Wednesday, November 30, 2011

Ombak

Rindu ombak
Rindu pantai
Rindu masa lalu

Karnival ICT Negeri Sembilan

Rindu giler kot dengan office lama saya. Sumpah rindu ok.

Kebetulan sangat en.laloque dapat invitation untuk hadir Perasmian Karnival ICT Negeri Sembilan ni. Dan dia ajak saya pegi. Dan terus saya nak ikut hehehe.

Kenangan giler ok Hari ICT Negeri Sembilan ni sebab dulu saya antara yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Masa ni la saya belajar deal dengan Media macam TV3, TV1, Radio, dengan... Jabatan Pendidikan, dengan Polis, dengan bomba, dengan ... SKMM dengan Telcos maxis digi celcom. Hurmmmmmmmm... masa ni jugak saya belajar macam mana nak handle event.

best gila kot.

Rindu kenangan tu.

Walaupun banyak giler keje, tapi puas hati bila event selesai dengan jayanya.

So disebabkan semua kenangan tu, dah rasa macam nak jumpa kawan-kawan lama. Gigih la saya datang teman en.badang. Angkut dengan anak-anak sekali :p

Perasmian.



En.Badang duduk kat area jabatan tengah-tengah nun. Saya pulak membawa diri bawak anak-anak duduk kat area tepi-tepi. duduk dengan opismate lama lol. Area urusetia. Best dapat jumpa yang ada. Terubat rindu rasanya. Dorang masih manjakan saya macam dulu hahaha ... manjakan ok. Dont play play. hahah :p

Anak2 saya yang "baik" sebab dorang susun pinggan yang ada atas meja, pastu kumpulkan sudu. lepastu sepahkan tisu. Malu sungguh omak kau tahu tak? Nak marah... tapi saya bimbang anoi akan menangis meraung. Dah la MB tengah berucap. hehehe.





Kitorang lepak sampai MB balik. Round-round sekali dua. Terus balik. Tengahari jugak kot. Balik rumah terus tido. hehehe...

Mekchu kenapa tak de... Lan kenapa tak datang... nak jumpa korang tahu tak???

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tuesday, November 29, 2011

The Best of Both Smartphone and Tablet in One

Adekah korang tahu yang (version wikiviruspidea) Celcom kini melancarkan Samsung Galaxy Note, the best of both smartphone and tablet in one. (hanya untuk pengguna celcom sahaja ok. Siapa yang tak pakai celcom, sila guna celcom dulu, kalau tak... memang melepas lah peluang keemasan ini)

 Gojes, nipis, mempersonakan, gaya keunggulan 
Samsung Galaxy Note


Kelebihan Samsung Galaxy Note ni apa? 
Ok selain daripada dia canggih tak boleh blah! Dengan Samsung Galaxy Note ni, korang boleh amik nota dengan mudah giler ok. Senang nak buat jadual, nak plan jadual. Sebab tu nama dia galaxy Note kan. Pastu nak main game toksah cakap la, install ajo lah. Anitaim boleh main dengan syioknya.

Lagi yang syiok adalah Samsung Galaxy Note punya kelajuan prestasi tinggi dengan Android 2,3 Gingerbread dan dwi-teras pemproses 1.4GHz. pastu  boleh ambil nota dengan mudah dan cepat dengan S Pen stylus. Kamera dia ada 8 mega pixel belakang dan depan kamera 2MP dan boleh save kerja-kerja or aplikasi ke game ke memori dalaman 16GB, upgradable untuk 32GB dengan microSD.

CELCOM IS LAUNCHING THE SAMSUNG GALAXY NOTE! telah bermula pada  11 November 2011 kat Pavilion KL (La Bodega); JUSCO AEON Tebrau, JB; Queensbay Mall, Penang. So... Meh tengok apa yang celcom boleh bagi best plans dan deals untuk korang ...

