. Malahan ada juga yang beralaskan air kosong. Sedeyyy.
Jika sekarang kita berkira-kira untuk menukar serba serbi dengan yang baru, bagi mereka pulak sedang berkira-kira untuk mencari baju mana yang masih boleh di pakai lagi. Kalau ada sedikit compang camping mungkin boleh dicuci bersih atau koyak kecil ditampal agar masih utuh.
Sesungguhnya, golongan sebegini Allah s.w.t memandang mereka dengan sejuta janji kebahagiaan hakiki.
Untuk berkongsi Rahmat keselesaan yang kita miliki ini, seharusnya kita berkongsi dengan orang -orang yang memerlukan. Mereka amat memerlukan bantuan dan sumbangan kita.
Alhamdulilah. Syukur Ya Allah. Saya diberi peluang oleh Mamee Double Decker Group untuk bersama-sama meraikan mereka yang serba kekurangan dengan berkongsi sedikit dari rahmat Allah sempena bulan Ramadhan dan Syawal ini. Saya telah diberi penghormatan untuk memilih Rumah Kebajikan untuk berkongsi kegembiraan. Rumah Kebajikan mana yang saya pilih???
Asrama Baitul Ummah
No 33, Jalan 3D/6, Taman Stapak Indah, 53300 KL
En Abudl Rahman: 019 6343786
Saya bersama Mamee akan bersama-sama pada 25 hb ini (khamis) mengunjungi mereka dan memberikan barangan keperluan serta berbuka bersama :)
Siyes tak sabar.
Ya. Saya sebenarnya bila teringatkan hari saya bersama mereka nanti. Dada saya berdebar. Cemas. Bagaimana agaknya keadaaan anak-anak di sana. Saya akan cuba menahan air mata ini dari menitis jatuh ke bumi. Bagaimana mereka menyambut syawal kelak tanpa keluarga :( Bagaimana mereka ...... Terlalu banyak yang difikirkan. Sedangkan saya yang berbuka puasa sendirian kat rumah pun dah rasa down sangat. Inikan....
Bila terpandangkan anak-anak yang tak punya ibu bapa. Tak punya tempat mengadu. Tak punya tempat mencurahkan kasih sayang. Hidup kesorangan. Tiada siapa yang marah "JANGAN..." .............. (mati kata-kata...)
Terima kasih Mamee Double Decker Group. Peluang ini saya akan semat dalam hati.
Mamee brand siapa yang tak tahu dah lebih 40 tahun berada bersama-sama kita. Siapa yang tak suka makan Mamee?. Semua suka kot :p Sekali makan memang tak boleh berhenti. Kalau saya pun sekali beli tak boleh sikit-sikit. Tak puas. Antara jajan yang mesti beli kalau stock kat rumah dah habis.
Acicot dan Anonoi suke la tu dapat mamee
Yang paling penting MAMEE ni sememangnya HALAL dan telah terbukti. Sekiranya korang semua masih ragu ragu (ye ke halal?? ye ke halal??) , boleh melayari laman web berikut dengan mengikuti cara-cara berikut:
2. Taip Pacific Food Product Sdn Bhd
3. Pastu klik kat Tab Syarikat
4. Klik icon sebelah date utk lihat senarai HALAL by MAMEE)
Bulan puasa ni teringat Mamee, slurppp... sedapnya. Terbayang kerangupannya dalam mulut :p hahaha. Siapa yang dah terbayang sekarang, maka balik ni sila singgah beli. :p
Mamee Monster
(saje letak gambar banyak-banyak supaya korang telan air liur hahaha, nakal kakjem ni)
Mamee untuk bukak puasa :p cepat dan pantas dan kenyang dan puas hati.
terus terbayang mawie bila tengok kari berapi.
Juga stock Mamee "makanan cepat boleh makan" ini wajib ada dalam rumah. Saya pasti korang jua seperti ku. Kan kan kan. Asal lapar je, mesti cari mamee dalam cawan. Kekadang kat opis pun ada jugak bekal Mamee ni. Siyes weiii petang2 mesti lapar. Pernah sekali saya rindu nak makan, tengah malam pegi keluar beli kat kedai doplohpat jam haha.
Tengok, ini kenangan masak mamee dekat office. Dan makan dengan tak memikirkan orang lain hahaha. Daripada entry lama saya =)
so waktu lunch pun kecoh-kecoh riuh rendah la, yang mana potong ayam, yang mana potong hotdog ntah apa benda lagi diorang buat. saya ada diskusi dalam bilik meeting. Habis2 meeting je tahu2 dah siap dah. yahoooooooooo I gumbira kerana berjaya mengelat tak tolong masak hahaha tolong makan tu harus.
tu diaaaaaaa... giler meriah dengan bahan-bahan. sedap tak boleh blah. sampai sekarang teringat2 okeh
ayooook sedap seperti halilintar memecah bumi.
"alamak nak tambah lagi boleh ke?" ~kata puan su (ceh nama formal)
"boleh, tambah je la" ~ kata puan zai (yekkk zai)
"jap nak tambahlah"
"tgk kalau banyak lg, saya nak tambah jugak"
Osah sedap.
Selain daripada produk Mamee kat atas, Mamee Double Decker Group jugak offer pelbagai produk snek (snack to beverage) seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen. Banyak kan. Yelah dah 40 tahun kan, harus la pelbagai dah produk Mamee ni. Ok, sekali lagi... yang penting HALAL. kan kan kan.
Akhir kata, saya nak ucapkan terima kasih kepada Mamee Double Decker Group kerana memberi peluang manis ini. Saya berasa amat bertuah diberikan kepercayaan untuk meraikan saat-saat kegembiraan ini bersama mereka yang benar benar memerlukan. Semoga rezeki ini dapat dikongsi bersama.
Nanti kita makan Mamee sama-sama ye.
TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH