Friday, September 30, 2011

Kakjem dan Maybelline

Sila nonton. Ini Video saya mekap menggunakan produk Maybelline. Pagi tadi buat kul 1 pagi. gigih. Baru sudah upload ni uols. Maka siapa dah tengok adelah dipaksa untuk like entry ni hahahaha tanda penghargaan kat kakjem menunggu sepanjang malam. Harap video ni tak tersekat2 ye. Maafkan juga atas kualiti gambar yang tak memberi kerjasama :p







Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Thursday, September 29, 2011

HETCHU

Sebelum maklangkainpelekat berahi marah kat saya, lebih baik saya cerita sekarang. Dah la cerita pasal teksi dari dulu tak sambung2 hahahaha...

Ok mcm ni. Pagi tadi saya update status saya "HAHAHA... perbuatan paling bodoh saya buat tadi."

Saya la rasa benda tu bodoh, kalau ada yang anggap perbuatan tu pandai memang la pelik :p 

Macam ni tau.


Pagi tadi la dalam pukul 8.45 pagi macam tu, tetiba saya dapat call. No fon ntah sape2 la kan. So saya angkat je tak tengok sangat pun


"hello, puan zaimah"
"ye saya"
"Puan punya sijil untuk bla bla bla, ada pada saya, boleh tolong ambil sekarang"
"ok boleh, kat mana tu"
"puan naik tingkat 8 sekarang boleh?"
"ok, saya kena jumpa siapa?"
"jumpa saya, ila"
"ila wing belah mana? kiri ke kanan?"
"takpe, puan terus pegi kat kaunter"


saya pun apa lagi, terus pegi naik tingkat 8. lalu pandang kiri pandang kanan. dua2 ada kaunter. ni kat mana sebenarnya ni. pelik sungguh. so gamble la. terus pegi mana2 kaunter. tanya.


"ada orang nama ila tak kat sini?"
"ha ila, takde siapa nama ila kat sini"
"ok kalau takde ila kat sini, maybe wing sana la kot ye"
"wing sana pun takde orang nama ila"
"tp tadi saya dpt call, ila tu suruh saya naik tingkat 8 ni amik document"
"cuba call ila tu balik"
"ok takpe, terima kasih ye"


giler malu ok. geram pun ada. ni siapa mainkan aku ni. nak kena sepak dengan kakjem ke apa. (cea cea ganas la tu konon)


turun2 saya terus tgk no fon yang call saya


09 xxx xxxx


whattttttttttt 09. adoi bengangnyaaaaaaaaa


geram lalu call balik no tu. terus cakap dengan ila tu semula


"ila awak suruh saya naik tingkat 8 tadi, awak tu sebenarnya kat mana?"
"saya kat terengganu"
"awak tahu tak saya kat KL ni???"
"maaf, kalau mcm tu, nanti saya poskan sijil tu"


hahahaha sukatik ko je kan ila. sukatikkkkk sangat


terkena kakjem hari ni


HETCHU!







Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Dont Play Play... XPLAY

Mode Party: ON.
Mode Sleep: OFF


Wazzap wazzap... Kakjem In the Hauzzz... Kita rendahhh je.
~feeling peserta AF :p

HAHAHA... sengal kan.

Baiklah. Oleh sebab mood party dah on. Maka marilah book kalender korang. Sebab XPLAY Party sudah bermula. Pastikan korang FREE ye :p

Tarikh: 22 Oct 2011
Masa: 7 petang sampai malam
Tempat: Helipad, Sepang International Circuit


Sebab apa korang kena pegi??? Ada DJ yang sangat glamer dikalangan DJ-DJ seantero dunia ok. Kalau jumpa harus snap gambar pelbagai aksi dengan dia. Glamer tuuu.

The One, The Only - Paul Van Dyk

Dan ada juga


dan lain-lain seperti Terence C, Darkroom Tale, MisterAriffin


Gabungan DJ-DJ hebat ni, saya rasa XPLAY Party ni pasti akan lebih bergegar kan. *cocokbintang*

Maka? Mahu Pergi? Mahu Tiket FREE? Mahu??
1. Kalau korang adalah Xpax atau U.O.X member, just reload :p
a. register dengan send XPLAYPVD ke 28881
b. Reload RM50 ye
c. Kamu akan dapat mobile voucher redeemable untuk 1 tiket FREE

Senangkan tiket dia, takyah susah2 nak beratur mcm beli popcorn pun.

2. Langgan Instanet Monthly sebanyang RM50/sebulan. Kamu berpeluang untuk menang 2 Tiket (sementara stok masih ada ye. www.instanet.com.my

3. Kalau kamu pengguna Celcom Broadband, aktifkan Musicube dan berpeluang juga untuk menang 2 tiket (sementara stock masih ada) - check sini  www.celcom.com.my/broadband

4. Download pekej XPLAY special daripada THE CUBE atau klik WAP site dia, bisa berpeluang memenangi 2 VIP pas yuhuuuuuuuuuuuu







Jadi tunggu apa lagi uols. kita kasi GEGARRRRRRRRR...


Oyye, jangan lupa ye 8 oktober 2011 ni di Bed Club, Kota Kinabalu. Ada DJ SHY uols. DJ Shy ni adalah first on air female mixer untuk America's Top 40 radio station. Canggihhhhhhhhh.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Wednesday, September 28, 2011

Open House Maxis

Open house maxis ni meninggalkan seribu kenangan dalam hati saya sebenarnya. Sebab saya balik awal pastu rossa datang. HAHAHAHA... kalau jejai tipu ni siaplah dia hahaha.


Tak banyak cerita untuk dikongsikan selain daripada jalan jem masa perjalanan. Makan dan makan. Dan sembang-sembang lalu pulang kepangkuan keluarga :)

Baru sampai, jumpa jejai dan cik lily :p . Memang ini je pun blogger yang ada hahahaha. Depa dua frust sbb tak bawak partner wakakaka. Kasihannn... saya sorang je suka2 hati bawak en.badang. Well.

Sempat buat peace. 

Bukti sampai awal, tengok jam tu. Nampak?

 Kakjem tengah call siapa tu? Tengah tunggu siapa tu?

 




Ini la Yuen Yee, Nuffnang yang saya nanti2 kan itu. Muka bersih je.





Saya nak cerita banyak pun tak tahu. kat sana pun saya banyaknya diam je. pastu  saya boleh makan apa je pun kat sana. Amik nasi impit dengan kuah kacang je. pastu makan desert sikit. Pastu apa lagi. Challoh. Kul 9 mcm tu saya balik. Lepas tu rossa datang. HAHAHAHA... ye ye je rossa si jejai ni. Sikit eden tak cayooo.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-8

Macam tak percaya, kalau dikira-kira pakai semua jari di tangan dah hampir terpakai semua jari untuk kira tahun anniverseri saya. Lagi 2 tahun habis dah semua jari ditangan. lagi 5 tahun kalau nak kira pakai jari jugak kena pinjam jari nisa sekali :p

Lapan tahun usia perkahwinan ini. Alhamdulilah. Syukur Ya Allah kerana kurniakan kami kebahagiaan yang berkekalan.

21 September lepas, saya masih di INTAN. berKursus. Memang tak menjangkakan apa-apa kejutan dari suami. Saya juga tak prepare apa-apa hadiah jugak. Minggu yang super bizi saya rasa. Laki bini berkursus dan anak-anak dipeRANTAUan.

Malam sebelum, en.laloque BBM saya

"Esok papa pegi sana, kita celebrate aniverseri nak?"
"Takpe ke? papa kan kursus?"
"Petang nanti habis, papa terus pegi sana"
"Takpe ke papa? Tak payah pun takpe, kita celebrate weekend je pun takpe"
"Weekend ni kan bizi banyak hal, dengan ma ada bla bla bla lah, lepas tu kena pegi situ sini... bla" ~membebel hahahaha
"oh ok ok, tapi tak susahkan papa ke datang ni, betul la ma tak apa-apa pun"
"takpe lah, nanti papa datang"
"ok betul takpe ye?"
"kenapa ni mama?"
"Saje je buat-buat sopan HAHAHAHAHA"

Dapat bini macam jemah ni memang kena banyak sabar ye. Saya sebenarnya suka melampau tapi saje je buat2 serba salah hahahaha. lalalalala well u noe me marrr...