Kini dengan Plan Celcom Exec korang boleh didapati dari serendah RM1, 368. Daftar untuk Nota Galaxy Samsung dengan pakej terbaik dengan rangkaian terbaik:

Samsung Galaxy Note
RRP : RM2299
Celcom Exec 50
+ Celcom
Broadband mBasic
Celcom Exec 50 + Celcom Broadband mAdvance
Celcom Exec 250
Monthly commitment
RM88
RM108
RM250
Data volume
1GB
3GB
5GB
Upfront payment
RM300
RM300
RM600
12-month contract
RM1,818
RM1,778
RM1,668
18-month contract
RM1,748
RM1,698
RM1,368


Tak rugi kot, Celcom memang dah diakui merupakan rangkaian terbaik kat Malaysia ni. Rangkaian meluas kat mana-mana tempat kat Malaysia ni. Dalam bangunan mahupun luar bangunan. Celcom menawarkan rangkaian kualiti yang terbaik, sama ada mesej, panggilan suara, panggilan video, melayari web, e-mel, dan dan video streaming dengan sambungan stabil. Yang paling penting Celcom memberikan plan terbaik dan kita semua mampu dimiliki yang sesuai dengan keperluan kita kannnnnnnnnn.

Keterangan lebih lanjut pakej-pakej Samsung Nota Galaxy dengan Celcom klik http://www.celcom.com.my/smartphones

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Monday, November 28, 2011

Sekadar gambar

Ni antara gambar-gambar dalam iphone saya, percutian di melaka. Terima kasih tuan rumah atas layanan yang super best itu. Terharu.

Saya dalam kereta ontheway balik ke seremban. Tak sabar nak sampai rumah sendiri. Rindu kat bilik sendiri. Rindu kat katil sendiri. Dan rindu nak tengok 393 cerita korea hahahaha.

Esok kerja. Dan esok saya punya mesyuarat. Dan esok saya plan nak puasa. Jom. Siapa nak puasa sama-sama dengan saya?

Entry penuh percutian later-later ok. Tata.

Sunday, November 27, 2011

Zoo Melaka

Masa untuk budak-budak belajar sesuatu yang baru :)

Saya Suka Aromanya

Macam mana raya haji korang? Banyak rumah gi beraya? Atau cuma duduk rumah je?

Raya saya tahun ni, juga biasa-biasa. Cuma kali ni lain sikit sebab saya bangun pagi sabtu (sehari sebelum raya) siap masak sup tulang ok. Sila la kagum dengan pencapaian kakjem ok. Bukan senang tu! HAHAHA.


Sup tulang adalah kegemaran en.Badang. Rasanya kebanyakkan korang memang dah tahu yang saya memang selalu (selalu dalam jarang-jarang) masak sup tulang atas permintaan suami. Dan sabtu tu selain daripada masak + makan + makan + makan + kemas rumah + mop lantai + makan + basuh pakaian + basuh garage bla bla bla. Hurm kedengaran sangat meletihkan kan. Kecuali part makan hikhik. Makan manade letih :p

Mengemas rumah, tertonggeng-tonggeng mengemop lantai sambil berebut mop dan penyapu dengan anak memang sangat menyakitkan pinggang (dan hati HAHA). Siyes sakit. Jarang-jarang bersenam juga seperti saya ni sekali buat kerja (yang boleh tahan berat) memang sengal-sengal pinggang ok. Tak menahannn...

Terima kasih dekat Tiger Balm Plaster ni. Memang sangat membantu. Tampal aje terus rasa lega. Saya la rasa lega banget. Dan saya suka pakai yang Cool Plaster dia. Korang tahu tak saya cerita pasal TigerBalm Plaster yang mana satu ni???

Pernah nampak tak TigerBalm Plaster? Ini packing baru tau. Ala kat farmasi macam Guardian ngan watson banyak tau. Kat hypermarket ada, kat supermarket ada, minimarket ada. Yang merah tu warm tau, yang hijau adalah cool. Ada dua saiz. Yang ni yang Small Size

Yang ni large Size


Kalau saya, saya suka pakai yang large la. Kalau nak tampal kat belakang badan kan. Lagi besar lagi bagus. Rasa macam satu belakang segar je. Saya beli kalau besar RM6.80 je. Kalau yang kecik tu RM5.20. Berbaloi la beli satu pack tapi dalam dia ada dua la. So kalau sakit bahu, boleh tampal kat dua-dua bahu. So balance la kan.

Tiger balm plaster ni dia lain daripada yang lain sikit. Maksud saya lain daripada plaster-plaster yang pernah saya beli sebelum ni. Sebab dia hydrogel kan sooo sangat selesa la kalau saya pakai. Sukeeee. Lembutnya bila touch dengan kulit kita.


Paling suka bau dia. Semerbak harum. Ntah la memang dari dulu saya suka benau dengan bau tigerbalm ni. Aroma dia wangi lain macam kan. Masa saya mengandung yang memang alah bau bauan ni. Tiba ke tigerbalm elok je pulak boleh bau hehehe.

Dan... Memang terima kasih sangat la dekat TigerBalm Plaster ni. Belakang sakit kemas-kemas rumah pun takdahal punya.

Korang tahu tak yang TigerBalm Plaster ni ada formula yang unik yang boleh memberi kelegaan berterusan untuk sakit otot.

Longer, Lasting and Unique formula


Kakjem... bila nak pakai warm, bila nak pakai cool?

Warm Plaster
Biasanya  kalau sakit yang betul-betul sakit (chronic pain) macam arthritis ngan rheumatism

Cool Plaster
Kebiasaannya cool plaster digunakan kalau otot saya tak selesa macam muscular strain, sprain dan sakit belakang. Ala-ala sengal-sengal gitu. Ala-ala kalau tengah mop lantai lepas tu sakit belakang ku. Wah sesuai sangat ok.

Pack baru untuk tatapan yang lebih jelas.

Depan.

Belakang

cara-cara pakai TigerBalm Plaster. Maafkan atas diriku yang selekeh itu. Kakjem tak penting dalam video yang penting adalah cara-cara nak pakai plaster. Ecewah. Ayat kaver aje.


Adhesive Backing Sheet


So korang dah tengok video kat atas tadi. So saya zoom kan plaster. So bahagian yang melekit tu adalah di bahagian atas ye. dan tampalkan je kat tempat yang kita rasa tak selesa tu



Kelebihan Adhesive...
Jenis material dia adalah non-woven, so material dia macam jarang-jarang dan baik untuk pengudaraan dan boleh ditarik-tarik (stretchable).

Dan ada Hydrogel plaster yang lasting relief absorp untuk beberapa jam, tapi bergantung kepada badan masing-masing la ye. mengandungi formula tigerbalm yang sangat unik dan bau yang sangat menyenangkan hati :p. Dannnnnn additional adhesive untuk membantu kuatkan lagi gam di kawasan-kawasan macam lutut, siku dan mana-mana joint area.

Antara info yang korang kena tahu
Setiap pack ada 2 units dalam tu. Pastu ada 2 variant, satu warm satu cool. Ada 2 saiz, satu small satu large. Senang? :P

Harga pulak kalau large adalah RM6.80 kalau small RM5.20.

Kilang ada kat singapura. Ermmm apa lagi??? Macam semua dah bagi tahu je...

Lepas ni memang kena simpan stock tigerbalm kat rumah. Nisa dengan anoi pun selesa dengan TigerBalm Plaster. Saya dengan en.Badang juga sama.

Terima kasih TigerBalm Plaster.

Tigerbalm Plaster ni mudah je nak cari kan. Berlambak-lambak kat Watsons dan Guardian. Mesti ada punya. Juga boleh dapatkan di farmasi yang berdekatan :).