So petang itu, kitorang pun berdetingan dekat MidV kat Tony Romas. En.laloque sebenarnya tak sihat. Tengok muka dia kurus sangat. Batuk tak henti-henti. Kalau tahu dia tak sihat macam ni. Memang saya tak kasik dia datang. Siyes muka pucat, mata macam tak boleh bukak. Mesti drive kereta melelong2 ni. Alahai suami.

Muka saya juga tak semenggah, baru habis kelas dan terus jumpa en.laloque. Dah macam muka without makeup event maybelline je hahaha :p



 

Kitorang lepak kat sana tak lama. Lepas makan terus pulang. Sebab kesiankan en.laloque yang batuk tak berhenti tu lah. Kalau ikutkan hati saya ni, maunya saya nak menyinggah tengok kasut dulu ke baju ke apa ke kan. Dah alang2 sampai midV kata ko kan.

Terima kasih suami atas kasih sayang ini.
Terima kasih atas kejutan ini
Terima kasih atas segalanya.
Minta maaf atas kekurangan isterimu
Minta maaf atas segalanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 8 Sayang.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tuesday, September 27, 2011

Open House Green itu Apple

Sambungan daripada entry Maybelline. Make over katanya padahal sendiri mekap diri sendiri dengan agak comot jugak sebenarnya tu. Tapi mungkin teknik pencahayaan membantu nampak macam agak kemas sikit. Tapi sebenarnya kalau tgk bebetul tak kemas langsung solekan saya tu. Tapi takpelah baru belajar ye tak. Sendiri kutuk, sendiri pujuk diri sendiri balik. Tahpape. :p

So balik daripada event maybelline, saya terus sederap ke Open House Diana Green Apple yang sangat fofuler itu. Kelassssssssss tau. Member2 yang tahu je saya nak pegi open house Di, ramai je yang kirim salam hahaha. Tapi sampai2 sana saya lupa nak kirimkan salam. Sowiii... "Di... oh Di... Member I kirim salam kat U lah. Dia silent reader you paling setia sekali" hahaha...

Siyes rumah dia besar dan cantik. Siyes. Walaupun saya tak pusing sampai belakang hahaha giler ke apa ke kan. Saya jeling2 sikit je. Yang sikit punya jeling tu pun dah cantik dah wei. Suka betul saya menengoknya.

So sempat cemolot sikit2 aje la, makan-makan yang sedap. lalu terpaksa mintak diri sebab dah semalaman tak jumpa anak-anak. Rindu giler ok. Lagipun badan keletihan :p

GreenApple dan Viruspadu
Saya sebenarnya tak selesa sebab saya pegi rumah orang dengan mekap macam tu kat muka. Saya rasa macam tak sesuai mekap dengan majlis hahaha mcm over sangat kot :p. Pastu siap ekplen kat Di hahaha. Pastu terasa poyo. Apsal aku ekplen lak ni hahahaha. Dan sempat jugak saya jumpa beberapa blogger lagi kat sana kan. Sempat la beraya compipi :p

Apa pun, tengkiu green Apple sebab jemput saya. (dasar malas nak taip lagi)
dan akhir kata, kenapa rumahmu lawa sangat? (bunga2 cemburu hahaha)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Monday, September 26, 2011

Maybelline New York Fashion Week Workshop

Baheklah. Mari la kita menyambung entry tadi. Dikuatiri kalau dibiarkan akan memudaratkan banyak pihak hahaha. Banyak pihak tu sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Sebab saya mungkin akan terlupa fakta dan juga auta. Auta yang lebih sebenarnya.

dan title entry adelah kopipes title entry ceera hahahaha. Sengal kan. Itupun nak tiru :p

Ok kita dah sampai mana tadi?

Ha muka without makeup kan kan kan. Oyye. Boleh dikatakan semua yang hadir adelah datang dengan muka gonjeng :p. yelah kan kitorang semua adalah terlebih eksaited sudah ok nak mekap gojes2 kat sini. Apahallak kena mekap kat rumah pulak. Tak seswaiiiiiiiiii...