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Cuti

Sebenarnya cuti panjang ni en.badang ajak bercuti cherating atau kuantan atau cameron. Tapi last minit kitorang tukar plan. Lagi best kalau bercuti ramai-ramai dengan keluarga. So ke melaka kita :)

So korang cuti gi mana?

Saturday, November 26, 2011

Karnival ict negeri sembilan

Saya di sini :)

Friday, November 25, 2011

Masterchef ... Korang suka yang mana?

Ingat lagi saya berjaya masuk ke Semi Final Blogger Masterchef... terbaikkan... Ingat lagi entry saya yang saya cakap betapa cemasnya saya bila saya kena masak. Memang tak ready ke apa semua. Saya masih lagi terbayang-bayang betapa cemasnya saya bila tengok menu utamanya adalah Udang. Lepas tu saya sorang je kot yang rasa blur habis. Tak tahu nak masak apa hehehe... hikhikhik...Tapi semua tu kenangan ok. Tiap kali saya teringat je mesti rasa nak senyum. Yelahkan umpama saya dapat mencabar diri sendiri la kan. :p

Kenangan saya masuk Blogger Masterchef
Bersama menu yang diberinama"very very very HOT spicy prawn"
Padahal langsung tak pedas kekekeke hetchu udang

So sekarang Masterchef Malaysia dah start kat Astro Ria kan. Harus la weiiiiiiiii saya tengok. Bila tengok je saya dapat rasa debarnya ok. Betullllllllllllllll... Dia punya debar bukan macam ko masak kat rumah tau. Padahal bukan tak biasa siang udang kan... bukan tak biasa potong bawang. Tapi kat situ benda senang pun rasa nak terkucilkutahanjebat tau. Dengan kamera nya, dengan juri datang meround buat spotchecknya. Giler kentangggggg. Takiuttt.

Sebelum apa-apa, saya bagi tahu korang URL yang korang kena tahu pasal masterchef. yangOfficial Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/ dan Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia dan Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

Sila LIKE dan FOLLOW sebab best sangat ok.




Rancangan MasterChef Malaysia boleh ditontoni di Astro Ria, channel 104 setiap Sabtu hingga Rabu jam 9.00pm dan MasterClass di StarWorld, channel711, Setiap Khamis, 9.50pm


Peserta kegemaran saya...

Ada dua :p ahak ahak. Dan dua-dua lelaki. eh (pandang kiri kanan HAHAHA) Ntah la... saya tak tahu kenapa dorang yang saya pilih dalam hati. Mungkin sebab keperibadian dorang mencuit hati saya kot. Meh saya kenalkan kat korang. Yang mana memang ikut masterchef kenal la kot. Yang mana tak ikut lagi masterchef sila lah berbuat demikian sebab kang susah kita nak sembang kang.

Yang pertama. SAIFUL
Rancangan memasak terutamanya yang ditayangkan di Astro menjadi sumber inspirasi Saiful untuk memasak. Beliau juga meminati rancangan pertandingan memasak seperti "Top Chef", "Iron Chef" dan "Jaguh Kampung". Melalui rancangan-rancangan ini, Saiful dapat meneliti teknik-teknik memasak dan mempelajari resepi masakan yang disediakan.


Masa saya tengok episod2 Masterchef ni, saya difahamkan Saiful ni seorang Penoreh getah tau. Tapi semangat dia dalam dunia masakan besar tau. Kreatif dia dalam masakan jugak besar. Saya tengok dia masak lalu dapat pujian daripada juri so saya kagumlah. Saya sendiri tak boleh masak macam dia. Muka dia rileks je. Tapi hidangan dia power beb.

Sesuai dijadikan menantu mak ni hahaha tetiba.

Yang kedua saya suka. BRIAN.



Penyakit kanser yang dihidapi ayah Brian tidak memutuskan semangatnya untuk terus maju. Malah situasi inilah yang mengilhamkan Brian untuk memasak masakan sihat dengan diet istimewa khas buat ayahnya. Tidak mungkin Brian terjebak dalam bidang masakan ini tanpa dorongan dan semangat daripada ayahnya.

Brian ni dari awal saya tengok, dia dah memikat saya untuk pandang dia. Sebab awal-awal dia antara yang tercorot la. Dia ni seorang internal auditor. Saya ni bukan boleh tengok auditor ni terus teringat en.badang. So ada bias disitu ahak ahak ahak. Dan brian ni punya prinsip "masak untuk kesihatan" kalau tak salah saya lah. So saya rasa dia sweet sangat. Dia tak suka menggunakan garam, gula, pak aji... dalam masakan dia. Hollohhhh3... geram je. sweet sangat niii

So saya harap sangat dua peserta feveret saya ni akan bertahan sampai ke akhirnya.

Kalau saya nak judge siapa yang bakal bergelar masterchef Malaysia pun susah. Sebab awal lagi kan. Maybe nanti kalau ada fastleaner yang memula tak menyerlah, hujung2 dia yang hebat. Selalunya ada je yang macam tu kan. So kena tunggu dan lihat lah.

Dalam banyak-banyak masakan, Menu yang paling saya suka

Hirisan Daging Halus Dalam Gabungan Cili Parsley Jus dan Limau - Zahin
Masa saya tengok kat tv tu. Peh terliur ok... Maybe sebab saya suka daging kot. Saya memang suka makan daging tau. Nak-nak kalau satey daging memang feveret sangat ok. Daging masak kicap. Yummehh... So bila tengok daging di present macam ni lagi la saya geram-geram sangat menengoknya. Rasa mcm nak makan sekarang jua. Aihh... Sedap giler weiiiiiiii...

Mujur saya tak peknen. Kalau ngidam canne??? Pitam la en.Badang nak mencari makanan ni satu hal. Tapi takpe kat website Masterchef ni semua dah ada. Resepi yang peserta masak semuanya ada. Kalau kempunan tengok sodap sangat, maka silalah menerai kat rumah ye.

Kalau juri... Saya memang suka dengan Moh Johari Edrus


Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.

Kenapa?
Ntah... tapi saya suka. hehehe.


Dalam banyak-banyak episod yang saya tengok. Paling saya tak boleh lupa adalah masa episod 5 tau. Yang masa kena buat kek tiramisu tu. Sedih la saya tengok dengan sorang peserta ni buat kek tak jadi. So masa kena mempersembahkan kek masing2 dekat juri tapi dia pegi dengan tangan kosong je sambil air mata berjujuran. Mesti masa tu dia frust sangat. Saya tak igt nama dia. Aishah kot. Yang sebelum ni seorang pemandu. Saya respek semangat dia, daripada seorang pemandu nak cuba ubah nasib keluarga. Tapi bila kek dia tak jadi.Sedihhhhhh

Tiramisu yang sepatutnya gojes macam ni. Lapar pulak dah. Nyampassss.


Bila tengok masterchef ni. semakin lama tengok. semakin kita nak tengok kekreatifan semua peserta kan. tak kira la macam mana. kita sentiasa ternanti2 apakah yang akan dorang masak. Rasanya macam kita pulak kat rumah yang berdebar2 kan. Cemas lebih.

Masa kalau diberitahu masa tinggal lagi 10 minit ke 5 minit ke, kita kat rumah pulak yang risau. Dorang semua sempat masak ke idak kan. Giler lah. Baru duduk nonton kat rumah je dah macam ni punya berpeluh. Kalau berada kat sana dan alami sendiri harus la lebih cemas. tak sanggupppppppppp.

Korang tahu tak yang Masterchef Malaysia ada contest kat facebook?? Tahu?? klik https://apps.facebook.com/masterchefmy/


Contest akan bermula dari 19 Nov hingga 21 Dec 2011 tau. Korang kena join la contest ni. Eh bukan korang je kot. Saya pun tak sabar nak join :p hikhikhik.