Kitorang satu meja ada 6 orang. Korang kenal? semua adelah blogger yang cantik manis :p (eh mcm nak cakap termasuk diri sendiri yang cantik manis? #muntah)

Semua

Ramai kan blogger. Best. Masa ni la saya ambil peluang untuk kenal blogger lain. Tapi tulah. Saya ni dasar berat mulut kan. :( Memang nak sembang tp mulut... ish macam ada emas intan berlian. Tapi bila nampak kamera tahu pulak kau senyum melebarkan kakjem kan... :p



 Saya antara yang terawal jugak sampai. Awal tak awal la. Masa saya sampai tu bilik ni tak la ramai sangat orang. Mujur lah sebelum sampai dah makan siap2. Sekali tengok makanan yang disediakan. Peh meleleh wa cakap sama lu. Tapi takpe lah. Mek dah makan dah :p

So dipendekkan cerita, event pun start. Ini adalah seorang mekap retis pro dari maybelline. Memang pro cara dia mekap. Supsapsupsap je dah cantik dah model dia. 


Saya tunggu je bila la dia nak tanya ada siapa2 nak volunteer nak jadi model. Berdesup saya angkat tangan hahahaha tipu :p Mana la saya berani nak jadi volunteer kan. Nak bercakap dengan orang pun payah inikan plak nk angkat tangan hahaha.

Kitaorang ditunjukkan 4 cara untuk mekap tau GI Jane, Sexy Starlet, Party Princess and Mystery Maven.

Yang ni Sexy Starlet

GI Jane

Mystery Maven

Satu lagi lupa nak snap hahaha. Sukatik ko je kakjem :p


Maaflah sebab dalam gambar ni mcm tak berapa nampak beza kan. Ntah la acik tak pandai nak setting kamera en.badang ni. Belasah aje la labu. Kalau komen en.badang snap gambar saya reti lah :p

Dalam ke empat2 style ni saya paling minat Sexy Starlet. Bukan sebab nama dia seksi ye. Awas! Tapi saya memang gemarkan mekap yang nampak pucat macam tu. Macam stylo giler saya rasa :p

So selesai sesi mekap2, kita diterkejutkan dengan kemunculan Amber Chia. Walawehhhhhhhh dia ni memang penyeri wa cakap sama lu lah. Tak tipu punya. Dia baik dan sangat mesra. Dia ajar cara2 nak jadi model. Ajar cara2 nak posing baik punya depan kamera. Macam mana nak nampak lebih gojes dalam gambar.

Korang tengok dia posing. Macam mana pun cantik je kan

Buat muka geram pun cantik. OMG. Jeles ahkak

Tiba2 saya dan ceera berasa gemuk sekali bergambar dengan dia hahahaha... lepas ni taknak dah amik gambar dengan dia. Sentaphatimaknak

Lepas tu break kejap la. Untuk kasik can siapa2 nak pegi toilet ke apa ke kan. 

Masuk2 balik tengok satu beg kertas penuh dengan mekap maybelline. Terbahekkkkkkkk... Terus keterujaan melampau.


Kitorang diberi masa 30 minit untuk mekap. Apa lagi macam lipas kudung la kitorang mekap katanya. Dengan plastik mekap baru nak bukak segala. Pastu kitorang pun membebel2 la masa mekap.

"alamak tak cukup masa ni, nak bukak plastik ni pun dah limablas minit" hahahaha... biasalah kan cemas terlebih. cemas tu satu hal. nak mekap cantik2 satu hal. takut orang lain mekap cantik sangat pun satu hal jugak. dasar dengki hahahaha

Ok, seperti yang korang jangka, saya semestinya memilih Sexy Starlet. Sebab kitorang kena pilih satu jenis yang kita minat. dan apply kat muka sendiri. Siyes dah la saya tak reti. Dengan masa yang ada cuma 30 minit. Belasah aje la labu.

Berbincang dengan ceera mcm mana nak pakai foundation :p

Bedak untuk cover jerawat di dagu wtf



dannn........

















hasilnya










saje buat saspen hahaha... padahal kat fesbuk dah belambak muka saya :p






TADAAAAA... hasil yang tak seberapa... Amacam ada beza??? Ada nampak seksi? hahahaha wtf

zoom sikit lagi
jerawat di dagu jangan dilupa :p #pitam

SAY NO TO CHAP LIPS.

terus muka masing-masing No No No No No hahaha comel giler. Iza paling comel saya rasa hahaha



Hasil mekap saya dan ceera
 
Kitorang dengan madammondoq


Lagi dengan ceera. hahaha... sebab masa ni event dah habis dah. Kitorang tengah gedik2 snap gambo je yang lebihnya

Dengan iza :p

With cik epal dan maria elena :)


eh banyak la plak. :p sbb dorang ni lawa sangat sbb tu la kena amik gambar banyak2 hahaha


Dengan thara tidak dilupakan :p

With All. Suka giler dengan gambar ni ok. Suka melampau.