Kena tengok tiap-tiap minggu dan berdebar siapa yang akan tersingkir tiap-tiap minggu

So siapa peserta kegemaran korang?

Adakah mungkin kakjem?? HAHAHA... tunggu kakjem dalam session akan datang ye. ecewah.
 

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Rindu

Lain kali korang jangan la buat entry macam ceera tu ye. 
Ini amaran HAHAHA... Kang kakjem rindu kang cemana???


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Thursday, November 24, 2011

Untuk tontonan wanita sahaja okeh.

Ehem ehem :p


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Apa yang penting. Kerjasama.

Assalamualaikum...

kom apa kombek, bek apa bekmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu dua tiga pat lima... (ok sambung sendiri) HAHAHAHA kenangan giler la game tu. Kecik-kecik dulu selalu main dengan adik beradik. Sekarang tak nampak dah budak-budak main macam kita dulu kan. Budak-budak sekarang main angry bird je hekhekhek.

Hari ni, plan nak puasa saya kelaut atas alasan ermmmm... ok alasan dirahsiakan (poyo). Jadi pagi-pagi sampai office terus singgah kafe beli sarapan. Makan sarapan sorang-sorang dalam bilik (oh sedih) dan lepas tu makan suplement. Lepas check email. Lepas tu pening. Lepas tu start la telefon berdering-dering.

Environment kerja di tempat baru ni memang beza sangat dengan keje lama sangat. Sangat beda.

Kalau office lama. Telifon office saya jarang la berbunyi. kalau berbunyi pun biasanya orang dalam aje la. Tapi kalau tempat skrg ni. Telefon asiklah berdering rasa nak campak je hahaha. Tapi mcm biasalah, saya tetap jawap fon dengan suara lemau lemah gemalai. Jaga nama baik office katanya.

"hello, XXXX... "
"hello, XXXX, saya dari XXXX, saya ada masalah dengan XX"
"ye... masalah macam mana tu cik"
"saya bla bla bla, kenapa bla bla bla"
"ok saya cuba selesaikan masalah cik..."

hahahaha... kadang kena marah, kadang kena jadi kaunselor, kadang kena dengar masalah.

saya layan aje la. kadang2 saya rasa seronok jugak melayan, kadang2 saya rasa letih, kadang2 saya rasa malas hehehe.

emel plak, kalau office lama saya, satu hari emel saya banyak. tapi tak banyak mcm emel kat office skrg ni ok. Bayangkan dalam masa satu jam kalau tak baca emel boleh ceceh puluh2 emel. #pitam ok.

Pagi ni saya bukak emel, then baca semua. tetiba ada urgent meeting jam 9. phewwwwwww cemas. Walaupun dah beberapa bulan saya bekerja kat sini. Tapi sistem terlalu banyak dan terlalu komplikated ok. sukar saya nak faham betul. Memang betul-betul kena amik masa nak faham. Sebab melibatkan internationalleeeee kan. Siyes susah.

Nasib la bos saya cakap biar dia je gi meeting. Lega. Untung kan dapat bos baik. Untung sangat. Siyes. Buat masa saya kat sini. Bos yang saya dapat baik-baik tau. Sumpah baik. Terlalu untung. Walaupun kerja banyak dan memeningkan kepala. Tapi sebab bos sangat bertimbang rasa dan memahami anak buah. Kita pun jadi rela je keje banyak pun kan :)

So... dulu saya rasa mcm nak mintak tukar sebab office jauh kan, saya terkejar-kejar2 balik naik bas semua. rimaslah. keje banyak tak siap then saya kena balik. Tapi sekarang sebab saya dah mula faham sikit2 kerja saya dan mula rasa seronok dengan apa yang saya lakukan. saya rasa tak jadi nak tukar. sebab banyak pengalaman dan benda yang dapat belajar kat sini.

Ok tu je saya nak membebel.