Dengan cik epal lagi :p


Ok dah. Tu je.

Sebenarnya saya tak tahu nak komen apa sangat sebab saya adelah banyaknya diam. hahahaha.. Well u noe me marrr :p . Pertemuan kedua ketiga biasanya baru nampak mulut saya ni bergerak dengan pantas :p

Ok nantikan, saya insyaAllah akan buat video saya mekap tau. Nanti lah. InsyaAllah. Kalau masa dan keadaan mengijinkan. Tapi saya pun baru belajar mekap. Osah comot mekap saya nanti. Kalau buruk harap maafkan ye. InsyaAllah nanti saya share ye.

Tata.

Terima kasih semua kawan-kawan.
Terima kasih nuffnang
Terima kasih maybelline
Terima kasih suami (tetiba termasuk dalam senarai).

Ok tata sekali lagi :p




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Hadiah Hari Lahirnya Apa?

Sebelum saya terlupa.

Ok hadiah apa? hadiah macam mana?

Rasanya hari tu dah cerita sikit-sikit kan. Tapi tak cerita beria-ria. Ok ni nak cerita versi beria yang sikit-sikit. Sebab gambar adelah sikit (tp malas nak letak) dan muka cuka hahaha. Muka cuka tu bukan sebab tak suka ok. Ok ceritanya cenggini.

Hari lahir saya adelah hari Jumaat. Bersamaan hari cuti. betul. remember?

Maka, pagi-pagi lagi en.laloque dah cakap yang 

"ma, malam ni kita celebrate besday mama kat KL Tower nak?"
"ok, nak"

hahahah senang je jawapan bini dia kan. memang jawapan dia nampak sikit, tp muka eksaited tak boleh blah ok. well dari dulu teringin nak pegi sana kan. pernah sekali kitorang nak booking sekali pegi sana pakai seliper. jakun sangat hahaha. hetchu.


Tiba2 petang sikit, en.laloque call yang tak dapat nak booking kat situ. Ada problem management ke apa ntah. Ntah la acik tak faham. So dia kata booking kat tempat lain je. Saya tak kisah sangat makan kat mana-mana pun sebenarnya. Asalkan bersama orang yang tersayang. Itu cukup memadai bagi saya. 

Ok plannya jadi macam ni patutnya.
Saya balik naik bas, pastu en.badang jemput dalam kul 6 gitu. So bersama2 berpegangan tangan dalam kereta (kena bgtau? hahaha) menuju ke KL tower (tp dah berubah tempat).

Ok itu plan asalnya.

Di suatu petang yang hening. Hujan turun dengan renyai. Bas juga lewat. Jalan agak jem. (bukan agak tp memang osah jem la kan, esok cuti katanya)

Maka, saya mencongak2 dalam kepala. Kalau bas lambat seminit pun. Biasanya efek dia ganas jugak. Maybe saya sampai Seremban jam 7 petang. oh lambat sangat kalau mcm tu, sbb nak patah balik ke KL. Booking kul 8 malam kot. 

Terus call en.badang bgtau bas lewat, dah kul 5.15 kot bas pun  x datang lagi. So plan pun berubah.

saya call uteh suruh jemput saya, so en.badang terus turun KL.

"Uteh ko kat mana, jemput andak boleh?"
"alaaaaaaaaa... kita nak gi makan dulu, lapar lah"
"alaaa amik la andak dulu"
"andak nak pegi mana?"
"nak pegi makan"
"alaaa kita pun nak gi makan jugak"
hahahaha sian uteh, saya bajet dia ada deting dengan awek dia. Tapi kakak kesayangan punya pasal, dia beralah jugak la. datang jugak jemput saya.

So plan berubah lagi

Uteh jemput saya, bawak ke KLCC, so en.laloque jemput saya kat KLCC.

Petang tu makin hujan. Maka saya merempit dalam gerimis. Memang sejuk toksah cakap. En.badang mengalami kesukaran dalam pekerjaan hahaha. Hetchu. Dia patutnya ada food testing ke apa ntah. Bos besar tak sampai2. Kesudahan dia kul 6.30 ke apa baru bergerak dari seremban ke KL.

Jadi boleh bayangkan sekarang? 

Pukul berapa baru dua hati dapat bersatu???

Saya sampai KLCC awal jugak. 7 lebih macam tu. Perut lapar. Makan dulu dengan uteh. uteh siap makan nasi ayam penyet, saya siap order satay. hahaha. ni canne nak makan dengan en.badang nanti kang. Makan satay pun dah giler kenyang dah wei. 

Tunggu lagi.

Tunggu lagi.

Tunggu lagi.

8.00  malammmmm

8.15 malammmmmmmmmmm

8.30 malammmmmmmmmmmmmmmmm

8.45 malammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

nak dekat kul 9. 

013xxxxxxxxx

"hello mama"
"eh papa"
"ma keluar kat exit yang ada coach tu, papa tunggu kat situ"

"papa pinjam phone siapa ni?"
"public phone ni ma, phone papa abis bateri"

lol


nasib baik uteh temankan saya sepanjang saya tunggu en.badang. Dengan badan belengas kena hujan segala. Penat menunggu. Saya sebenarnya tak berapa pasti nak bengang atau nak marah atau nak suka atau nak apa. Bengang sebab tunggu lama? Bengang sebab plan tak menjadi?

Ntah.

Sebab kesian en.laloque pun ye jugak. Plan dia semua jadi kelaut. Tapi saya tahu dia berusaha sangat. Dan usaha dia buat saya tersenyum. Jalan jem kan. Siapa yang jangka. Tapi walaupun sebenarnya memang jalan jem telah dijangka :p

Saya masuk kereta dengan muka yang ... hahahaha ntah la. memek muka yang tahan sabar tunggu lama dengan cuba memberikan senyuman paling manis. Ok boleh cuba bayangkan :p 

Kitorang sampai ke destinasi yang dituju jam 9 malam. Persembahan tinggal persembahan last. Makanan buffet. Apa yang tinggal tu la ko ngap. Suasana bising. Maka sila bayangkan keadaan itu ye.

Maka berbalik kepada perkara kat atas, muka cuka. bukan sebab saya tak suka. Tapi sebab macam2 benda berlaku, walaupun cuka tapi tetap comel kannnnnnnnnnnn...

Tapi walau macam mana pun keadaan masa tu. Sambutan besday kali ini juga meninggalkan seribu kenangan manis bagi saya.

Terima kasih suami atas hadiah bunga itu. Punya suami seperti mu adelah hadiah yang tidak ternilai.

<3





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Without Make Up

Entry tertunggak la macam biasa :p

Minggu-minggu lepas dapat call daripada nuffnang jemputan utk hadir bengkel Maybelline. Saya adelah double triple teruja ok. Yang pertama adelah event ni jatuh pada tarikh besday saya ohlala. Kendian adelah saya adelah sangattttttttt teringin nak hadir bengkel mekap-mekap ni. Siyes teringin ok. Almaklumlah sebelum ni kan saya mekap asal ado je. So tak pernah tahu la macam mana nak mekap dengan sebenar2nya betul. 

Maka namblas hari bulan adelah tarikh yang sangat dinantikan :p selain daripada bercotiii dan menanti hadiah hahahaha.

Nuffnang juga dah pesan yang, takyah pakai mekap dari rumah. Maka kitorang pun muka gonjeng-gonjeng aje la dari rumah. Tak pakai secalit mekap pun. Habis la nampak jerawat seketul di dagu. hetchu. Time ni la nak jerawat pun kan. Menggeramkan.

Seperti biasa, dihantar oleh en.badang penyelemat. HERO seumur hidup. :)
Ok, inilah wajah sembab saya, mata pun macam tak terbukak :p


ceera n me :p without make up


ok sambung nanti...

walaupun lepas mekap pun muka saya macam tu jugak sebenarnya. tapi takpelah. korang pura-pura saspen je lah ye hehehe.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^