Selamat bekerja uols.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Wednesday, November 23, 2011

Makan tengahari

Amacam terliur tak?
Lebih sedap dimakan dengan penuh kasih sayang
Lebih sedap dimakan kalau orang tersayang menyuapnya

=)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Sangat Menenangkan

Agak-agak bila saya dapat bercuti tepi pantai lagi?

:)




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tuesday, November 22, 2011

Puasa

Alhamdulilah.

Saya berbuka puasa laksa dan pizza habib hari ni. Sedap terbaik ok.

Kenyang sudah. Dan sekarang menikmati nescafe 3 in 1 sambil menonton "RED - Retire and Extreme Dangers" kat HBO HD. Tapi yang dah direkod lah. Plan malam sebenarnya lepas layan 393 nak keluar, tapi tadi hujan kan, rasa macam sejuk pulak kat luar tu. Tak tahan plak sejuk. Nak keluar beli "bekalan di masa hadapan" sebenarnya, tapi takpelah. Esok aje lah :p


Hari ni hari yang sukar bagi saya. Hari yang terasa sangat panjang. Terima kasih atas kata semangat dekat fesbuk :) So sekejap je dah terubat hati saya dah. Korang memang menggembirakan hati saya.

Ok, selamat malam semua. Tidor mimpi kakjem ye :p. Please dun LOVE me. Ecewah apakah tetiba :p. Ok tata xoxo




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Cekodok Pisang

Semalam. Ntah kenapa saya boleh ter-mem-bayangkan cekodok pisang melalui tekak saya. Hurm sedapnya. Sedap giler kalau dapat makan cekodok. Hurm sedapnya.

Saya tak pernah buat sendiri. Pernah la dulu-dulu tolong mak. Tapi mak dah siapkan semua. Tinggal nak lenyek pisang je. Semua bahan mak masukkan kan. So memang tak alert la apa bahan-bahan. Cuma yang saya ingat mak cakap kalau letak eno nanti jadi lagi cantik. tu je saya igt hehehe.

So angin semalam nak makan cekodok kata ko. Terus tulis status kat facebook macam ni

" tolong ajar cemana nak buat cekodok pisang. lupa dah. (mak or adik beradik baca status ni mau pitam tujuh juta kali, buat cekodok pun tak tahu hahahaah)"

Sebenarnya bukan tak tahu, tapi konfius sudah #kaverdirisendiri

Kendian nini pun dengan baik hati terus bagi resepi hahaha... osah pitam mak saya baca ni hahaha... Andak-andak... penat mak ajar kau dulu. hikhik.


1.Buang kulit pisang
2.Lenyek pisang sekali ngan gula.. Sbb nak kasi dia berair..
3.Masukkan tepung gandum.Tepung jgn byk.. agak2 lembut je..
4.Sedia utk di goreng!



Ok. Senang.


Terus BBM insan kesayangan yang jauh dimata dekat dihati.


Puteri Jemah: Kita buat cekodok nak? Beli pisang sat lagi. Mauk?
Badang Gagah Perkasa: Boleh je
Puteri Jemah: Cung
Badang Gagah Perkasa: Geng2 perempuan je ok yang buat
Puteri Jemah: Yolah, Nanti sok! geng lelaki plak masak k
Badang Gagah Perkasa: Hoyeah
Puteri Jemah: Geng lelaki - papa sorang hahahahaha
Badang Gagah Perkasa: x adil oooo, Annas ada ok gak ~ dia dah start rikues dah tu #pitam
Puteri Jemah: Jangan mengada, belasah nak?
Badang Gagah Perkasa: :(
Puteri Jemah: Aphal lu
Badang Gagah Perkasa: Hahahahaha, sian papa takde geng. Sini ujan ~tetiba cerita pasal hujan
Puteri Jemah:!@#$%^&** (ada la kakjem ckp hahaha...kanak2 tak boleh baca ni hahaha) 


dan kembali kepada topik cekodok


Badang Gagah Perkasa: Pisang apa nak guna ni
Puteri Jemah: Pisang awak
Badang Gagah Perkasa: Poyos
Puteri Jemah: Kah kah kah kah ........... tutttttttttttttttttttttt.... Dan lepas tu takleh cite lagi hahahaha


Semalam saya rasa kelakar sangat la sebab asik dapat mengenakan en.laloque je. Best gilerrrrrrrr...


So balik kerja je, terus cari pisang. En.laloque cakap patutnya pisang awak emas. Ntah la saya tak tahu pisang apa yang sesuai. Janji pisang je. Tapi pisang emas takde, so taram je beli pisang pape. Pastu terus beli tepung bagai. Balik rumah.


Mulanya rasa malas nak buat sbb perut dah kenyang makan mee hijau kan. Tapi sebab dah janji dengan nisa nak buat. Nisa memang suka sangat masak tau. Hari2 dia masak nasi sendiri. Korang bayangkan budak 4 tahun masak nasi sendiri. Kagum la saya. tapi disebabkan dia masak nasi, terpaksa jugaklah mama ko yang malas2 ni masak lauk kan hikhik.


 
Jom buat cekodok pisang. Sila abaikan pemandangan belakang yang tak semenggah itu ye



Dan kesudahannya. En.badang yang kena tolong goreng kan hehehehe... 

Siap.

Dan malam tadi kitorang sangat kenyang giler. Dah la makan mee hijau. Makan steamboat, Makan cekodok pisang lagi. makan buah lagi. Makan macam-macam. huishhh ini perut ke stokin ni?


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Butterfly

Korang pernah pegi Pohkong? ecewah soalan... HAHAHAHA gediks sangat kan. Erm korang penah tengok kan cincin saya yang design dia butterfly tu? Ada saya pernah masukkan dulu dalam entry saya gambar cincin saya tu. Saya beli kat pohkong la, design tranz tu.

Then lepastu saya dapatkan loket yang sama design dengan cincin tu. Sama la design butterfly :) ... SUKA GILER ok. TERSANGAT la sukanyaaaaaaaaaaaaaa <3 <3 <3

Boleh nampak loket saya?

 Ok zoom sikit
 
 Comel gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr kan kan kan

Siap ada lagi terjuntai-juntai love tu. Terlampau suka. Sampai kalau depan cermin saya suka telek-telek. Kalau depan pc saya akan pegang-pegang. Kesimpulannya saya akan pegang loket setiap masa lah hahaha. Tak rugi la memiliki sesuatu yang kita suka kan :)

Then si nisa nampak saya pakai rantai butterfly ni. Dah dia asik la memaksa saya bukak sebab dia pun nak pakai jugak. eh eh eh mana boleh ok. Ini loket kesayangan mama hehehe.

So semalam, kitaorang balik keje dan mau mengerjakan mee hijau kat johny. Sementara saya beratur kat mesin ATM jasko (siapa familiar dengan jasko seremban mesti boleh bayangkan). Anak-anak dah berlari kat vinci dah. Tiba-tiba dorang dah pilih rantai. HAHAHAHA. kelasssssssssss kau orang anak-anak sekarang ye. Tapi tu la, nasib la kat vincci tu je, sebab sebelah vincci adalah TOMEI ok. kalau dorang pilih rantai kat tomei. Papa kau terus pitam kat situ hahaha.

Hasil rembatan anak-anak. Anoi amik rantai gula-gula



Nisa pulak nak yang macam mama jugak. Nak yang butterfly. Genetik sungguh



 Lepas beli tu, nisa janji takkan bukak rantai tu. sebab mama tak bukak. dia kata dia nak pakai je. hikhik. Ye la tu. kita tunggu dan lihat je janji dia tu mcm mana. Anoi belum apa-apa hal malam tadi dah suruh bukakkan dah rantai dia.


Lepas tu kitorang makan mee hijau sampai licin dan mencari bahan nak buat cekodok pisang. Ok jumpa nanti.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^